Diaa Mohamed
Diaa Mohamed
Pengasas Parti Islam Australia, Diaa Mohamed yang mengumumkan penubuhan parti itu, hari ini berkata, penubuhan parti berkenaan hampir dibatalkan selepas berlaku serangan pengganas di Paris pada Jumaat lalu.
Namun, Diaa dan rakan-rakannya bersetuju meneruskan rancangan mereka.
``Sebanyak empat atau lima parti yang anti-Islam sedang diwujudkan dan kami berpendapat perlu melakukan sesuatu bagi menanganinya,’’ kata ahli perniagaan Sydney itu kepada Radio ABC.
Diaa, 34, mengakui akan timbul banyak persoalan tentang penubuhan parti itu.
``Dan disebabkan itu kita mewujudkan parti ini,’’ kata Diaa.
Parti itu yakin dapat mendaftar seramai 500 orang ahli yang diperlukan untuk meletakkan calon bagi bertanding pada pilihan raya Senat pada tahun depan, tambah beliau. - DPA