Thursday, April 30, 2015

Dukung rakan OKU ke sekolah

Xie Xu, 18, mendukung Zhang Chi, 19, ke sekolah di Sekolah Tinggi
Xie Xu, 18, mendukung Zhang Chi, 19, ke sekolah di Sekolah Tinggi Daxu, Xuzhou, utara wilayah Jiangsu, China, selama tiga tahun. AGENSI

BEIJING 26 April – Atas dasar semangat setia kawan, seorang pelajar sanggup membantu mendukung rakannya yang kurang upaya (OKU) ke sekolah setiap hari sepanjang tiga tahun lalu.
Mail Online melaporkan, Xie Xu, 18, menemui Zhang Chi, 19, ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Daxu, Xuzhou, utara wilayah Jiangsu.
Chi mengalami penyakit distrofi otot atau keadaan yang menyebabkan otot seseorang pesakit lemah, sehingga menyebabkannya mengalami kesukaran untuk berjalan dan bergerak.
Simpati atas nasib yang menimpa Chi, Xu yang mempunyai ketinggian 1.73 meter nekad untuk membantu dengan mendukung rakannya itu ke sekolah.
Kedua-dua rakan baik itu tinggal berhampiran dengan sekolah dan setiap hati Xu bukan sahaja mendukung Chi ke sekolah, malah turut membantunya menyediakan makanan dan membasuh baju.
“Kisah dua pelajar ini begitu menyentuh perasaan dan memberi inspirasi. Mereka tiada sebarang pertalian darah dan Xu sudah melakukan perkara ini selama tiga tahun,” kata Naib Pengetua Sekolah Tinggi Daxu, Guo Chunxi.
Kata Chunxi, kedua-dua mereka merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah dan bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dukung-rakan-oku-ke-sekolah-1.84961#sthash.LU29ZtKG.dpuf

Pelihara lebih 
40 anak yatim

suami isteri berhati mulia di China

Chen Tianwen (kanan) mendukung seorang daripada anak yatim yang
Chen Tianwen (kanan) mendukung seorang daripada anak yatim yang dijaganya sambil ditemani yang lain ketika menuju ke sekolah pada 17 April lalu. AGENSI

BEIJING 27 April - Sepasang suami isteri di China, menunjukkan sifat murni apabila sanggup membesarkan lebih 40 anak yatim yang kurang upaya sejak lebih 26 tahun lalu.
Menurut portal Oddity Central, segalanya bermula pada 1989 apabila pasangan terbabit, Chen Tianwen dan isterinya Guo Gairan dari kampung Zhuangxi, wilayah Shanxi menemukan seorang bayi yang dibuang dan mengambil keputusan untuk membesarkan anak kecil tersebut.
Sejak itu, Tianwen dan Gairan sering mencari kanak-kanak terbiar untuk dijaga selain menerima golongan kecil terbuang dari Biro Hal Ehwal Awam tempatan kerana tiada institusi kebajikan pada masa tersebut.
Kini pada usia 60-an, pasangan terbabit tidak pernah berputus asa untuk menggalas tugas menjaga kebajikan lebih 40 anak yatim dan tiga anak mereka sendiri.
Apabila sejumlah kanak-kanak meningkat dewasa, Gairan terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja di sebuah kilang tempatan bagi meluangkan sepenuh masa menjaga mereka dan menyewakan tanah milik keluarganya sebagai sumber pendapatan.
Malah, situasi semakin baik buat Tianwen dan Gairan apabila mereka menerima bantuan awal daripada kerajaan tempatan sebanyak 150 yuan (RM87) sebulan bagi setiap anak yatim berkenaan dan jumlah bantuan itu bertambah kepada 1,000 yuan (RM585).
Cabaran terbesar pasangan itu adalah pandangan serong jiran yang enggan membenarkan anak mereka bergaul dengan anak-anak yatim yang dijaga oleh Tianwen dan Gairan.
Namun kini cabaran tersebut berjaya diatasi apabila usaha baik mereka berdua diterima oleh penduduk kampung sebagai model rakyat.
“Akhirnya orang ramai tidak lagi memandang kami sebagai orang yang bodoh kerana sanggup menghabiskan masa menjaga anak yatim yang kurang upaya.
“Kerja kami dipandang mulia dan dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat umum,” kata Gairan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelihara-lebih-8232-40-anak-yatim-1.85241#sthash.Tud7i9n5.dpuf

Sunday, April 26, 2015

PAS Promosi Hukum Hudud Pada PRK Rompin, Permatang Pauh


Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 6:38 PM

PASIR MAS: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di Pahang dan Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang akan menjadi medan bagi PAS untuk memberi penjelasan dan kefahaman kepada orang ramai tentang hukum hudud.
Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata sehingga kini hasrat PAS untuk mempromosi undang-undang Islam itu ketika berkempen dalam dua PRK berkenaan tidak mendapat tentangan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
"Dalam dua pilihan raya kecil ini, di samping menyentuh isu CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan), kami mahu mempromosi hukum syarak itu. InsyaAllah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2015 Peringkat Negeri Kelantan di Pengkalan Ibrahim Pencen, Rantau Panjang di sini, Ahad.
Portal berita sebelum ini melaporkan kenyataan Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli yang berpendapat cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan adalah tidak relevan untuk dibangkitkan di Permatang Pauh.
Cadangan PAS melaksanakan hudud menjadi antara punca keretakan gabungan pakatan pembangkang berikutan ditentang kuat oleh DAP dan PKR.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi bagi PRK Parlimen Rompin pada 5 Mei manakala PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei.-- Bernama

PKR Tak Layan Karenah PAS Pulau Pinang


Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 7:57 PM

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan melayan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang bertegas untuk terus memboikot kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, parti itu tidak perlu menghiraukan pendirian akar umbi sekutunya ekoran kepimpinan tertinggi PAS sudah berikrar untuk terlibat mempertahankan kerusi tersebut.

“Kita 'deal' dengan PAS sebagai organisasi, takkan nak deal dengan PAS cawangan? Takkan nak deal dengan Pak Leh bin Saad ketua cawangan…tak habis kerja lah. Itu cara kira deal dalam politik,” katanya pada Ahad.

Beliau mengulas mengenai tindakan nekad Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk memboikot kempen PRK Permatang Pauh selepas permohonan maaf mereka berhubung dakwaan menghina Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dilayan.

Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah mengarahkan supaya membekukan jentera dan aset mereka daripada terlibat dalam semua gerak kerja PRK Permatang Pauh.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, jaminan PAS Pusat termasuk arahan supaya jenteranya menyokong dan membantu memenangkan Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK ini adalah memadai.

“Tindakan PAS Pusat melantik Mohamad Sabu dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa terlibat secara langsung dalam membantu PKR bukti kerjasama dalam pakatan.

"Jadi sebagai organisasi parti, kita ada proses dalam membuat urusan dengan parti sahabat. Itulah amalan kita,” katanya.

PRK Permatang Pauh: Pemuda PAS Nekad Boikot Kempen PKR


Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 5:20 PM
Yusni Mat Piah

BUKIT MERTAJAM: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang nekad untuk mengingkari arahan kepimpinan peringkat Pusat supaya membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Tegas dengan pendirian mereka sebelum ini dalam mempertahankan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sayap parti itu kini mengarahkan jenteranya di semua peringkat supaya memboikot kempen PKR.
Sehubungan itu ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah membekukan jentera dan aset mereka daripada terlibat dalam semua gerak kerja PRK Permatang Pauh.
"DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS negeri direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh.
"Semua bilik gerakan pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Selain itu, Mohd Yusni turut mengarahkan supaya semua unit atau badan di bawah Pemuda PAS Pulau Pinang  direhatkan serta merta.
“Kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.
"Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh,” katanya.
Menurut Mohd Yusni, pendirian tegas Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang itu dibuat ekoran kecewa dengan sikap berdiam diri Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang berhubung tuntutan maaf mereka.
"Tempoh yang diberikan kepada AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon (Sabtu) untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.
"DPPNPP kecewa atas sikap berdiam diri AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh,” katanya.
Sebelum ini, Pemuda PAS Pulau Pinang menuntut AMK Pulau Pinang memohon maaf berhubung kenyataan menghina kepada Presiden PAS berkaitan isu hudud.

Pengerusi Google terima bayaran AS$109 juta walaupun saham firma merudum




SAN FRANCISCO – Enjin carian internet, Google membayar Pengerusi Eksekutifnya, Eric Schmidt (gambar) hampir AS$109 juta (RM389.63 juta) tahun lalu semasa saham firma ber­kenaan merudum.
Sebahagian besar bayaran itu melibatkan saham bernilai AS$100 juta (RM357.46 juta).


Ia pakej saham terbesar yang diterima Schmidt sejak 2011 apabila Google Inc. memberikannya saham bernilai AS$94 juta (RM336.01 juta) semasa beliau melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Google kepada pe­ngasas bersama firma itu, Larry Page.
Beberapa dokumen yang difailkan kepada pihak berkuasa kelmarin mendedahkan bahawa Page mengehadkan gajinya kepada AS$1 (RM3.57) pada 2014 seperti yang telah dilakukannya sejak beberapa tahun lalu.
Selain saham, Schmidt turut menerima gaji berjumlah AS$1.25 juta (RM4.46 juta), bonus mencecah AS$6 juta (RM21.44 juta) dan beberapa imbuhan lain yang bernilai hampir AS$1 juta (RM3.57 juta).
Dalam pada itu, majalah Forbes menganggarkan Schmidt sudah mempunyai kekayaan sebanyak AS$9 bilion (RM32.17 bi­lion). – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3YNkPFez5 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, April 25, 2015

Arab Saudi gagalkan serangan bom IS

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 12:13 AM



 KUMPULAN militan IS yang dikatakan bertanggungjawab menembak mati dua anggota polis di Riyadh awal bulan ini. - Foto fail AP

 RIYADH: Arab Saudi menyatakan ia menggagalkan rancangan pengeboman oleh kumpulan militan IS yang dikatakan bertanggungjawab menembak mati dua anggota polis di Riyadh awal bulan ini. Menurut pihak berkuasa, tiga kereta yang sarat dengan bom dirampas semasa siasatan pembunuhan itu. Kementerian Dalam Negeri menyatakan seorang lelaki Arab Saudi ditahan di sebuah ladang di utara Riyadh kerana disyaki melakukan pembunuhan itu dan suspek mengaku beliau hanya melaksanakan perintah daripada IS di Syria. Lelaki itu dinamakan sebagai Yazid Mohammed Abdulrahman Abu Niyan, 23. Pihak berkuasa menawarkan satu juta riyal (AS$267,000) bagi penangkapan suspek kedua, seorang lagi rakyat Arab Saudi yang dikenali sebagai Nawaf Sharif Samir al-Anzi. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49608

'Saya Seorang Wanita' - Bruce Jenner


Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 10:49 AM

LOS ANGELES: Bruce Jenner, 65, yang merupakan jaguh Sukan Olimpik dan juga bintang program siri realiti tampil sebagai transgender pada Jumaat dengan membuat pengakuan: "Dengan segala niat dan hasrat, saya adalah seorang wanita."
Beliau yang membuat pengakuan menerusi satu temuramah di saluran televisyen ABC News berkata dirinya bergelumang dengan masalah seksualiti itu sejak kecil.
"Saya sentiasa keliru dengan identiti jantina saya sejak kecil," katanya kepada pengacara ABC News, Diane Sawyer.
"Inilah saya, terperangkap... dan saya benci dengan perkataan ini, perempuan yang terperangkap dalam badan lelaki. Saya benci dengan istilah itu."
Bruce Jenner merupakan bintang siri realiti 'Keeping Up with the Kardashians'. 
"Saya melihat begini... Bruce sentiasa bercakap bohong. Dia hidup dengan pembohongan sepanjang hidupnya mengenai siapakah dirinya. Dan saya tidak dapat melakukannya lagi," kata Jenner.
"Otak saya lebih kepada wanita berbanding lelaki," tambahnya.
"Ia sukar bagi semua orang untuk memahaminya, tetapi itulah naluri saya." - ABC News

Tun M: Saya patut terus jadi Perdana Menteri

Tun Mahathir
Tun Mahathir - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

KUALA LUMPUR - "Kadang-kadang saya rasa saya patut terus jadi Per‎dana Menteri," demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya lagi, walaupun sedar diri sudah tidak layak memegang jawatan tersebut, idea tersebut timbul sesekali apabila melihat keadaan negara yang semakin buruk.

"Kadang-kadang saya terfikirkan hal itu saat saya kecewa melihat banyak perkara yang tidak betul sekarang, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk merubahnya.

“Pada masa itu saya akan terfikir, kalaulah saya masih Perdana Menteri, tentu saya akan buat sesuatu,"katanya dalam program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menegur segelintir masyarakat supaya jangan menyokong pemimpin yang korup.

“Kuasa menjadikan kita korup. Tetapi kalau kuasa itu tidak terhad..., kita akan jadi lebih korup daripada yang lain. Sebab itu apabila kita mempunyai kuasa, kita perlu selalu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa sedar diri.

“Mak saya selalu berpesan, jangan kita ambil (hak) orang punya. Ini menjadi panduan kepada saya sampai ke hari ini. Kita ambil hak orang lain. Kita fikir orang tidak akan tahu.. Tetapi kita lupa, ALLAH tahu,” katanya lagi sebelum disambut oleh sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton yang memenuhi dewan.

Lampu hijau tembak askar Rusia


Ramzan Kadyrov
Kadyrov
MOSCOW - RUSIA. Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov mengarahkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke atas tentera persekutuan Rusia jika mereka beroperasi di rantau Kaukasus Utara tanpa kebenarannya.

Kadyrov membuat pengumuman itu, sehari selepas seorang lelaki Chechen terbunuh di Grozny dalam satu operasi khas oleh pihak berkuasa Rusia dari bandar Stavropol.

"Jika ada askar yang muncul di wilayah anda tanpa kebenaran, sama ada mereka dari Moscow atau Stavropol, anda diberi kebenaran untuk menembak mereka," kata Kadyrov.

Kenyataan Kadyrov itu dilihat memburukkan lagi hubungannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin. - AFP

China naikkan harga petrol, diesel

minyak

BEIJING - CHINA. China akan menaikkan harga runcit bagi petrol sebanyak 300 yuan (US$49) setan metrik manakala diesel 285 yuan setan metrik, berkuatkuasa esok.

Sejajar kenaikan itu yang juga kali ketiga tahun ini, Suruhanjaya Pembangunan dan Pemulihan Kebangsaan China (NDRC) berkata, harga petrol dan diesel masing-masing akan dinaikkan sebanyak 0.07 yuan seliter dan 0.08 yuan seliter.

"Penyelarasan itu disebabkan kenaikan harga minyak mentah global sejak pertengahan April berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Agensi berita Xinhua melaporkan, harga bahan api itu dikurangkan sebanyak dua kali pada Januari, dinaikkan dua kali pada Februari dan diturunkan semula pada Mac lepas.

Mengikut mekanisme penetapan harga bahan api di China ketika ini, NDRC boleh menyelaraskan harga petrol dan diesel sejajar perubahan harga minyak mentah antarabangsa yang melebihi empat peratus dalam tempoh 10 hari bekerja.

China telah memendekkan tempoh penyelarasan harga bahan api kepada 10 hari daripada 22 hari sejak Mac 2013. - Bernama

Nenek Obama tunai umrah dapat perhatian

Sarah
Sarah merupakan nenek dari pihak ayah Obama yang berasal dari Kenya.

JIKA mempunyai seorang cucu dari kalangan pemimpin dikenali satu dunia, apa saja yang ahli keluarga buat, mesti mendapat perhatian ramai.

Inilah kisah nenek kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Sarah Omar di mana gambar wanita tersebut yang  berada di Arab Saudi untuk menunaikan umrah tersebar dalam media.

Sarah yang berusia  94 tahun dikatakan ke sana bersama beberapa sanak saudara Obama.

Warga emas berkenaan dilaporkan sangat gembira ketika mengunjungi satu pameran  berkaitan  kehidupan Nabi Muhammad SAW di Makkah, selepas menunaikan ibadat berkenaan.

Menurut nenek kepada presiden tersohor itu, beliau kagum dan pameran itu dianggapnya sebagai contoh bagi melihat perkembangan Islam dengan cara yang moden, disokong oleh dokumen saintifik dan sahih.

Sarah merupakan nenek dari pihak ayah Obama yang berasal dari Kenya.

Wanita ini sudah beberapa kali menunaikan haji.

Twitter kerabat Arab Saudi kena godam


Dikritik kerana hadiahkan Bently kepada pengebom
Putera Al-Waleed Talal. (Gambar kecil)
SELEPAS dikritik hebat di laman sosial, seorang kerabat diraja Arab Saudi,  Putera Al-Waleed Talal mendakwa akaun Twitternya digodam.

Media Saudi  melaporkan, kenyataan itu dibuat selepas kerabat Saudi yang juga individu ke-26 terkaya di dunia itu menawarkan 100 kereta Bentley kepada 100 juruterbang yang terlibat dalam kempen pengeboman Yaman.

Kenyataan itu diumumkan selepas tamat fasa pertama pengeboman di negara itu, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik kerana hadiahkan Bently kepada pengebom]

Bagi pengikut twitter Putera Al-Waleed seramai 3 juta orang, mereka menyokong tindakan tersebut dan tidak kurang juga merasa terhina dengan tawaran terbabit.

Twitter Putera Al-Waleed itu bagaimanapun telah dikongsi lebih 28,000 pengguna dan lebih 5,000 pautan diwujudkan sebelum ia dipadamkan.

Switzerland paling bahagia


Agensi
New York: Switzerland dipilih sebagai negara paling gembira di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan ahli akademik.
Laporan yang dikeluarkan kelmarin itu memilih Iceland di tempat kedua diikuti, Denmark, Norway dan Kanada.
Laporan Kebahagiaan Dunia 2015 adalah laporan tahunan ketiga yang dikeluarkan bagi menilai dan menjelaskan kebahagiaan di 158 negara di seluruh dunia.
Kajian itu juga bertujuan untuk mempengaruhi dasar kerajaan di seluruh dunia.
Finland, Belanda, Sweden, New Zealand dan Australia semua berada di kedudukan 10 negara paling bahagia.
Laporan itu mendapati tujuh negara sederhana atau kecil di Eropah Barat menduduki tangga 10 negara paling bahagia.
Amerika Syarikat berada di kedudukan ke-15, di belakang Israel dan Mexico manakala Britain berada di tangga ke-21 di bawah Belgium serta Emiriyah Arab Bersatu.
Perancis pula berada di kedudukan ke-29 di belakang Jerman yang berada di tangga ke-26.
Pemboleh ubah utama yang dikira adalah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat penduduk, kebebasan untuk membuat pilihan, bebas daripada rasuah dan kemurahan hati penduduk.
Afghanistan dan Syria menyertai lapan lagi negara Afrika, Togo, Burundi, Benin, Rwanda, Burkina Faso, Ivory Coast, Guinea dan Chad di kelompok 10 negara paling tidak menggembirakan.
Walaupun Iraq dilanda konflik tetapi negara itu menduduki tangga ke-112 di atas Afrika Selatan, India, Kenya dan Bulgaria.
“Laporan ini memberikan bukti bagaimana untuk mencapai masyarakat yang bahagia.
“Kebahagiaan bukan sahaja diukur dengan wang tetapi keadilan, kejujuran, kepercayaan dan kesihatan yang baik,” kata pengarah Institut Bumi di Universiti Columbia di sini, Jeffrey Sachs.
John Helliwell dari Universiti British Columbia dan Richard Layard dari Sekolah Ekonomi London turut terbabit menerbitkan laporan setebal 166 muka surat itu.
Helliwell berkata, sains kebahagiaan semakin menekankan kepada perkara yang menggambarkan kualiti kehidupan.
“Kita mesti melabur awal dalam kehidupan anak-anak kita supaya mereka membesar menjadi seorang dewasa yang berdikari, produktif dan gembira serta menyumbang kepada sosial serta ekonomi,” ujarnya.
Indeks kebahagiaan pertama kali diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2012.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46208#sthash.q2RR2q9X.dpuf

Bayi 4 tangan, 4 kaki

Dumri-Isri : Ribuan penganut Hindu berkunjung ke bandar kecil ini di negeri Jharkand, timur India, untuk menyembah seorang bayi yang dilahirkan dengan empat kaki dan empat tangan.
Bayi itu yang lahir sedemikian kesan daripada kembar siam tidak menjadi, dianggap sebagai jelmaan Tuhan Ganesha.
Sehingga semalam dia masih belum diberi nama.
Ganesha adalah antara Tuhan yang paling banyak disembah oleh penganut Hindu dan digambarkan sebagai seekor gajah bertangan empat.
Seorang pengunjung Kuntalesh Pandey memberitahu media tempatan, dia datang sejauh 72 kilometer untuk melihat bayi itu.
“Apabila saya menerima gambar bayi berkenaan daripada seorang rakan, saya tidak mempercayainya. Tetapi apabila dia mengesahkan ia benar, saya terus datang,” katanya.
Keadaan ibu bayi itu, Ureda Khatun, tidak diketahui.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama seorang bayi disembah oleh penganut Hindu selepas dilahirkan dengan keadaan fizikal luar biasa.
Tahun lalu, seorang budak yang lahir dengan ‘ekor’ sepanjang suku meter mengumumkan dia mahu menjalani pembedahan membuangnya, walaupun disembah sebagai Tuhan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 5:10 AM


BAYI yang dilahirkan dengan empat kaki dan empat tangan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46227#sthash.z3uT47E7.dpuf

Pakar forensik tunjuk gambar mangsa MH17 dipecat


SEORANG anggota tentera Pro-Rusia memeriksa bangkai pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.


AMSTERDAM – Seorang pakar forensik Belanda yang membantu mengenal pasti identiti mangsa nahas Penerbangan MH17 di Ukraine pada tahun lalu dipecat selepas dia menunjukkan beberapa gambar mangsa pada satu kuliah awam, kata pihak kerajaan kelmarin.
“Kerjasama dengan pakar itu, George Maat telah ditamatkan,” kata Menteri Kehakiman Belanda, Ard van der Steur.
Terdahulu, beliau menyifatkan ceramah yang disampaikan Maat sebagai tidak sesuai kerana ia boleh menyinggung perasaan waris mangsa.
Maat merupakan seorang pakar antropologi Universiti Leiden yang terletak di bandar Maastricht, selatan Belanda.
Beberapa wartawan stesen televisyen swasta Belanda, RTL Nieuws menghadiri kuliah tersebut yang dianjurkan oleh sebuah persatuan pelajar perubatan.
Dalam ceramahnya, Maat menunjukkan beberapa gambar cebisan badan mangsa dan menjelaskan elemen yang digunakan dalam proses pengecaman.
Mengulas situasi tersebut, seorang jurucakap Pasukan Penyiasat Forensik Kebangsaan Belanda (LTFO), Thomas Aling berkata, Maat telah digantung kerja, manakala tindakan lanjut terhadapnya sedang dalam pertimbangan.
“Dia menunjukkan gambar yang tidak wajar dipaparkan dalam kuliah awam.
Maat juga memberi komen di luar kepakarannya terutama mengenai punca nahas berkenaan itu yang menurut Aling, tidak benar.
Kesemua 298 penumpang termasuk anak kapal Malaysia Airlines terbunuh.
Bagaimanapun, gambar-gambar itu sebenarnya boleh ditunjukkan untuk tujuan pendidikan tetapi bukan untuk tontonan umum. Laman Facebook mengenai acara itu pula menyatakan, ia terbuka kepada orang awam.
Mengulas isu itu, Maat menjelaskan, dia menunjukkan gambar-gambar itu kerana menyangka majlis berkenaan hanya dihadiri oleh pelajar perubatan dan tidak mengetahui ia dibuka kepada umum, kata Maat dalam satu kenyataan yang disiarkan polis Belanda.
Ukraine dan Barat sebelum ini menuduh pejuang pemisah pro-Rusia menembak jatuh MH17 dipercayai menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang dibekalkan oleh Rusia.
Moscow bagaimanapun menafikan tuduhan itu sebaliknya menuding jari kepada Kiev. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3YHlAMRUe 
Hakcipta terpelihara 

