Tuesday, June 2, 2015

Beijing tolak desakan AS


Singapura: China semalam menolak desakan Amerika Syarikat supaya menghentikan kerja penambakan di Laut China Selatan.
Timbalan Ketua Turus tentera negara itu Laksamana Sun Jianguo berkata, China hanya melaksanakan tanggungjawab kedaulatannya dan menggunakan pangkalannya di kawasan itu bagi memenuhi tanggungjawab antarabangsa.
Bercakap di satu sidang kemuncak mengenai keselamatan di Singapura, Jianguo juga berkata, keadaan di Laut China Selatan secara keseluruhanya aman dan stabil.
“Tidak ada isu mengenai kebebasan untuk belayar. China melakukan pembinaan di Laut China Selatan semata-mata untuk meningkatkan peranan pulau dan terumbu karang berhampiran selain menambah baik keadaan kehidupan anggotanya yang ditempatkan di situ,” kata Jianguo.
Dia berkata demikian sebagai mengulas desakan Amerika Syarikat supaya China menghentikan semua kerja penambakan laut di kawasan perairan berkenaan.
China menuntut hak kedaulatan terhadap hampir seluruh Laut China Selatan, kawasan laluan perkapalan penting dunia yang dipercayai mempunyai simpanan minyak dan gas.
Bagaimanapaun, beberapa negara yang turut menuntut hak terhadap sebahagian kawasan itu menuduhnya menjalankan dasar peluasan wilayah. - AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54840#sthash.zOvErD02.dpuf

No comments:

Post a Comment