Friday, February 15, 2013

Korea Selatan umum miliki peluru berpandu baharu

Gambar yang dikeluarkan di Seoul, semalam merakamkan kejayaan Korea Selatan melancarkan sistem peluru berpandu jarak jauh terbaharunya dari sebuah kapal perang. - AFP
SEOUL 14 Feb. - Dua hari selepas Korea Utara menlancarkan ujian nuklearnya, Korea Selatan, hari ini pula mengumumkan memiliki peluru berpandu baru, yang mampu mengenai mana-mana sasaran di negara jirannya itu.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan memberi satu taklimat khas kepada wartawan dan menyiarkan rakaman video yang memaparkan peluru berpandu itu, yang mampu dilancarkan dari kapal perang dan kapal selam.
''Dengan peluru berpandu ini, kami boleh menjadikan sebarang kemudahan, peralatan atau individu di Korea Utara sebagai sasaran pada bila-bila masa,'' kata jurucakap tentera Mejar Jeneral, Ryu Yong-jeo.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Kim Min-seok berkata, peluru berpandu itu mempunyai ketepatan sehingga mampu mengenai tingkap tertentu di sesebuah bangunan.
''Peluru berpandu ini mempunyai kuasa pemusnah kuat dan boleh memusnahkan sebarang aktiviti di ibu pejabat musuh ketika perang,'' katanya.
Tentera Korea Selatan berada dalam keadaan bersiap sedia peringkat tinggi sejak Pyongyang pertama kali mengancam menjalani ujian nuklear.
Ujian nuklear Pyongyang, kelmarin merupakan yang ketiga selepas Korea Utara mengadakan ujian pada 2006 dan 2009.
Data seismik mencadangkan ujian nuklear itu lebih kuat berbanding ujian sebelumnya.
Korea Selatan, semalam mengumumkan bahawa negara ini akan mempercepatkan pembangunan peluru berpandu balisitik jarak jauh yang boleh mengenai sasaran di Korea Utara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130215/lu_04/Korea-Selatan-umum-miliki-peluru-berpandu-baharu#ixzz2KyXwl4cE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment