BEIJING – Undang-undang anti-merokok paling ketat dalam sejarah China mula berkuat kuasa di Beijing semalam dengan denda dan talian hotline disediakan untuk melaporkan pesalah susulan kebimbangan penguatkuasaan yang lemah
Undang-undang itu melarang merokok di pejabat, restoran, hotel dan hospital dengan premis yang melanggarnya boleh didenda sehingga 10,000 yuan (RM5,887).
Lesen premis yang berulang kali melanggar undang-undang itu pula boleh dibatalkan, manakala individu yang ditangkap merokok di kawasan yang dliarang boleh didenda sebanyak 100 yuan (RM59).
Selain merokok di tempat tertutup, peraturan tersebut turut melarang merokok di kawasan terbuka berhampiran sekolah, hospital dan fasiliti sukan.
Undang-undang berkenaan yang terhad di ibu kota China, Beijing, bukan pertama kali dikuat kuasa oleh pemerintah.
Usaha serupa pernah dilakukan di seluruh China pada 2011 tetapi pelaksanaannya kurang berhasil.
Undang-undang alam sekitar dan keselamatan China kerap dilanggar ekoran bilangan penguatkuasa yang terhad dan tarikan rasuah.
Harga rokok kekal rendah di China dengan sekotak rokok biasanya dijual pada harga kurang 10 yuan (RM5.90). – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3bqovAb2L
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment