Monday, March 14, 2011

Pembinaan loji nuklear diminta dibatalkan bagi mengelak risiko kebocoran



KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran membatalkan cadangan membina loji nuklear bagi mengelak kesan buruk kebocoran loji nuklear seperti yang berlaku di Jepun.

Anggota Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago berkata ancaman kebocoran tenaga nuklear boleh berlaku kepada mana-mana negara tidak terkecuali Jepun, sungguhpun negara itu mempunyai teknologi canggih serta berpengalaman dalam teknologi tenaga nuklear lebih 60 tahun.

Justeru katanya kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut memandangkan risiko bahaya kebocoran tenaga nuklear kepada negara ini adalah lebih besar jika pembinaan tersebut terus dilaksanakan.

"Kejadian yang berlaku terhadap loji nuklear Fukushima yang terletak 150 kilometer dari Tokyo memperlihatkan loji nuklear membawa risiko yang amat buruk kepada orang ramai dan alam sekitar.

"Walaupun ia mempunyai protokol keselamatan dan pakar pengurusan khusus bagi menghadapi kejadian tersebut tetapi tetap tidak terlepas daripada ancaman nuklear," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Santiago mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam bahawa kerajaan akan mengambil kira semua aspek termasuk keselamatan dan penerimaan rakyat bagi menjayakan rancangan pembinaan loji nuklear pertama Malaysia.

Sabtu lepas, loji nuklear kepunyaan Tokyo Electric Power Company (Tepco), Fukushima Daiichi meletup dan melebur ekoran gempa bumi pada 8.9 skala Richter yang melanda wilayah Miyagi, Jepun pada 1.46 petang (waktu tempatan) Jumaat lepas.

Berikutan letupan itu, amaran kebocoran nuklear terhadap kawasan tersebut dikeluarkan kerajaan Jepun dan kira-kira 200,000 penduduk terpaksa berpindah ke lingkungan lebih 10 kilometer jauh dari kawasan loji tersebut bagi mengelak bahaya radiasi yang mungkin terbabas keluar dari letupan berkenaan.
SH

Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter landa Jepun



KUALA LUMPUR - Gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda pantai timur Honshu di Jepun pada 9.26 pagi Ahad, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut kenyataan itu, gegaran berpusat di 181km dari timur laut Tokyo dan 4,092km dari timur laut Kudat, Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku selepas gempa bumi kuat pada magnitud 8.9 pada tengah hari Jumaat lalu yang menyebabkan tsunami setinggi 10 meter melanda kawasan timur laut Jepun, mengakibatkan kira-kira 1,300 orang terbunuh dalam bencana itu.-Bernama
SH

Israel bina penempatan haram baru

SH: "


BAITULMAQDIS - Israel mengumumkan mereka akan tetap membina ratusan rumah haram baru di Tebing Barat, semalam, iaitu sehari selepas serangan yang dilakukan oleh penduduk Palestin yang turut mengorbankan lima ahli keluarga penduduk Israel.

Perdana Menteri. Benjamin Netanyahu mengadakan sidang khas, kelmarin bersama dengan jawatankuasa menteri untuk meluluskan pembinaan rancangan penempatan itu dan menyatakan secara terbuka bahawa serangan tersebut tidak akan dapat menghalang projek pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Jurucakap pejabat Netanyahu mengeluarkan kenyataan bahawa para menteri memutuskan untuk membenarkan pembinaan ratusan unit rumah di kawasan penempatan tersebut.

Keputusan itu dijangka akan mengejutkan negara antarabangsa dan menyukarkan Palestin untuk memulihkan rundingan damai untuk membekukan projek itu selepas Netanyahu enggan melanjutkan persetujuan bersama selama 10 bulan yang berakhir November lalu.

Mahkamah Dunia mengisytihar penempatan Israel di Tebing Barat yang menjadi wilayah perang pada 1967, adalah sebagai penempatan haram."

Tragedi bagaikan mimpi






SENDAI - Rata-rata rakyat Jepun masih tidak percaya dengan tahap kemusnahan yang dibawa oleh bencana terburuk di negara itu dalam tempoh 140 tahun.

Dengan kapal terbang kelihatan terperangkap di celah runtuhan rumah dan pegawai kerajaan memakai topeng muka untuk memeriksa penduduk yang dikhuatiri terdedah kepada sinaran radiasi, kesan gempa dan tsunami yang berlaku Jumaat lalu dilihat amat luar biasa.

