Colombo: Kerajaan Maldives semalam mempertahankan tindakan pihak berkuasa yang menahan bekas presiden negara itu, Mohamed Nasheed kerana disyaki terbabit dalam aktiviti keganasan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32947#sthash.MsPFFFlx.dpuf
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Amerika Syarikat dan India melahirkan kebimbangan berhubung kebebasan badan kehakiman di negara berkenaan.
Mohamed, 47, ditahan pada Ahad lalu dan terpaksa bermalam di penjara sebelum dihadapkan ke mahkamah, kelmarin.
Mahkamah tidak membenarkan bekas pemimpin itu diikat jamin dan mengarahkan beliau ditahan sehingga dibicarakan.
Mohamed adalah presiden pertama negara itu yang dipilih secara demokrasi, dituduh mengarahkan penahanan secara salah seorang hakim pada Januari 2012 ketika beliau berkuasa.
Washington mendesak Maldives mengambil langkah bagi memulihkan keyakinan terhadap komitmen negara itu terhadap demokrasi, kebebasan badan kehakiman dan undang-undang susulan penahanan Mohamed.
Peguam parti pimpinan Mohamed, Parti Demokratik Maldives (MDP) mendakwa penahanan beliau bermotifkan politik.
Bagaimanapun, jurucakap Presiden Maldives, Abdulla Yameen berkata, kerajaan tidak boleh campur tangan dalam proses undang-undang di negara itu.
Penahanan ketua hakim mahkamah jenayah, Abdullah Mohamed pada Januari 2012 itu mencetuskan protes di jalan raya dan kekacauan sampai ke kemuncaknya apabila polis serta tentera memberontak.
Mohamed melepaskan jawatannya sebulan selepas itu dan memberitahu dia dipaksa berundur dalam satu rampasan kuasa. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 7:43 AM
No comments:
Post a Comment