HOUSTON – Sepasukan doktor optimis bahawa bayi kembar siam perempuan berumur 10 bulan akan selamat selepas satu pembedahan dilakukan untuk memisahkan mereka baru-baru ini.
Ketua pakar bedah, Dr. Darrell Cass berkata, masa 26 jam diperlukan pada minggu lalu untuk memisahkan kembar berkenaan, Knatalyne Hope Mata dan Adeline Faith yang berkongsi dada, paru-paru dan sebahagian lapik jantung, diafragma, hati, kolon, usus kecil dan bahagian paha.
Pembedahan itu yang dilakukan di Hospital Kanak-Kanak Texas di sini telah dirancang sejak sebelum mereka lahir pada April tahun lalu.
“Pembedahan tersebut amat mencabar kerana kembar perempuan itu berkongsi beberapa sistem organ, tetapi kami gembira dengan keadaan mereka sekarang,” kata Cass dalam wawancara dengan akhbar Houston Chronicle yang disiarkan kelmarin.
“Kami amat optimis mereka berdua akan terus hidup,” tambahnya.
Dua bayi perempuan itu berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.
Mereka akan menggunakan mesin sokongan hayat pada minggu depan dan dijangka berada di unit rawatan rapi selama beberapa bulan.
Knatalyne dan Adeline akan menjalani beberapa pembedahan susulan selepas itu.
Pasukan bedah itu termasuk lapan jururawat, enam pakar bius dan 12 pakar bedah. – AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3SlgURpON
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment