Tuesday, June 2, 2015

Himpunan hina Islam

Phoenix: Lebih 250 penunjuk perasaan, sebahagiannya bersenjata, menyertai perhimpunan untuk mencetuskan provokasi dengan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di luar sebuah masjid, di sini, semalam (Jumaat waktu tempatan).
Mereka bagaimanapun ditentang oleh kumpulan penduduk yang sama banyak yang melaungkan slogan ‘Baliklah, Nazi.’
Perhimpunan itu diadakan eminggu selepas acara
anti-Islam di Texas diserang dua lelaki bersenjata.
Acara anti-Islam di luar Pusat Komuniti Islam Phoenix itu dianjurkan seorang veteran perang Iraq yang memakai kemeja-T dengan slogan menghina Islam sambil mengibarkan bendera Amerika Syarikat (AS).
Polis yang lengkap dengan peralatan antirusuhan memisahkan dua kumpulan itu dengan berdiri di tengah-tengah.
Jon Rotzheimer menganjurkan perhimpunan berkenaan menerusi Facebooknya beberapa hari lalu dengan menjadikan masjid itu sasaran kerana kedua-dua lelaki yang menyerang acara melukis kartun menghina Rasulullah SAW minggu lalu sering bersolat di masjid itu.
Kira-kira 20 penunjuk perasaan anti-Islam itu berpakaian tentera dan membawa senjata separuh automatik.
Ada yang melaungkan slogan Islam ‘agama pembunuh,’ sementara yang lain membawa karikatur didakwa Nabi Muhammad SAW yang dilukis di Texas, minggu lalu.
Masjid itu ialah bekas gereja yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix. Terdapat puluhan ribu masyarakat Islam tinggal di bandar raya itu.
Dalam kejadian semalam, walaupun beberapa peserta yang hadir menentang tunjuk perasaan itu bertindak balas dengan mencerca penyokong anti-Islam terbabit, ada yang mengikut nasihat jawatankuasa masjid dengan bersikap lebih lembut sambil melaungkan slogan ‘Sayangi jiran anda.’
Semua penunjuk perasaan itu bersurai menjelang malam tanpa berlaku keganasan atau tangkapan.
Kumpulan antiIslam di Amerika Syarikat semakin aktif sejak kebelakangan ini, termasuk membeli iklan dan mengadakan tunjuk perasaan untuk menggambarkan Islam agama keganasan dengan merujuk kepada kegiatan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.
Dalam kejadian 3 Mei lalu, dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan berhampiran Dallas ketika satu pameran lukisan karikatur menghina Rasulullah (SAW) diadakan.
Mereka bagaimanapun ditembak mati oleh polis.
Aktivis anti-Islam Pamela Geller yang menganjurkan acara di Texas itu berkata, dia tidak terbabit dengan tunjuk perasaan di Phoenix.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 5:10 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54642#sthash.kfRHaufe.dpuf

No comments:

Post a Comment