Tuesday, March 17, 2015

Putin muncul lepas 10 hari

Strelna (Russia): Presiden Russia Vladimir Putin muncul semula semalam selepas ‘hilang’ selama 10 hari tanpa diketahui lokasinya dan sekadar gelak apabila disoal mengenai gosip mengenai kesihatannya yang tersebar sepanjang tempoh itu.
Putin, 62, menemui Presiden Kyrgystan Almazbek Atambayev di istana mewah era pemerintahan Tsar (maharaja Russia) dalam majlis rasmi pertama sejak 5 Februari lalu.
Kehilangannya tanpa sebarang khabar berita itu menimbulkan pelbagai spekulasi bahawa dia sakit, digulingkan tentera malah ada juga gosip mengatakan dia menghadiri kelahiran anak hasil hubungan sulit dengan seorang bekas atlet.
Putin tersenyum dan walaupun nampak agak pucat sempat berseloroh: “Pasti bosan kalau tiada gosip.”
Jurucakapnya Dmitry Peskov dengan nada menyindir mempersendakan pelbagai spekulasi mengenai Putin.
“Jadi kamu sudah melihat presiden yang sakit dan lumpuh serta ditangkap golongan jeneral? Tidakkah kamu tahu, dia baru sampai dari Switzerland kerana ada kelahiran di sana,” katanya.
Sementara itu, Almazbek turut membuat kenyataan bagi membuktikan Putin dalam keadaan sihat.
“Putin membawa saya bersiar-siar di sekeliling taman istana ini, malah dia sendiri memandu,” katanya.
Pemimpin Russia itu bangga dengan imej ‘macho’ dan pada 2008 pernah mengakui dia bekerja seperti ‘hamba abdi’ untuk memastikan segalanya berjalan lancar di negara berkenaan. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:16 AM


PUTIN (kiri) bersama Almazbek sebelum berunding di St Petersburg, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37456#sthash.IOnG0Rb1.dpuf

No comments:

Post a Comment