Wednesday, February 25, 2015

Mahu cerai kerana bosan


Kaherah: Seorang wanita Mesir yang berusia lebih 50 tahun menuntut cerai atas alasan bosan kerana suaminya sentiasa tiada di rumah.
Wanita itu memberitahu hakim di Kaherah, dia tidak sanggup lagi bersendirian di rumah sepanjang masa dan mahu diceraikan walaupun sudah berkahwin selama 25 tahun.
“Saya bosan bersendirian. Saya bosan kerana suami saya menghabiskan masa bersama rakannya di kedai kopi,” kata wanita itu, dipetik oleh akhbar tempatan Alyoum.
Menurut akhbar itu, si suami menuduh isterinya hilang akal selepas menuntut cerai sementara kedua-dua anak lelaki mereka yang sudah berkahwin juga tidak lagi menghubungi ibu mereka. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32940#sthash.VSEcnHkh.dpuf

No comments:

Post a Comment