Friday, April 24, 2015

Keluarga P.I Bala Gagal Dalam Tuntutan Saman Terhadap Najib, 7 Yang Lain


Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 3:35 PM

PUTRAJAYA: Keluarga penyiasat persendirian mendiang P. Balasubramaniam gagal untuk memfailkan semula tuntutan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan tujuh yang lain di Mahkamah Rayuan di sini.

Balu kepada bekas pegawai polis itu, A.Santamil Selvi dan tiga anak-anaknya, iaitu Kishen, Menaga dan Reeshi, telah memfailkan saman ke atas kes yang didakwa mereka sebagai sebuah konspirasi.

Antara lapan defendan termasuklah ahli perniagaan Deepak Jaikishan, adik Najib, Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Abdul Razak, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, peguam Sunil Abraham, pesuruhjaya sumpah Zainal Abidin Muhayat dan peguam M.Arulampalam.

Mahkamah menganugerahkan RM5,000 kos untuk setiap pemohon selepas memutuskan bahawa notis rayuan yang difailkan oleh keluarga adalah cacat.

Kaum misteri di Lautan Andaman

Kaum misteri di Lautan Andaman
Suku kaum misteri yang mendiami Pulau Sintinel Utara

DARI udara pulau ini kelihatan sangat menakjubkan dengan keindahan pantai dan hutan namun tiada pelancong atau nelayan yang berani menjejakkan kaki ke pulau yang terletak berdekatan Laut Andaman.

Pulau Sintinel Utara terletak di Teluk Bengal dan kepunyaan negara India didiami oleh satu kaum  misteri kira-kira 60,000 tahun lalu.

Sesiapa yang mendekati kawasan terbabit pasti akan diserang oleh suku kaum misteri tersebut yang menolak peradapan moden dan lebih suka untuk tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar.

Interaksi yang melibatkan mereka hanyalah melalui keganasan.

Pada tahun 2006, suku kaum tersebut telah membunuh dua lelaki yang memancing berdekatan perkampungan mereka malah suku kaum itu turut akan melemparkan batu dan anak panah kepada kapal terbang dan helikopter yang membuat tinjauan di kawasan berkenaan.

Pulau tersebut tidak tercemar dengan arus kemodenan namun tiada banyak maklumat yang diketahui mengenai warganya, bahasa dan upacara ritual yang diamalkan mereka.

Adalah sangat bahaya untuk  mendekati suku kaum tersebut kerana kesukaran mereka untuk menerima orang luar.

Gambar atau video tidak pernah dirakam secara dekat dan jika ada hanyalah gambar yang berjaya diambil dalam kualiti yang rendah.

Menurut Pengarah Survival International, Stephen Corry berkata, suku kaum itu dikenali sebagai "suku kaum zaman batu" dan merupakan suku kaum yang paling terpinggir di dunia di mana kerajaan India sendiri tidak masuk campur dalam urusan mereka.

