Saman dilekatkan di tepi kereta sorong
LONDON 1 Jun – Seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Leeds bertindak pelik apabila mengeluarkan notis saman kepada pemilik sebuah kereta sorong yang ditinggalkan di tepi jalan di bandar Leeds, di sini, kelmarin.
Malah, aksinya sempat dirakam dan dimuat naik seorang pengguna Twitter bernama @Geezajay2013 bersama keterangan berbunyi ‘Majlis Perbandaran Leeds memberi notis saman kepada kereta sorong. Saya tidak percaya apa yang saya lihat’.
Gambar itu kemudian menjadi viral di laman sosial.
Menurut Daily Mail, beberapa keping gambar menunjukkan penguatkuasa tersebut menulis notis saman sebelum melekatkannya di sisi kereta sorong berkenaan.
Tindakan itu mengundang pelbagai persoalan dari pengguna Internet antaranya adakah kereta sorong dikira sebagai kenderaan dan kesalahan trafik apakah yang dikenakan kepada pemilik kereta sorong tersebut.
Pengguna bernama Chris Rhodes membalas tweet itu dengan menyatakan ‘Penguatkuasa ini hanya berlakon’.
Jurucakap Majlis Perbandaran Leeds berkata, pihaknya tidak pasti dengan kesahihan insiden itu dan jika benar, penguatkuasa terlibat disifatkan agak berlebih-lebihan dalam menjalankan tugas.
No comments:
Post a Comment