Pertempuran meletus di bandar Kharkiv semasa perbarisan sempena meraikan ulang tahun pertama penggulingan kuasa bekas Presiden Viktor Yanukovych, Jumaat lalu. |
Menurut AFP, jurucakap tentera Vladyslav Seleznyov dalam satu kenyataan di laman sosial Facebooknya berkata, walaupun kedudukan Ukraine masih diserang namun tiada arahan pengeluaran senjata diarahkan.
Ketegangan juga semakin meningkat berikutan letupan bom Ahad lalu di timur bandar Kharkiv yang mengorbankan tiga orang dalam serangan itu.
Sementara itu, Barat memberi amaran bahawa sekatan tambahan ke atas Rusia mampu memburukkan lagi gencatan senjata terutamanya selepas pemberontak menawan bandar Debaltseve minggu lalu.
No comments:
Post a Comment