http://www.tv14.my/2015/12/31/mereka-selalu-tidak-berlaku-adil-kepada-diri-saya-ini-ahmad-maslan/
DATUK Ahmad Maslan mengakui bahawa kenyataannya mengenai #2kerja telah diputarbelit kearah negatif oleh beberapa pemberita yang membuat laporan berita berkenaan.
“Jadi mereka selalu tidak berlaku adil kepada diri saya ini” katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Ahmad berkata, tindakannya memberi penjelasan mengenai #2kerja itu adalah sebagai salah satu usaha untuk menyerap isu kos sara hidup yang menjadi bahan mulut netizen sekarang.
#2kerja yang dimaksudkan Ahmad adalah merujuk kepada perniagaan online yang diusahakan oleh para penjawat awam atau yang telah ‘makan gaji’.
Namun perniagaan online ini haruslah dilakukan pada sebelah malam atau hujung minggu dengan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Beliau juga menambah, disamping mengeluarkan kenyataan di media massa, beliau juga turut menggunakan medium twitter dirinya untuk membuat penjelasan terhadap isu ini.
Terdapat lebih sepuluh posting mengenai isu ini telah disiarkan dalam laman twitternya, namun katanya hanya satu twit sahaja yang sesetengah media ambil dan highlightkan.
“Di Malaysia dia (komen kepada pandangan yang berbeza) lebih suka dispin kearah yang negatif. Itu antara sifat kita yang patut di ubah” tambah Ahmad lagi ketika ditanya oleh pemberita.
No comments:
Post a Comment