Jururawat menangis remaja lumpuh berdiri

Jururawat menangis remaja lumpuh berdiri
Sedutan video yang dimuatnaik ke laman Youtube

KEJUTAN seorang pesakit yang menderitai lumpuh menyebabkan seorang jururawat bercucuran air matanya.

Melalui sebuah video yang dimuatnaik ke laman YouTube pada 18 April, pesakit tersebut, Bailey dikatakan menghidap sakit lumpuh selama 11 hari tanpa diketahui puncanya.

Bailey yang kemudian sembuh bertindak merancang untuk mengejutkan seorang jururawat wanita yang telah menjaganya selama 11 hari.

Video berdurasi satu minit dan 12 saat berkenaan menyaksikan jururawat berkenaan hampir melompat dan menjerit kesukaan selepas Bailey bangun dari kerusi roda.

Mereka berdua kemudian berpelukan sambil jururawat berkenaan berkata "Terima kasih Tuhan" sambil bercucuran air mata.

Menurut ibu Bailey, penyakit yang melanda gadis berkenaan gagal dikenal pasti. Bailey sebelum ini lumpuh dari paras pinggang dan ke bawah.

Hampir tiga juta pelayar yang menonton video tersebut melahirkan rasa syukur dan terharu terhadap pengorbanan dan reaksi jururawat berkenaan.

"Jururawat ini sangat baik dan patut dicontohi," kata Technodreamer.

"Reaksi jururawat tersebut adalah reaksi seorang manusia yang berkorban terlalu banyak tapi tidak dihargai. Semoga petugas perubatan sentiasa dirahmati," kata Luke Piechowski.

Peraturan baharu cermin gelap 1 Mei



ILUSTRASI peraturan cermin gelap baharu JPJ.


MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetap akan menguatkuasakan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 Mei ini selepas rancangan awal untuk melaksanakannya 1 November tahun lalu ditunda.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad (gambar kecil) memberitahu, beberapa operasi telah berjalan secara berterusan sejak tahun lalu untuk memastikan orang ramai tahu mengenai peraturan baharu itu.
“Melalui sekatan yang dilakukan, tindakan telah diambil ke atas pemilik kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi kadar ketelusan cahaya yang dibenarkan.
“Peraturan baharu ini akan dikuatkuasakan secara berterusan. Kenderaan mewah yang menggunakan cermin gelap juga tidak terkecuali untuk dikenakan tindakan sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari JPJ 2015 peringkat negeri Melaka di Bukit Katil di sini semalam.
Menurut Ismail, kadar ketelusan cahaya yang dibenarkan ialah 70 peratus untuk cermin hadapan, cermin sisi hadapan (50 peratus) manakala 30 peratus untuk cermin sisi belakang dan cermin belakang.
Penguatkuasaan itu tertakluk di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Pengguna jalan raya yang ingkar boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3YBA67Kpd 
Hakcipta terpelihara 

Kutip GST RM42 juta sehari



PIHAK JKDM berjaya mengutip GST sebanyak RM922 juta ke atas barang yang diimport ke negara ini dalam tempoh 22 hari sejak 1 April lalu. – Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semalam mengumumkan telah mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM922 juta ke atas barang yang diimport ke negara ini dalam tempoh 22 hari sejak 1 April lalu.
Secara purata, pihak kastam membuat kutipan GST sebanyak RM42 juta sehari di semua pintu masuk ke negara ini.
Pengarah GST JKDM, Datuk T. Subromaniam (gambar kecil) berkata, cukai itu dikutip di semua pintu masuk utama negara ini namun, ia tidak termasuk GST yang akan dikutip daripada 373,668 syarikat berdaftar.
“Syarikat berdaftar itu tidak bayar (GST) pada setiap hari.
“Cukai itu hanya dibayar oleh pihak yang mengimport. Sebahagian jumlah cukai yang dikutip itu akan ditebus semula oleh pihak berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3YB8Udgqx 
Hakcipta terpelihara