Riyadh: Kebanyakan wanita Arab enggan membenarkan pembantu rumah dari Maghribi dan Chile bekerja di rumah mereka atas alasan terlalu cantik dan tidak penyabar seperti pembantu rumah warga Asia.
Akhbar harian berbahasa Arab ‘Sabq’ melaporkan, ia meminta pendapat ramai wanita di negara pengeksport terbesar minyak di dunia itu mengenai laporan yang kerajaan Saudi bercadang mengambil pembantu rumah dari Maghribi dan Chile Indonesia menghentikan penghantaran rakyatnya.
“Kebanyakannya menolak keputusan berkenaan kerana berpendapat mereka tidak penyabar dan rajin seperti pembantu rumah dari Filipina, India, Indonesia dan Sri Lanka.
“Ada yang berkata banyak keluarga Saudi menderita kerana pembantu rumah mereka terlalu cantik.
“Mereka tidak mahu menderita kerana masalah seperti itu memandangkan wanita Maghribi dan Chile cantik,” lapor akbar berkenaan.
Akhbar itu turut memetik kenyataan ejen pembantu rumah yang memberitahu dia dihubungi beberapa suri rumah memintanya memastikan pembantu rumah yang tiba dari kedua-dua negara berkenaan tidak cantik.
“Kami mula berdepan dengan beberapa situasi lucu sejak kerajaan mengumumkan rancangan mengambil amah dari Chile atau Maghribi.
“Ada yang menghubungi kami dan berkata jika suami mereka mahu pembantu rumah dari Chile atau Maghribi, mereka mesti melihat pembantu rumah itu sebelum menerimanya.
“Syarat utama ialah pembantu rumah itu tidak cantik,” kata pengarah sebuah syarikat pengambilan pembantu rumah di Jeddah, Eid Abu Fahd.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32939#sthash.3kW6kwUi.dpuf
No comments:
Post a Comment