Wednesday, February 25, 2015

Dua terbunuh di bandar Kharkiv


24 Februari 2015


DEBALTSEVE - UKRAINE. Satu letupan berlaku di bandar kedua terbesar di Ukraine, Kharkiv menyebabkan dua orang terkorban dan berpuluh lagi cedera.

Menurut AFP, Kejadian itu berlaku semasa perbarisan sempena meraikan ulang tahun pertama penggulingan kuasa bekas Presiden Viktor Yanukovych.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri berkata, serangan itu dipercayai didalangi kumpulan pengganas.

Antara yang terkorban dalam serangan itu adalah seorang pegawai polis.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, menyifatkan serangan tersebut sebagai satu tindakan untuk menimbulkan keadaan huru-hara di negara itu.

Beliau menegaskan bahawa pihak keselamatan Ukraine mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang serangan sama dari berlaku di bandar Odessa.

No comments:

Post a Comment