Wednesday, January 14, 2015

Ulama berlembut mengenai orang salji

Manama: Seorang ulama yang menimbulkan kontroversi selepas mengeluarkan fatwa yang mengharamkan orang salji mengambil sikap lebih lembut mengenai perkara itu, semalam.
Mohammad Saleh Al Munajid sebelum ini berkata, orang ramai tidak boleh membuat orang salji atau replika lain seperti haiwan walaupun dengan tujuan untuk berseronok kerana Islam mencegahnya.
Hanya benda tidak bernyawa seperti pokok dan bangunan boleh dibuat.
Kenyataan itu dikeluarkan apabila Mohammad Saleh ditanya pendapatnya mengenai replika orang salji dan unta salji yang dibuat penduduk di utara negara itu selepas salji melanda kawasan itu.
Bagaimanapun, fatwanya dikecam pengguna Internet yang menuduh dia mempunyai hubungan dengan pergerakan Salafi.
Mohammad Saleh yang mempunyai 820,000 pengikut dalam Twitter, semalam bersikap lebih lembut dengan fatwanya apabila berkata, replika orang salji boleh dibuat sekiranya ciri pada muka seperti mata, hidung, dan mulut dibuat tidak jelas.
“Replika itu haruslah seperti orang-orang, yang digunakan oleh petani untuk menakutkan burung. Mungkin juga ia seperti bentuk yang digunakan untuk memberi amaran kepada orang ramai mengenai kerja pembaikan jalan.
“Tidak ada masalah dengan bentuk orang salji yang dibuat kanak-kanak kerana mereka perlu bermain dan berseronok terutama di kawasan jarang bersalji,” katanya.
Bagaimanapun, dia bertegas dengan pendiriannya bahawa orang salji dengan ciri yang sempurna adalah haram di sisi Islam.
“Pengharaman yang dipersetujui semua ulama juga meliputi replika seperti manusia dan haiwan yang dibuat daripada gula-gula dan ditampal, bukan saja salji, asalah bentuk muka dibuat dengan jelas,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 6:51 AM


SEORANG penduduk Arab dengan orang salji yang dibuatnya di utara negara itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23670#sthash.thSi10ck.dpuf

No comments:

Post a Comment