Sunday, July 12, 2015

Kadir: Urusan 1MDB - bank S'pura merisaukan



Wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin menyuarakan kebimbangan mengenai firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh memberi risiko kepada kedaulatan Malaysia.

Antara perkara lain yang membimbangkan, Kadir berkata urusan 1MDB dengan perbankan Singapura yang mana Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) turut mengetahuinya.

"Kalau penyiasatan MAS tidak menemui apa-apa yang buruk tentulah Bank Negara dan media arus perdana telah mencanangkannya. Sebaliknya apabila MAS menyerahkan laporan siasatannya kepada Bank Negara, Gabenor (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz berkata ia adalah rahsia.

"Kita takut maklumat yang ditemui oleh MAS dan pihak-pihak luar yang lain digunakan sebagai “leverage” untuk memeras ugut pemimpin kita," kata Ketua Pengarang NSTP dalam posting blog semalam.

Abdul Kadir merujuk akaun 1MDB berkaitan di BSI Bank Ltd Singapura, di mana dana AS$ 1.103 bilion (RM3.97 bilion) daripada penebusan aset 1MDB yang disimpan di Pulau Cayman.

No comments:

Post a Comment