Tuesday, March 17, 2015

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor bermula


SULTAN JOHOR, Sultan Ibrahim dan Sultanah Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah.


JOHOR BAHRU – Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dimulakan semalam dengan Istiadat Meletak Kerja sebagai simbolik bermulanya majlis berkenaan.
Istiadat itu disempurnakan dengan upacara menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor di Tugu Peringatan Istana Besar di sini pada pukul 9.15 pagi.
Upacara menaikkan bendera ber­kenaan dimulakan dengan perarakan membawa masuk bendera oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan diikuti bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsudin.
Istiadat itu disaksikan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kerajaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3Ub4i5xpv 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment