Tuesday, June 2, 2015

Pakai tudung hanya di Aceh

Surabaya: Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral Moeldoko memberitahu hanya anggota tentera wanita yang bertugas di wilayah Aceh dibenarkan memakai tudung.
“Pemakaian tudung hanya diperuntukkan bagi anggota wanita yang bertugas di Aceh.
“Tiada larangan, tetapi kalau mahu memakai tudung sila pindah ke Aceh, selesai masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan seorang anggota tentera wanita dalam satu perjumpaan di sini, kelmarin.
Katanya, persoalan itu tidak perlu ditimbulkan lagi kerana sudah termaktub dalam peraturan TNI.
“Secara prinsipnya kita memberi kelonggaran untuk tentera wanita di Aceh sahaja,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pusat Bidang Seni Budaya Majlis Ulama Indonesia, Cholil Ridwan menyelar Moeldoko dan berkata, TNI sepatutnya meniru jabatan polis negara itu yang memberi kebebasan kepada anggotanya untuk bertudung.
“Hak bertudung dilindungi undang-undang dan polis Indonesia juga memberikan hak berkenaan.
“Apa bezanya anggota TNI dengan polis,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 9:17 AM


ASKAR wanita Indonesia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54849#sthash.ZsGsWyXK.dpuf

No comments:

Post a Comment