Tikrit, Iraq
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37463#sthash.igyOZktg.dpuf
Operasi menawan Tikrit oleh tentera Iraq menyebabkan binaan di tapak kubur bekas Presiden negara itu, Saddam Hussein hampir musnah sepenuhnya.
Satu rakaman oleh agensi berita Associated Press (AP) menunjukkan hanya tiang binaan di kubur Saddam di kampung al-Awja dekat sini yang masih berdiri.
Tentera Iraq yang disokong militan Syiah kini sedang bertempur dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam misi untuk menawan semula bandar berkenaan.
Pada tahun lalu, penduduk Sunni di Tikrit memberitahu, mereka telah mengalihkan mayat Saddam ke satu lokasi rahsia.
Tentera Iraq berjaya menawan semula kubur Saddam ketika pertempuran di utara dan selatan Tikrit semakin sengit kelmarin.
Tentera Iraq juga berazam untuk tiba di pusat bandar itu dalam masa 48 jam.
Rakaman oleh wartawan AP itu menunjukkan tapak kubur Saddam di selatan bandar itu hanya tinggal runtuhan binaan konkrit.
Gambar Saddam di tapak kubur itu turut ditukar dengan bendera kumpulan militan Syiah dan gambar pemimpin pejuang lain termasuk Jeneral tentera Iran, Qassem Soleimani.
Menurut AP, kru mereka terikat dengan syarat ditetapkan oleh tentera Iraq dan laporan mereka juga mungkin tertakluk kepada beberapa sekatan.
“Ini adalah kawasan paling ramai militan IS berkumpul kerana kubur Saddam terletak di sini,” kata seorang pegawai pejuang Syiah, Kapten Yasser Nu’ma.
“Militan IS membuat serangan hendap terhadap kami dengan menanam bom di sekitar kawasan ini.” tambahnya
Militan IS pada Ogos lalu mendakwa tapak kubur itu sudah dimusnahkan tetapi dinafikan pegawai tempatan yang memberitahu lokasi berkenaan hanya digeledah dan mengalami kerosakan kecil.
Saddam yang berasal dari Tikrit ditangkap tentera Amerika Syarikat (AS) pada 2003.
Satu tribunal mendapati bekas pemimpin itu bersalah melakukan jenayah kemanusiaan dengan membunuh penduduk Syiah dan Kurdis.
Saddam dihukum gantung pada 2006 dan mayatnya disemadikan di bandar kelahirannya itu sejak 2007.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:17 AM
No comments:
Post a Comment