Satu kajian oleh pakar ekonomi Itali mendapati wanita tidak mampu memberikan hasil pekerjaan terbaik apabila bekerja di bawah tekanan masa. Agensi
NEW YORK 3 Jan. – Seringkali ramai akan tertanya-tanya mengapa wanita selalu mengambil masa terlalu lama untuk bersiap apabila mahu pergi ke mana-mana.
Satu kajian terbaharu oleh pakar-pakar ekonomi dari Itali seakan-seakan menjawab persoalan itu yang sering bermain di fikiran lelaki terutama para suami.
Mail Online melaporkan, kajian itu mendapati wanita tidak mampu memberi persembahan terbaik apabila satu masa ditetapkan untuk melengkapkan sesuatu pekerjaan.
Dalam kajian tersebut yang dilaporkan dalam Journal of Economic Psychology, mendapati wanita yang mengambil peperiksaan tanpa ditetapkan masa menyaksikan mereka mendapat keputusan lebih baik daripada lelaki tetapi apabila ditetapkan satu tempoh waktu, kelebihan itu tidak berlaku.
Pakar ekonomi yang menjalankan kajian tersebut berkata, keadaan itu mungkin menjadi satu punca mengapa tidak banyak wanita memegang jawatan kanan dalam sesuatu pekerjaan.
Penyelidik itu berkata, mereka mendapati jurang antara jantina dalam pasaran buruh dan jumlah kecil wanita memenuhi pekerjaan yang berkelayakan tinggi mendedahkan wanita menghadapi kesukaran untuk menangani tekanan masa.
“Keputusan kajian kami mencadangkan wanita mungkin mengelak persekitaran yang memerlukan mereka melakukan kerja di bawah tekanan masa kerana mereka tidak mempunyai keupayaan mencukupi untuk menangani tekanan itu,’’ kata para penyelidik terbabit.
No comments:
Post a Comment