Tentera Korea Selatan melepaskan beberapa roket pelancar dalam latihan tentera di Cheorwon, kira-kira 70 kilometer dari Seoul, semalam. - AFP |
Sebuah blog Institut AS-Korea di Johns Hopkins Universiti, 38 North, yang menganalisis gambar-gambar satelit turut mendakwa, kemungkinan Iran turut terlibat membantu Pyongyang dalam projek itu dari Tapak Pelancaran Satelit Tonghae di wilayah Hamgyong Utara, Korea Utara.
Menurut 38 North, gambar satelit komersial bertarikh 5 Januari lalu menunjukkan berlaku 'kemajuan penting' sejak kawasan itu dilanda taufan pada tahun lalu itu dengan wujud aktiviti sama, dengan persediaan dilakukan untuk membuat satu lagi pelancaran.
Namun laman web itu tidak mempunyai bukti cukup untuk menyokong spekulasi bahawa Korea Utara akan melakukan ujian peluru berpandu terbaharunya, KN-08, yang berpotensi mencapai jarak antara benua yang didedahkan buat pertama kalinya pada April lalu.
Blog itu berkata, gambar satelit menunjukkan terdapat tiga tangki simpanan minyak berkapasiti 439,100 liter dibina di tapak itu pada tahun lalu, tahap jauh lebih tinggi berbanding kapasiti ketika pelancaran roket Pyongyang, baru-baru ini.
Sementara itu, lebih 100 ribu tentera dan orang awam mengadakan perhimpunan besar-besaran di Pyongyang bagi meraikan kejayaan negara ini melancarkan ujian nuklear dan memuji 'keberanian' pemimpin Kim Jong-un, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), hari ini.
Perhimpunan yang diadakan di Dataran Kim Il-sung, semalam itu dihadiri pegawai-pegawai tertinggi parti dan tentera, selain anggota polis serta pelajar.
Namun, Jong-un, pemimpin muda yang mengambil tampuk pemerintahan selepas kematian ayahnya Kim Jong-il pada Disember 2011, tidak menghadiri perhimpunan tersebut.
Data menunjukkan ujian nuklear Pyongyang yang dilancarkan pada Selasa lalu adalah lebih berkuasa daripada dua ujian sebelumnya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130216/lu_02/Pyongyang-sedia-lancar-peluru-berpandu-pula#ixzz2L1JzDF4Y
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment