- Saya dengan ini merujuk kepada laporan muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 05 Februari 2011 yang memaparkan tajuk berita “NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah.”
- Di bawah tajuk tersebut dipaparkan laporan berkenaan persetujuan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan ulama UMNO, Mohd Nor Deris berkenaan dengan kenyataan YAB Tuan Guru yang didakwa boleh menjejaskan akidah.
- Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.
- Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti.
- Laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru. Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali.
Monday, February 7, 2011
Penjelasan Terhadap Laporan Muka Depan Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011
MEDIU tawar tempat pelajar Universiti Al-Azhar
Rektor MEDIU, Prof Dr Mohammad Khalifa Al-Tamimi mengemukakan surat tawaran itu kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam MEDIU, Jamaluddin Hussain berkata, dalam surat itu, Prof Dr Mohammad Khalifa menyatakan bahawa tawaran berkenaan akan merangkumi sistem pengajian secara e-pembelajaran dan sistem pengajian secara konvensional di bilik kuliah serba lengkap dengan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa MEDIU di Plaza Masalam, Shah Alam.
Kira-kira 90 peratus modul pengajian bagi bidang pengajian Islam MEDIU diambil daripada Universiti Al-Azhar dan sebahagian besar pensyarahnya berasal dari negara Timur Tengah dan Asia Barat yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan.
Pensyarah universiti itu juga merupakan lepasan peringkat Doktor Falsafah (PhD) Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Madinah, Universiti Islam Jordan, universiti tempatan dan beberapa universiti terkemuka yang lain.
"Kami percaya program ini akan memberi banyak manfaat untuk rakyat Malaysia terutamanya pelajar dari Universiti Al-Azhar yang menerima musibah daripada konflik persengketaan yang menghampiri kejadian perang saudara yang melanda Mesir," kata Prof Dr Mohammad Khalifa.
Beliau juga amat berharap agar MEDIU diberi peluang untuk menabur bakti kepada pelajar berkenaan untuk memastikan mereka mencapai cita-cita dan seterusnya menjadi warga yang berjasa kepada agama, negara dan bangsa.-Bernama
Debat dengan Nik Aziz: PAS minta Umno kumpul ulama - Malaysiakini
Feb 7, 11 7:42am
Kongsi
207
PAS berharap cadangan dialog antara mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan boleh menjadi kenyataan, bahkan disiarkan secara langsung supaya orang ramai boleh menghakimi dan menilainya.
Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, kesediaan Nik Aziz itu menepati amalam dalam sejarah peradaban Islam untuk mencari kebenaran.
'Sebenarnya tindakan Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah. Pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan, PAS membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan.
'Malangnya segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik,' kata Idris Ahmad (kiri).
Dalam satu kenyataan semalam, Idris juga menyindir parti lawannya Umno supaya 'mengumpul ulama yang ada dalam parti Umno untuk turut serta'.
Beliau berharap, selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS."
Anwar: Mengapa membisu pendedahan kes Taib? - Malaysiakini
Feb 7, 11
3:09pm
Menurut Anwar, jika ada dakwaan dilemparkan ke atas dirinya, SPRM tidak akan berlenggah bagi menyiasat.
"Tetapi ketika tuduhan dilemparkan ke atas Perdana Menteri Najib (Abdul) Razak dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim dan juga ke atas Taib, SPRM lambat bertindak," katanya.
Anwar berkata Malaysia mempunyai dua set undang-undang - satu set undang-undang yang tidak 'bertaring' bagi golongan kaya dan berkuasa, dan yang kedua bagi rakyat biasa, seperti dirinya.
Perlu diubah
"Set undang-undang ini perlu diubah," katanya sambil menambah perkara itu tidaak akan berlaku selagi BN terus berkuasa.Anwar juga mendakwa BN akan menghalang sistem itu dipinda bagi menjamin kedudukan mereka selagi mereka terus memerintah.
"(Jika) anda ingin memastikan bahawa ada keadilan dan keadilan, maka sistem harus diubah untuk kebaikan selamanya," katanya.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Sarawak Report telah mendedahkan laporan yang disokong dengan apa yang dikatakan adalah dokumentari dan bukti bahawa Taib, ahli keluarga serta rakan-rakannya telah menjadi jutawan.
Menurut Sarawak Report juga memuatkan artikel-artikel menuduh keluarga Taib diberikan kontrak melalui perundingan terus bagi projek membina dan menyelenggara jalan, jambatan dan projek-projek besar yang lain.
Krisis politik
Anwar juga memberi amaran akibat daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang kronik mungkin akan menyaksikan bantahan oleh rakyat seperti yang dilihat pada krisis politik di Tunisia dan Mesir .Perkara yang sama boleh terjadi di negara-negara Islam lain di Asia atau di tempat-tempat lain di seluruh dunia, katanya.
"Kita harus sedar apa yang berlaku di kedua-dua negara tersebut," katanya.
Justeru, beliau mengingatkan BN supaya tidak memperlekehkan atau menghina penduduk luar bandar dengan memikirkan mereka akan puas dengan sesekali jalan dan jambatan dibina di daerah mereka.
"Mereka ini rakyat Malaysia dan harus diberi hak dan kuasa untuk menentukan masa depan mereka sendiri," katanya.Sehubungan itu, anwar berkata adalah penting bagi PKR untuk terus memperkukuh dan mempermantapkan kubu-kubunya dan bekerjasama erat dengan rakan kongsi Pakatan Rakyat - DAP, PAS dan SNAP di Sarawak.
Wan Chik mohon baiki rumah
pengarang@utusan.com.my
Wan Chik Wan Salleh dan Chik Nen Awang Yik menujukkan sebahagian atas dinding rumah mereka roboh dan memerlukan bantuan untuk membaikinya di Kampung Hutan Setali, Kubang Pasu, semalam. |
KUBANG PASU 6 Feb. - Setiap malam, tidur 12 sekeluarga di sebuah rumah di Kampung Hutan Setali, Mukim Padang Perahu di sini sering terganggu kerana bimbang keadaan rumah mereka yang hanya menunggu masa menyembah bumi.
Bahagian tingkat atas rumah milik Wan Chik Wan Salleh, 61, itu sudah reput dimakan anai-anai serta mulai roboh sedikit demi sedikit sejak awal Januari lalu.
Tambah memburukkan keadaan, cuaca berangin di kawasan utara membuatkan rumah tersebut tidak selamat didiami kerana jika angin bertiup kencang, habuk-habuk kayu yang reput terjatuh ke ruang tamu yang juga menjadi ruang tidur separuh daripada ahli keluarga tersebut.
Wan Chik berkata, sebagai ketua keluarga, dia memang ingin menyediakan kediaman yang lebih selesa buat isteri, tujuh anak, tiga cucunya serta bapa mertua yang tinggal di rumah itu namun pendapatannya sebagai pengawal keselamatan tidak mengizinkan.
"Rumah yang saya duduk sekarang adalah rumah pusaka dan saya tinggal di rumah ini sejak kecil lagi.
"Kami semua memang tidak berani naik ke tingkat atas kerana lantai kayunya reput dan apabila angin kuat, kami gerun kerana mungkin kayu-kayu di tingkat atas ini boleh tercabut," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.
Menurutnya, tiga anaknya berusia antara 12 hingga 17 tahun masih bersekolah dan dia mengharapkan anak-anaknya itu dapat mengulang kaji pelajaran dalam keadaan rumah yang lebih selesa.
"Saya sudah mohon kepada pihak berwajib untuk membantu membina semula rumah saya, namun sehingga kini masih tiada jawapan.
"Ada beberapa pihak datang mengambil gambar rumah saya dan mereka kata akan baiki rumah ini selepas Aidilfitri tahun lalu tetapi rumah saya tetap tidak dibaiki," katanya.
Dalam pada itu, isterinya, Chik Nen Awang Yik, 56, berkata, dia berada di rumah bersama bapanya yang sedang uzur sewaktu dinding tingkat atas rumahnya tercabut kerana ditiup angin, awal Januari lalu.
"Bunyi kayu-kayu dinding jatuh memang menakutkan dan jika musim hujan pula air memasuki rumah ini.
"Saya berharap rumah saya dibaiki segera kerana setiap malam saya tidak dapat tidur nyenyak memikirkan keselamatan anak-anak yang tidur di ruang tamu rumah ini," katanya.
6 tahun tinggal dalam rumah bocor
RUMAH baru milik Ahmad Salleh dan Zainab Ismail yang terbengkalai enam tahun di Kampung Alor Merah, Tasek Gelugor, baru-baru ini. |
TASEK GELUGOR 6 Feb. - Setiap kali hujan lebat, pastinya pondok usang yang didiami sepasang warga emas di Kampung Alor Merah di sini dimasuki air.
Itulah nasib yang dilalui pasangan Ahmad Salleh, 71, dan isteri, Zainab Ismail (gambar), 55, sejak enam tahun lalu.
Bukan mereka tidak mahu berpindah tetapi rumah baru yang sedang dalam pembinaan terbengkalai akibat kesempitan wang.
Zainab memberitahu, suaminya membelanjakan kira-kira RM10,000 selepas mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membina rumah baru itu.
"Dia keluarkan duit untuk bina rumah baru pada 2006 tetapi tidak cukup menyebabkan projek terbengkalai sampai sekarang," katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.
Akibatnya, mereka terpaksa tinggal di sebuah pondok lama yang terletak berdekatan.
Menurutnya, pendapatan suaminya sebanyak RM400 sebulan sebagai pemandu lori tidak cukup menyelesaikan masalah tersebut.
"Lagi pun suami tidak begitu sihat kerana menghidap penyakit kencing manis," katanya.
Jelasnya, dia ada memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Urus Zakat tetapi tidak mendapat maklum balas.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Alor Merah, Mohd. Faidaus Muslim berkata, dia bersimpati dengan nasib yang menimpa pasangan berkenaan.
"Rumah mereka sampai sekarang tiada bekalan elektrik dan diharap keluarga ini perlu dibantu," katanya.
Sunday, February 6, 2011
Mubarak makin tersisih
TERUS MEMBANTAH: Pembantah antipemerintah Mesir terus berhimpun di hadapan sebuah kereta kebal tentera selepas tersebarnya khabar bahawa pihak tentera sedang beredar dari kedudukan mereka di Dataran Tahrir, Kahirah, semalam. - Foto AFP |
KAHIRAH: Presiden Hosni Mubarak kelihatan semakin tersisih selepas ratusan ribu pembantah kembali ke Dataran Tahrir di sini semalam, sedang pentadbiran Presiden Barack Obama dan beberapa pemimpin elit tentera dan kumpulan awam terus mengatur rancangan untuk mendesak beliau melepaskan kuasanya.
Ini sedang sekumpulan pensabotaj dipercayai menyerang rangkaian paip yang membekalkan gas ke Jordan, hingga memaksa pihak berkuasa Mesir menutup bekalan gas pada rangkaian paip kembar yang turut membekalkan gas kepada Israel itu, menurut laporan-laporan media, semalam.Semalam hari ke-12 para pembantah Mesir menunjukkan kemarahan mereka terhadap Encik Mubarak.Naib Presiden baru Mesir, Encik Omar Suleiman, bersama beberapa pemimpin utama tentera dan sebuah 'kumpulan lelaki bijak' difahamkan sedang membincangkan langkah menyekat kuasa Encik Mubarak.Dalam satu perkembangan terbaru semalam, pemimpin-pemimpin utama para pembantah Mesir mengadakan rundingan dengan perdana menteri Mesir, Encik Ahmed Mohamed Shafiq, mengenai cara-cara memudahkan Encik Mubarak keluar dari jawatannya.Di bawah satu usul, presiden Mesir yang berusia 82 tahun itu akan menyerahkan kuasanya kepada naib presiden beliau, tanpa meletakkan jawatannya dengan segera, bagi memberikan beliau jalan keluar yang lebih 'sopan'.Sebuah kumpulan elit terdiri daripada orang awam, yang diberi gelaran sebagai 'kumpulan lelaki bijak', telah menyebarkan idea-idea untuk memecahkan kebuntuan antara Encik Mubarak dan ratusan ribu pembantah itu.Antaranya ialah agar Encik Mubarak menyerahkan kuasanya kepada Encik Suleiman dan, buat sementara ini, sekurang-kurangnya melucutkan kuasanya daripada semua tugas rasmi kecuali jawatan beliau sebagai presiden.Kumpulan 'lelaki bijak' itu, yang mengasingkan diri mereka daripada para pembantah, telah dua kali bertemu dengan Encik Suleiman dan perdana menteri Mesir sejak beberapa hari yang lalu, kata Encik Amr El-Shobaki, salah seorang anggota kumpulan tersebut.Saranan mereka juga menggesa agar dibubarkan parlimen yang dimonopoli oleh parti yang memerintah Mesir, serta membatalkan perintah darurat yang memberikan kuasa hampir mutlak kepada pasukan keselamatan negara itu.Lewat kelmarin, satu delegasi pembantah telah bertemu dengan Encik Shafiq untuk membincangkan cara-cara memecahkan kebuntuan yang dihadapi Mesir sekarang, kata Encik Abdel-Rahman Youssef, seorang aktivis belia yang menyertai pertemuan itu.Encik Youssef berkata, mesyuarat itu bagaimanapun bukannya permulaan bagi rundingan tersebut.'Ia satu mesej untuk melihat bagaimana krisis ini dapat diatasi. Mesejnya adalah bahawa mereka harus mengiktiraf kesahan revolusi ini dan bahawa presiden berkenaan harus meninggalkan salah satu daripada ini - peninggalan sebenar atau bersifat politik,' dedahnya.Awal dari itu, Presiden Obama telah menggesa Encik Mubarak supaya meletakkan jawatannya, sambil berkata bahawa 'patriot megah' itu seharusnya mendengar rakyat beliau dan membuat 'keputusan yang betul'.'Saya percaya Presiden Mubarak mengambil berat terhadap negaranya. Beliau megah tetapi beliau juga seorang patriot. Beliau perlu mendengar apa yang disuarakan rakyat Mesir, dan membuat keputusan mengenai satu laluan masa depan yang teratur, tetapi bermakna dan serius,' kata presiden Amerika itu.Para pemimpin negara Barat juga kelihatan melahirkan sokongan mereka terhadap para pembantah tetapi ada yang mengambil sikap berwaspada terhadap menjangkakan perubahan terlalu cepat.Sementara itu, salah seorang pemimpin kumpulan 'Ikhwanul Muslimin, yang amat berpengaruh di Mesir', semalam berkata ia tidak mahu melihat satu revolusi Islam di Mesir, dan akan terus tidak mahu menonjolkan pelibatannya.'Ia satu pemberontakan rakyat Mesir,' kata jurucakap kumpulan itu, Encik Rashad Al-Bayoumi, dalam satu wawancara dengan akhbar mingguan Jerman, Der Spiegel, di Berlin, yang bakal diterbitkan esok. -- Agensi.
Letupan, kebakaran besar di terminal gas di utara Mesir
SABOTAJ ATAU BUKAN: Api menjulang dari sebuah terminal gas menyusuli satu letupan pada paip gasnya, di Semenanjung Sinai, semalam, menimbulkan tanda tanya sama ada ia satu sabotaj atau keroskan tulen. - Foto AFP |
EL-ARISH (MESIR): Satu letupan berlaku di sebuah terminal gas di Semenanjung Sinai di utara Mesir semalam, menyebabkan letupan dan kebakaran besar yang terpaksa ditangani dengan menutup aliran gas ke Jordan dan Mesir, kata para pegawai dan saksi.
Ia menimbulkan tanda tanya sama ada kejadian itu berpunca daripada perbuatan sabotaj.Bagaimanapun, seorang pegawai syarikat gas Mesir berkata kebakaran itu berpunca daripada kebocoran gas.Awal dari itu, seorang pegawai wilayah di Semenanjung Sinai berkata beliau mengesyaki letupan gas itu berpunca daripada satu perbuatan sabotaj.Letupan dan kebakaran di terminal gas di bandar El-Arish di wilayah Sinai itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan, tetapi ia menyebabkan api besar yang dapat dilihat menjulang ke langit dari jarak selamat kawasan rumah-rumah terdekat, kata Gabenor wilayahnya, Encik Abdel Wahab Mabrouk.Kejadian letupan itu terjadi sedang pemberontakan menyelubungi sekitaran Mesir, dengan para pembantah antipemerintah mendesak Presiden Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatannya sejak dua minggu lalu.Semenanjung Sinai, yang menjadi kediaman puak Badwi, pernah menjadi kawasan pertempuran antara penduduknya dengan pasukan keselamatan.Ia berada di sempadan Israel dan Jaluran Gaza, yang dikuasai kumpulan Hamas.Terminal gas itu pula adalah sebahagian daripada sistem rangkaian paip yang menyalurkan gas dari Pelabuhan Said di Mesir dekat Laut Mediterranean ke Israel, Syria dan Jordan.Ketua syarikat gas asli Mesir, Encik Magdy Toufik, dalam kenyataannya berkata kebakaran itu 'disebabkan oleh kebocoran sejumlah kecil gas'.Encik Mabrouk pula awal dari itu memberitahu media Mesir bahawa beliau mengesyaki perbuatan sabotaj tetapi tidak menjelaskannya dengan lebih lanjut.Bagaimanapun, kebakaran itu dapat dikawal dan diatasi pada sebelah pagi semalam, selepas injap yang mengawal aliran gas ditutup.Pejabat Perdana Menteri Israel, dalam satu kenyataannya berkata tidak jelas sama ada rangkaian paip ke Israel turut mengalami kerosakan tetapi ia telah mengambil langkah keselamatan untuk menutup sendiri aliran gas ke negara itu.Sementara itu, dalam satu perkembangan yang seolah-olah berinspirasikan perkembangan di Mesir dan Tunisia, sekumpulan aktivis di Arab Saudi dengan aktifnya memulakan kempen yang menggesa diadakan pembaharuan politik dan ekonomi dalam negara yang kaya minyak itu melalui laman jaringan sosial, Facebook, semalam.Kempen yang diberi tajuk, 'Rakyat Mahukan Pembaharuan Rejim', antara lain menggesa kerajaan Arab Saudi melakukan perubahan dan mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil, menghormati hak asasi serta kebebasan individu.Para aktivis Arab Saudi itu juga menggesa diadakan agar satu perlembagaan baru yang menjamin hak asasi wanita, serta menangani masalah rasuah, pengangguran dan pengagihan pendapatan yang tidak adil di negara itu. -- AP.
Anwar: Abdul Taib jangan jadi seperti Mubarak - Malaysiakini
Feb 5, 11 5:47pm
Kongsi
122
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud seperti presiden Mesir Hosni Mubarak yang mahu terus berkuasa walau diminta berundur.
Bercakap di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran cabang PKR Stampin hari ini, Anwar berkata penduduk Sarawak perlu menuntut supaya Abdul Taib segera berundur melalui proses demokratik.
Abdul Taib dan Mubarak kedua-duanya telah berkuasa sejak 30 tahun lalu.
Berjuta-juta rakyat Mesir kini melancarkan protes di seluruh negara bagi menuntut Mubarak supaya segera berundur.
Anwar berkata, perubahan boleh dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di negeri itu dan Abdul Taib tidak lagi menjadi ketua menteri.
Katanya, Pakatan akan menurunkan harga minyak dan harga barangan keperluan sekiranya ia dapat membentuk kerajaan di Sarawak."
Wanita cam polis didakwa tampar, rompak dirinya - Malaysiakini
Feb 5, 11
4:03pm
Chow Soo Meng, 36, mengenalpasti anggota polis lelaki itu dalam satu kawad cam di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya pagi ini.
Ibu kepada dua orang anak itu ditemani ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng. Polis turut merakam kenyataan wanita berkenaan dan juga kenyataan Lim.
Lim ketika dihubungi berkata, Chow telah mengenalpasti lima anggota berkenaan yang didakwa memecah masuk ke dalam kedainya tanpa mengemukakan waran.
Chow turut mengenalpasti pengawai polis yang didakwa menampar beliau dan juga seorang pegawai polis wanita, kata ahli parlimen DAP itu lagi.
Anggota polis berkenaan sebelum ini didakwa mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut.
Dalam laporan polisnya, anggota polis berkenaan didakwa telah mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin.
Polis telah menafikan dakwaan merompak Chow ketika wanita itu ditahan di kedainya di Sungai buloh pada malam Isnin lalu.
Satu kenyataan polis sebelum ini menyebut, anggota berkenaan merampas wang sebanyak RM15,900 untuk siasatan.
Nik Aziz mahu debat individu berkuasa
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau hanya menyahut cabaran untuk berdebat dengan individu yang mempunyai kuasa dan berprinsip.
Menteri Besar Kelantan itu mengakui, debat cara terbaik untuk menyelesaikan kekusutan, namun ia harus disertai orang yang ada kuasa bagi menyelesaikan masalah berbangkit.
Menurutnya, beliau tidak akan terikut-ikut dengan rentak Ulama UMNO, Profesor Madya Mohd Noor Deris untuk berdebat dengannya kerana individu itu tidak mempunyai dasar yang jelas dalam perjuangan.
“Saya tidak akan terima (cabaran Profesor Mohd Noor), dia ni sekali Pas, sekali UMNO, sekali kebangsaan, tiada dasar (prinsip) dalam perjuangan,” katanya ketika ditemui di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini, semalam.
Nik Aziz mengulas kenyataannya, kelmarin, yang bersedia untuk berdebat dengan Mohd Noor berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan yang merosakkan akidah selain memecah-belah umat Islam.
Isu ini timbul apabila Nik Aziz pada sidang media semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini, mendakwa mereka yang tidak mengundi Pas adalah jahiliah.
Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta Majlis Fatwa Kebangsaan tidak menunggu keadaan menjadi lebih keruh dan huru-hara, berikutan kenyataan Nik Aziz yang dikatakan menimbulkan kontroversi.
Ditanya adakah Mohd Noor bukan lawan sebenar beliau untuk berdebat, Nik Aziz berkata, soal taraf tidak berbangkit, tetapi yang penting individu berkenaan ada dasar yang teguh.
“Saya boleh berdebat, orang tengahnya al-Quran, tetapi ia harus dengan individu yang betul, bukan seperti beliau (Mohd Noor),” katanya.
-sinarharian
Dua beranak warga tua OKU perlu bantuan
2011/02/06
Keadaan hidup Bani Tasnim, 90, dan anak tunggalnya, Ahad Tamat, 64, amat memilukan kerana bukan saja terpaksa menguruskan diri sendiri, malah kedudukan kediaman mereka juga agak jauh dari jiran sehingga sukar meminta bantuan jika perlu, termasuk ketika dilanda banjir sedalam lebih satu meter, baru-baru ini.Himpitan hidup dan kecacatan menyebabkan dua beranak itu jarang keluar rumah dan hanya mengharapkan bantuan penduduk kampung yang menjenguk sekali-sekala.Ahmad Shabery terkejut apabila mendapat tahu dua beranak itu tidak mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jaminan akan membawa segera kes mereka ke pengetahuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“Kes ini harus diberi keutamaan, mereka perlu diberikan bantuan bulanan,” kata Ahmad Shabery yang turut memberikan sumbangan peribadi RM1,000 dan barangan makanan kepada dua beranak terbabit.
Menurut Bani, dia hilang penglihatan sejak 20 tahun lalu selepas terjatuh dan kepalanya terhantuk ketika membawa sayur-sayuran untuk dijual di Pasar Bekenu.
“Tiga hari selepas itu saya lihat tingkap rumah semakin mengecil, sebelum mata kabur dan terus tidak dapat melihat. Ahad pula buta tiba-tiba ketika usia tiga tahun. Ketika itu dia ikut neneknya ke sawah dan bila mahu menjamah nasi, dia memberitahu ada ulat dalam nasi dan terus buang bekalan itu sebelum tidak dapat melihat,” katanya.
Nasib dua beranak itu bertambah malang apabila suami Bani meninggal dunia, 15 tahun lalu. Keadaan kediaman dua beranak berkenaan begitu daif dengan tali diikat pada dinding rumah bagi memudahkan mereka bergerak.
Pengantin ceria Sultanah Johor sertai majlis akad nikah
2011/02/06
- RAJA Zarith Sofiah makan bersama mangsa banjir selepas meluangkan masa melawat pusat penempatan banjir di IKBN Pagoh, semalam.
- PASANGAN pengantin, Hishamuddin dan Nurul Liyana menaiki kenderaan pacuan empat roda bersalaman dengan penduduk ketika meninjau keadaan banjir di kampung mereka di Pagoh, semalam.
- MOHD YUNUS dan Nur Huda bergambar bersama tetamu cilik di dalam banjir di Kampung Parit Penghulu, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, semalam.
Pasangan pengantin, Hishamuddin Darwis, 30, dari Kampung Terus dan Nurul Liyana Sakiman, 21, dari Kampung Sri Tanjung, terpaksa menangguhkan kenduri dan persandingan mereka, sebaliknya hanya mengadakan majlis pernikahan serba ringkas selepas rumah mereka yang terletak berhampiran pekan Panchor ditenggelami air menyebabkan keluarga masing-masing dan penduduk kampung berpindah.
Raja Zarith Sofiah yang sedang melawat mangsa banjir dan menyampaikan bantuan di Dewan Karisma, IKBN, bergegas ke Masjid At-Taqwa yang terletak bersebelahan dewan terbabit sejurus mendapat tahu ada mangsa banjir yang berlindung di situ melangsungkan pernikahan.Baginda menunjukkan keprihatinannya dengan menemani dan berada bersebelahan Nurul Liyana ketika pasangannya, Hishamuddin melafazkan akad nikah yang dikendalikan Naib Kadi Panchor, Mohd Taib Mohamad dengan turut dihadiri keluarga terdekat pasangan berkenaan, dalam majlis yang diadakan kira-kira jam 11.30 pagi.
Nurul Liyana ketika ditemui pemberita berkata, rasa sedihnya kerana terpaksa menangguhkan majlis kenduri dengan hanya mengadakan majlis pernikahan serba ringkas itu, sedikit sebanyak terubat dengan kehadiran isteri Sultan Johor itu.
"Rasa sedih kerana majlis perkahwinan terpaksa ditangguhkan seolah-olah hilang apabila saya melihat Tuanku datang ke majlis ketika saat saya dinikahkan, malah Tuanku sempat berpesan supaya saya bersabar, jaga diri dan suami," katanya.
Nurul Liyana berkata, banjir yang melanda kawasan itu menyebabkan keluarganya dan mentua terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM16,000 apabila semua kelengkapan termasuk khemah dan pelamin ditenggelami air.
Sementara itu di BATU PAHAT, Walaupun tetamu serta pasangan pengantin terpaksa mengharungi banjir, majlis perkahwinan pasangan Mohd Yunus Othman, 31, dan Nur Huda Jabar, 31, tetap berlangsung meriah di Kampung Parit Penghulu dekat Parit Sulong, di sini, semalam.
Majlis perkahwinan pasangan terbabit tidak terjejas dan tetap diteruskan mengikut adat istiadat Melayu termasuk mengadakan upacara makan beradat.
bharian
Nik Aziz setuju berdialog
2011/02/05
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, bersetuju untuk bersemuka serta berdialog dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak berpuas hati terhadap kenyataannya dalam usaha menjernihkan isu berbangkit yang dianggap kontroversi. Bagaimanapun, Menteri Besar itu memberi syarat, dialog berkenaan hendaklah berlandaskan al-Quran dan ia juga harus dijadikan sebagai ‘orang tengah’ dalam pertemuan itu nanti.
Katanya, tiada guna jika beliau berdialog dengan pihak terbabit tanpa bersaksikan al-Quran kerana pertemuan itu akan hilang panduan dalam mencari kebe-narannya.“Saya bersetuju benar kalau ada orang hendak berdialog kerana ajaran Islam meminta umatnya berdebat atau berdialog dan ia hendaklah dilakukan dengan cara terbaik. Berdialog dan berhujah ini adalah ajaran agama (Islam), saya bersedia bertemu mereka.
“Saya meminta pada dialog itu nanti, hendaklah pegang (berpegang) kepada al-Quran iaitu dengan menjadikan al-Quran sebagai orang tengah, kalau berdialog saja tanpa panduan (al-Quran), tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu, di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji kenyataan kontroversi Nik Aziz sebelum keadaan menjadi lebih keruh serta huru-hara nanti.
Isu ini berbangkit apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah.
Sebelum itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
'Nyawa kami di hujung parang'
Daripada Nazmi Yaakub di Kaherah, Mesir
bhnews@bharian.com.my
2011/02/05
- PENDUDUK mengibarkan bendera dan sepanduk ketika rusuhan di sekitar bandar raya Kaherah.
- NAZMI bersama wartawan NSTP, M Hamzah Jamaluddin (dua dari kiri); Fauzan (tengah); jurugambar TV3, Aji Saregar (kiri) dan Razali di Kaherah.
NYAWA di hujung parang! Itulah empat jam paling cemas dan mendebarkan bagi saya dan petugas media Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) ketika ditahan empat kali, termasuk penunjuk perasaan bersenjatakan besi dan parang, ketika melakukan liputan pemindahan kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir di sini, kelmarin.Ketika itu, kira-kira jam 12 tengah hari waktu tempatan, kami dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Hotel Hyatt, berhampiran Medan Tahrir di sini.Kami mengambil keputusan untuk kembali ke Hotel Hyatt yang terletak kira-kira 40 kilometer dari lapangan terbang dan seorang pemandu teksi hanya dikenali ‘Shohib’ berusia sekitar 40-an yang menawarkan diri menghantar kami ke hotel berkenaan. Bagaimanapun, beliau mengambil laluan berbeza kelazimannya.
“Saya tahu bandar ini dan saya sudah bertahun-tahun menjadi pemandu. Kalau kita gunakan lebuh raya, kita akan tersangkut dalam kesesakan jalan raya kerana lebuh raya itu betul-betul melepasi Medan Tahrir yang berada di bawahnya,” katanya memberi alasan memilih Terowong Solah Salim.
Apabila keluar daripada Terowong Solah Salim itu, teksi yang dipandu Shohib masuk ke kawasan berhampiran Medan Tahrir tetapi berpusing-pusing mencari jalan pintas ke Hotel Hyatt.
Kebanyakan jalan dihalang penghadang besi selain dikawal sekumpulan lelaki bersenjatakan besi, cota, kayu panjang, tukul, cangkuk besi dan parang. Malah, lebih mengejutkan, ada yang turut disertai kanak-kanak.
Teksi kami dihalang penunjuk perasaan, tetapi sekatan kali pertama itu hanya membabitkan desakan sekumpulan lelaki supaya kami membuka beg masing-masing atas alasan mahu memastikan kami tidak membawa barangan larangan atau senjata.
Kami bagaimanapun berkeras untuk tidak membuka beg dan akhirnya mereka mengalah, lalu membenarkan kami melepasi sekatan itu. Namun, nasib tidak memihak kami untuk kali kedua setibanya di satu bulatan kira-kira 100 meter dari lokasi pertama terbabit apabila teksi kami sekali lagi diarahkan berhenti.
Pada awalnya, kami berasa agak selamat memandangkan kereta kebal dengan tentera berkawal di sebelah sekatan itu, malangnya kehadiran mereka langsung tiada ertinya yang tidak membantu langsung bagi meredakan ketegangan. Kereta mula dikerumuni penunjuk perasaan yang mencecah sekurang-kurangnya 30 orang.
Sekali lagi, mereka memaksa kami membuka beg yang dibawa.
Saya cuba berkeras, tetapi apabila melihatkan mereka bersenjatakan besi dan parang, saya akur dan mereka kemudian merampas komputer netbook serta memaksa saya menghidupkannya.
Lelaki berusia sekitar 30-an itu melihat fail dalam komputer itu, sebelum mengangkatnya tinggi seperti mahu menunjukkan apa yang ditemuinya.
Nasib rakan yang juga jurugambar New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Fauzan Jaafar juga sama, apabila begnya turut diselongkar penunjuk perasaan yang turut mengherdiknya sebaik menemui alat pemancar satelit yang didakwa tidak dibenarkan di Mesir.
Bagi meredakan keadaan runcing itu, saya yang bertutur bahasa Arab, memaklumkan bahawa kami adalah rakyat Malaysia, beragama Islam dan menjadi tetamu Kedutaan Besar Malaysia untuk membuat liputan.
“Ya, ya kami tahu, kami tahu. Tapi kami mahu memeriksa kamu kerana kami jaga keselamatan di sini. Kami mendapat kuasa daripada tentera. Kamu serahkan pasport dan keluar daripada kereta. Kami mahu pastikan kamu bukan orang jahat,” kata pemuda yang bersenjatakan cota.
Bukan saja lelaki dewasa yang menyelongkar beg saya, bahkan kanak-kanak berusia kira-kira 9 tahun yang bersenjatakan parang juga mengarahkan saya membuka beg.
Pada masa sama, kolar baju jurugambar NSTP ditarik kerana penunjuk perasaan itu mahu mengeluarkan kami daripada kenderaan, sebelum leher bajunya sekali lagi ditarik dari belakang.
Selepas melihat Fauzan dan wartawan TV3, Razali Awang ditarik keluar, saya mengambil keputusan keluar, lalu mencari pemandu teksi itu. Saya tidak tahu sama ada Shohib sudah tidak dapat membuat apa-apa atau sengaja tidak mahu tetapi curiga saya mungkin berasas kerana dia mematikan enjin kereta.
Ketika itulah, ada lelaki yang memaksa saya, Fauzan dan Razali menaiki kereta lain. Bagaimanapun, kereta kami tidak bergerak jauh, sebaliknya berhenti kira-kira 50 meter apabila askar pula menahan kami dan pemandunya keluar bercakap dengan askar itu. Ketika itulah, seorang lelaki berusia 30-an yang mengenakan jaket denim dan pistol terselit di pinggangnya, masuk ke sebelah pemandu kereta kami sebelum kereta itu bergerak.
Saat itu, saya tergamam kerana beranggapan kami akan dibawa ke tempat lain untuk ‘dihukum.’ Mujurlah kereta kami betul-betul berhenti di hadapan balai polis tentera, sehingga kami diiring masuk ke dalam bangunan yang berpagar itu.
Dalam balai polis tentera itu, saya melihat kira-kira 10 wartawan asing termasuk dari Republik Chech, Poland, Belanda dan Perancis duduk bersandar di sebuah stor yang diubah suai sebagai lokap sementara.
Lebih dua jam menjadi ‘tahanan,’ kami kemudian disoal siasat salah seorang pegawai. Kami dibebaskan keluar selepas itu dan mengambil keputusan menahan teksi tetapi malangnya tidak sampai 100 meter dari balai itu, kami sekali lagi ditahan kumpulan penunjuk perasaan lain.
Bagaimanapun, drama hampir empat jam berakhir juga apabila rintangan terakhir itu dapat diharungi tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
KRONOLOGI
INFO
- Penerbangan MAS dari Kaherah (11.25 pagi/7.50 petang)
- Penerbangan AirAsia dari Kaherah (4.30 petang/10.30 malam)
- Berlepas ke Kaherah dan Iskandariah (2 petang