"Adakah ini mimpi? Saya rasa seperti saya berada dalam sebuah filem," kata seorang penduduk, Ichiro Sakamoto, 50.

"Setiap kali saya duduk sendirian, saya perlu mencubit pipi sendiri untuk memeriksa sama ada ini benar-benar berlaku," katanya.

Di Sendai, sebuah bandar pelabuhan dengan populasi seramai sejuta orang, penduduk dan penyelamat bertungkus lumus mencari barang peribadi dan orang tersayang di sebalik runtuhan bangunan.

"Memang tsunami kecil pernah berlaku sebelum ini tetapi tiada siapa sangka ia akan menjadi seburuk ini," kata Michiko Yamada, 75, dari wilayah Iwate.
SH

Gempa ubah paksi bumi







WASHINGTON - Gempa bumi kuat yang melanda Jepun dilaporkan begitu berkuasa sehingga mengubah bentuk persisiran negara itu dan menganjak paksi bumi.

Menurut saintis Amerika Syarikat dan Itali, gempa itu bukan sahaja menyebabkan sebahagian daripada tanah Jepun bergerak hampir 2.5 meter tetapi juga menganjakkan bumi daripada titik paksi sekurang-kurangnya lapan hingga 10 sentimeter ke timur.

Selain itu, gempa terkuat yang pernah melanda Jepun itu turut mempercepatkan pusingan harian bumi sebanyak 1.6 mikrosaat pada hari kejadian.

Profesor dari Universiti Tokyo, Satoko Oki berkata, gempa bumi sekuat itu yang disebabkan pergerakan lantai bumi di bawah laut hanya berlaku sekali setiap 1,000 tahun
SH

Terus masuk hospital




IPOH – Remaja sakit misteri, Muhammad Nur Hakim Hasram, 15, telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejurus selepas menerima kunjungan dari Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Taman Klebang Jaya, Chemor, di sini, kelmarin.

Bapanya, Hasram Mohd Jamal, 51, berkata, anaknya dimasukkan ke HRPB dengan sebuah ambulan bagi mendapatkan rawatan segera.

“Ambulan datang 30 minit selepas menerima kedatangan Ahli Parlimen Tambun, semalam. Kini, Muhammad Nur Hakim di tempatkan di wad 2A untuk mendapatkan rawatan rapi.

“Dia telah menjalani X-ray dan saya bersyukur apabila semua pihak mengambil berat terhadap anak saya. Bagaimanapun, saya tidak mengetahui sampai bila dia ditahan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
SH

Dua kedai hangus



GEORGETOWN - Dua rumah kedai yang diperbuat daripada kayu hangus dalam kebakaran di Jalan Ayer Itam petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba Paya Terubong, Goh Tian Lai berkata, kebakaran itu melibatkan kedai yang dijadikan kediaman pemilik di bahagian belakang premis itu.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 6.36 petang dan anggota bomba sampai di tempat kejadian tiga minit kemudian. Ketika tiba, api sedang marak berikutan binaan bangunan itu diperbuat daripada kayu dan kedudukannya sangat rapat antara satu sama lain.

“Siasatan awal mendapati jumlah keseluruhan premis yang terlibat adalah dua namun masih ada kedai berdekatan yang terkena serpihan api namun kita berjaya mengawal api tiga minit kemudiannya namun kerja pemadaman selesai 25 minit kemudiannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, pihaknya melakukan teknik pemadaman dari dua sudut iaitu kanan dan kiri secara serentak bagi mempercepatkan kerja pemadaman selain mengelakkan api daripada merebak ke premis lain.

“Kita berusaha memadamkan api bagi ia merebak ke premis lain dan dengan kekuatan 15 anggota dan pegawai dari dua balai, kita berjaya memadam api 25 minit kemudiannya. Operasi melibatkan enam jentera dari dua balai bomba iaitu dari Jalan Perak dan Paya Terubong.

“Kita juga menggunakan tiga pasukan bomba sukarela iaitu dari Kampung Pisang, Bukit Bendera dan Paya Terubong. Tiada mangsa dalam kejadian itu dan bomba masih menyiasat punca dan jumlah kerugian,” katanya.
SH

‘Saya teringin jumpa ayah’




SIDAM KIRI – ‘Saya tidak pernah melihat wajah ayah, jika ayah masih hidup, sekurang-kurangnya datanglah berjumpa saya dan kakak.’ Itulah Nur Nazatul Nazlifa Natzrol, 14, yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa sejak dilahirkan.

Nur Nazatul Nazlifa Natzrol, 14, dan kakaknya Nur Sabarina, 17, bergantung hidup dengan ibu dan neneknya setelah bapanya, Natzrol Othman, 44, pergi tanpa sebarang berita.

Nur Nazatul berkata, dia sangat mengharapkan agar bapanya datang menjenguknya dan keluarga walaupun buat seketika.

“Bila balik sekolah sahaja semua kawan saya dijemput bapa mereka, tapi saya tidak ada, saya rasa sedih sangat, sedangkan menurut cerita daripada nenek dan mak, bapa saya masih ada cuma tidak tahu sama ada dia masih hidup atau tidak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Nur Nazatul berkata, dia dan kakaknya disara neneknya sejak kecil. Setelah ibu dan bapanya berpisah, mereka tidak pernah mendengar sebarang berita daripada bapanya.

“Saya mohon ayah datanglah menjenguk kami jika ayah masih hidup, saya teringin sekali bertemu ayah, seingat saya tidak pernah melihatnya.

“Saya juga ingin mengadu semua masalah saya kepada ayah seperti orang lain, tetapi saya tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah selama ini,” katanya.

Neneknya Aishah Md Taib, 72 berkata, setelah anak dan menantunya berpisah, Natzrol tidak pernah menghubungi dan menjenguk anaknya walaupun sekali.

“Setelah mereka berpisah, Natzrol tidak pernah datang ke mari untuk berjumpa anaknya, bahkan telefon pun tidak pernah inikan pula untuk memberi nafkah.

“Sebelum ini Nur Nazatul tidak pernah menyebut tentang bapanya, namun sejak kebelakangan ini dia sentiasa bertanyakan berkenaan bapanya dan bertekad mahu mencarinya mungkin kerana dia teringin melihat bapanya,” katanya.

Aishah berkata, kedua-dua cucunya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lela Pahlawan juga memerlukan perhatian dan bantuan daripada bapa mereka yang sekian lama menyepi.

“Kami juga pernah mencuba untuk mencarinya, namun kami tidak tahu di mana dia berada, setahu saya keluarganya masih tinggal di Kedah.

“Sekarang dengan bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 dan hasil daripada mengopek ikan bilis, saya dan cucu meneruskan hidup, “ katanya.

Sesiapa yang mengenali Natzrol atau beliau membaca artikel ini hubungi Nazlifa di talian 017-5508734.
SH

Bencana nuklear dunia?

Utusan



PARA pekerja penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dari runtuhan selepas gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang menggegar pantai timur laut Jepun dan mengakibatkan tsunami, di Sendai, Jumaat lalu. – REUTERS


SENDAI, Jepun 13 Mac – Pihak berkuasa Jepun berusaha mencegah satu lagi ancaman radiasi di dua buah reaktor nuklear di Fukushima hari ini, selepas sistem penyejuknya gagal berfungsi sekali gus boleh mengakibatkan bencana nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun.
Syarikat pengendali Tokyo Electric Power Co (TEPCO) terpaksa menggunakan air laut dan asid borik bagi menyejukkan reaktor No. 1 selepas satu letupan memusnahkan bumbung dan dinding bangunan konkrit itu semasa mereka cuba melepaskan tekanan semalam.
Struktur tangki reaktor nuklear itu bagaimanapun tidak terjejas.
Selain itu, pengendali reaktor tersebut turut membebaskan udara daripada tangki simpanan reaktor No. 3 bagi mengurangkan tekanan dan mengelak kerosakan.
“Kami belum tahu status sebenar bahan api di bahagian teras reaktor itu. Kami perlu mengenal pasti keadaan teras itu sama ada ia tertutup, rosak atau bahan api kini sedang cair,” kata pakar nuklear, Mark Hibbs daripada Pembiayaan Keamanan Antarabangsa Carnegie.
Ancaman yang dihadapi Jepun itu dibimbangi boleh mengulangi bencana nuklear di loji nuklear Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986, selepas bahan radioaktifnya dilepaskan ke udara dalam satu letupan kuat.
Sekurang-kurangnya 32 maut akibat kesan secara langsung letupan dan 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif.
Lebih 120,000 yang lain terpaksa dipindahkan, sementara tahap pencemaran radiasi turut diukur sejauh barat Eropah.
Semalam, beribu-ribu penduduk di bandar sama dipindahkan berikutan letupan dan kebocoran yang berlaku di pusat reaktor No.1 di Fukushima, kira-kira 240 kilometer di utara Tokyo.

Letupan Chernobyl tidak akan berulang

Utusan



Penduduk yang terkandas di sebuah sekolah rendah dipindahkan ke kawasan selamat di Sendai, Utara Jepun, kelmarin. - AP


BRUSSELS 13 Mac - Jepun tidak perlu bimbang berlakunya kejadian seumpama letupan nuklear Chernobyl di Ukraine selepas satu letupan memusnahkan bahagian bumbung sebuah loji jana kuasa nuklearnya di Fukushima semalam, kata pakar.
Reaktor No. 1 di Fukushima, utara Tokyo mengalami kebocoran radiasi selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter mengakibatkan satu letupan semalam, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya peleburan nuklear.
Bagaimanapun, pakarberkata, gambar kabus di loji berkenaan mencadangkan hanya sejumlah kecil radiasi dibebaskan dan ia adalah sebahagian pendekatan bagi mengembalikan kestabilannya, berbeza jauh dari awan radioaktif yang dibebaskan Chernobyl apabila ia meletup pada 1986.
"Letupan di loji nuklear Fukushima di Jepun yang berlaku tidak akan mengulangi bencana nuklear Chernobyl,'' kata Timbalan Pengarah Pusat Keselamatan Nuklear Chernobyl, Valeriy Hlyhalo.
Agensi berita Interfax memetik Hlylaho sebagai berkata, reaktor Jepun mempunyai perlindungan lebih baik berbanding di Chernobyl yang menyaksikan 32 anggota bomba terbunuh.
"Selain itu, reaktor nuklear di Jepun juga direka untuk zon seismik walaupun apa yang berlaku melebihi impak ketahanan loji berkenaan.
"Oleh itu, kesannya tidak akan menjadi serius seperti selepas bencana nuklear Chernobyl,'' katanya.
Para pegawai Jepun berkata, teras reaktor nuklear itu masih berada dalam keadaan baik dan air laut akan dimasukkan ke dalam reaktor bocor itu untuk menyejukkan dan mengurangkan tekanan di unit itu.
Pakar berkata, ia amat penting untuk memastikan penutup besi reaktor tidak rosak dalam letupan atau gempa bumi itu.
"Jika bekas tekanan yang menyimpan semua bahan api itu meletup, ia mungkin bakal mengulangi kejadian Chernobyl, jadi lebih banyak bahan radioaktif akan dibebaskan,'' kata ahli fizik nuklear Universiti Surry Britain, Pro. Paddy Regan. - Reuters

Korban mungkin lebih 10,000

Utusan



Gelombang tsunami menghempas sebatang jalan di bandar Miyako, di timur laut Jepun selepas satu gempa berukuran 8.9 pada skala Richter menggegar Jepun, Jumaat lalu. – REUTERS


TOKYO 13 Mac – Polis di Miyagi menjangkakan angka kematian di wilayah itu sahaja mungkin melebihi 10,000 orang, apabila bandar di timur laut Jepun itu musnah teruk akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda kelmarin.
Jangkaan itu juga dibuat berdasarkan penemuan lebih 600 mayat di sepanjang kawasan pantai Miyagi dan Iwate, lapor agensi berita Kyodo.
Jurucakap polis, Go Sugawara berkata, ketua polis wilayah itu memaklumkan pegawai bantuan kecemasan bahawa mangsa terbunuh dijangka melebihi 10,000 orang.
Ini berikutan kira-kira 10,000 penduduk di bandar Minamisanriku, Miyagi telah terputus hubungan.
Setakat ini, pihak berkuasa Jepun meletakkan angka kematian tsunami dan gempa bumi pada lebih 1,400 orang, tetapi jumlah itu dijangka meningkat.
Seorang pegawai perbandaran di bandar Futaba, wilayah Fukushima berkata, kira-kira 90 peratus rumah di tiga kawasan perumahan musnah selepas dilanda tsunami.
Agensi NHK melaporkan, kira-kira 390,000 penduduk telah meninggalkan rumah mereka dengan kebanyakannya mendapatkan perlindungan di lebih 1,400 tempat pemindahan sementara di sekolah-sekolah dan pusat komuniti.
Perdana Menteri, Naoto Kan hari ini menyatakan, Jepun sedang berhadapan krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua apabila bilangan korban akibat bencana tersebut terus meningkat.
Beliau hari ini turut menggandakan jumlah askar yang dihantar ke kawasan terbabit kepada 100,000 orang ketika pekerja penyelamat sukar tiba ke kawasan terjejas ekoran keadaan jalan yang terputus hubungan. – Reuters/Dpa

Separuh hilang


SENDAI: Lumpur dan sisa bangunan kini mencemari kawasan sepanjang perairan pantai timur Jepun, yang dulunya bandar dan kampung tetapi kini musnah akibat dipukul tsunami ekoran gempa bumi terbesar pernah melanda negara itu.
Bandar pelabuhan Minamisanriku boleh dikatakan musnah sama sekali dengan separuh daripada 17,500 penduduknya tidak dapat dikesan selepas ombak besar menenggelamkan kawasan berkenaan berikutan gempa berukuran 8.9 magnitud. Sebuah hospital adalah antara segelintir bangunan yang masih tegak.

Beberapa penduduk di Bandar Kamaishi bernasib baik apabila siren amaran tsunami sempat dikeluarkan, membolehkan mereka menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi sebelum menyaksikan kejadian tsunami memusnahkan kediaman mereka.
Ombak besar berwarna hitam itu menghanyutkan kereta, kontena dan sisa bangunan ke jalan raya di Sendai dan kawasan terbuka menyebabkan lumpur tebal meliputi kawasan yang amat luas.

Seorang wanita tua yang membalutkan dirinya dengan selimut sambil menangis menceritakan bagaimana dia dan suaminya diselamatkan dari bandar Kesennuma, di Miyagi utara, tempat tsunami itu menghanyutkan sebuah bandar perikanan.

“Saya cuba menyelamatkan diri bersama suami. Tetapi air naik begitu pantas dan memaksa kami melarikan diri ke tingkat dua sebuah rumah. Ramai orang di situ dan tidak satu pun yang kami kenali,” katanya kepada stesen televisyen NHK.
Paras air terus naik ke tingkat dua dan di depan mata kami, kami menyaksikan pemilik dan anak perempuannya hanyut. Kami tidak boleh berbuat apa-apa.

Sementara itu, jurucakap Hospital Teishin di Sendai, Masayoshi Yamamoto berkata, hospital itu yang masih mempunyai bekalan elektrik kerana menggunakan generator sendiri, menarik kedatangan mangsa.
Kebanyakan mangsa berasal dari luar Miyagi yang pernah datang ke sini untuk melawat mahupun bagi mendapatkan ubat.

“Kira-kira 50 orang tiba untuk mendapatkan perlindungan daripada kesejukan malam di luar,” katanya.

Tetapi, dengan bekalan air terputus, Yamamoto berkata, pegawai hospital bimbang berapa lama simpanan air dalam tangkinya boleh bertahan. Hospital itu juga mungkin kehabisan makanan untuk pesakitnya menjelang hari ini.

Kami sudah meminta bantuan makanan daripada hospital lain tetapi pengangkutan menjadi masalah,” kata Yamamoto.

Asap tebal setinggi 500 meter dapat dilihat memenuhi ruang angkasa pelabuhan Sendai. Sebuah kompleks petrokimia di situ meletup dan terbakar sejak gempa bumi berlaku.

Orang ramai dengan tenang beratur mendapatkan bantuan makanan tetapi rak di sebuah pasar raya sudah kosong. Kenderaan pula terpaksa menanti sehingga empat jam sebelum dapat mengisi minyak. Itu pun hanya 10 liter diperuntukkan untuk setiap kereta.

“Rumah kami hanyut tetapi saya dapat menyelamatkan diri dengan satu beg pakaian saja,” kata Sayuri Aizawa, 64. Suami dan anaknya berusia 36 tahun berada dalam kereta untuk mencari tempat perlindungan.

“Pusat pemindahan di tempat kami penuh sesak. Saya dan suami berjaya mendapatkan bekalan ubat tekanan darah tinggi untuk 10 hari saja,” katanya.

Dengan ketiadaan bekalan air dan elektrik, paip sementara didirikan di luar sekolah dan pusat pemindahan sementara. Orang ramai terpaksa mengepam sendiri air ke dalam baldi. - AFP
myMetro

Israel terus bongkak


BAITULMAQDIS: Israel semalam berkata ia akan membina beratus-ratus rumah untuk penduduk Yahudi di wilayah Tebing Barat yang dijajahnya, sehari selepas sepasang suami isteri Yahudi dan tiga daripada empat anak mereka mati serangan oleh penduduk Palestin.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa kementerian untuk penempatan bagi meluluskan tindakan itu selepas mengumumkan kejadian serangan itu tidak menghalang Israel daripada membina lebih banyak kediaman untuk orang Yahudi di Tebing Barat. Tentera Israel masih memburu penyerang di luar penempatan Itamar berhampiran bandar Nablus di wilayah Palestin yang menyerang keluarga Ehud dan Ruti Fogel serta tiga anak mereka ketika keluarga berkenaan tidur. Seorang daripada anak pasangan itu yang berusia 12 tahun menemui mayat ibu bapa dan tiga adiknya ketika pulang ke rumah daripada satu perjumpaan. Kejadian itu menimbulkan kemarahan penduduk Yahudi. Netanyahu dalam kenyataannya berkata: “Kementerian memutuskan untuk melaksanakan pembinaan beratus-ratus kediaman di kawasan penempatan Etzion, Maale Adumim, Ariel dan Kiryat Sefer.

Tindakan Israel itu mencetuskan kebimbangan antarabangsa dan mengukuhkan lagi hasrat Palestin menolak rundingan damai selepas Netanyahu memungkiri persetujuan menghentikan sementara pembinaan kediaman di Tebing Barat selama 10 bulan yang tamat tempoh November lalu.
“Keputusan itu salah dan tidak boleh diterima dan ia hanya akan menimbulkan masalah,” kata jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah.

Sementara itu, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ke atas keluarga Yahudi itu. - Reuters
myMetro

Kebanyakan tahanan wanita di penjara Arab Saudi warga asing


JEDDAH: Walaupun kerajaan Arab Saudi tidak menyatakan jumlah tahanan wanita di penjara Arab Saudi, namun menurut Ketua Warden Penjara negara itu, Mejar Jeneral Ali Al-Harithy, kebanyakan tahanan wanita adalah rakyat asing yang ditahan kerana menyalahi tuntutan moral, termasuk terbabit dalam pelacuran.
Jawatankuasa Pemulihan Banduan dan Bekas Banduan di Jeddah menjaga kebajikan 30 tahanan wanita dan kurang daripada 10 tahanan adalah warga Saudi. “Kami membantu 30 tahanan di penjara berbeza di Jeddah untuk mendapatkan bantuan undang-undang apabila mereka tidak mempunyai peguam,” kata Ketua Pengarah jawatankuasa itu, Suhail Sawan. “Jawatankuasa ini menyediakan bantuan kepada tahanan wanita tanpa mengira kerakyatan mereka,” tambahnya.

Beliau juga menjelaskan petugas penjara turut membantu menguruskan sesi lawatan ahli keluarga kepada tahanan rakyat asing.
Sementara itu, pentadbiran penjara, Kementerian Hal Ehwal Sosial dan beberapa organisasi bukan kerajaan menyokong tindakan tahanan yang membawa bersama anak mereka.

Pengarah Penjara Jeddah, Mejar Jeneral Abdul Rahman Al-Ghamdi, berkata penjara wanita dilengkapi pusat asuhan kanak-kanak dan prasekolah untuk anak tahanan. Pendidikan agama menjadi fokus utama tahanan wanita di Arab Saudi. Mereka ditawarkan dengan bantuan guru dakwah wanita yang mahir berbahasa Tagalog dan Indonesia serta pakar dalam pengajian Islam.

Tahanan yang hamil pula menerima pemeriksaan prakelahiran di pusat kesihatan berhampiran.
myMetro

Jasad anak dalam parit




ANGKAT...anggota penyelamat mengangkat mayat Razif selepas ditemui mati lemas, petang kelmarin.
ANGKAT...anggota penyelamat mengangkat mayat Razif selepas ditemui mati lemas, petang kelmarin.


RASHIAH...tidak dapat menahan kesedihan
RASHIAH...tidak dapat menahan kesedihan

JERANTUT: “Saya sangka anak bongsu bermain di rumah jiran, tetapi saya gagal menemuinya sebelum seorang rakannya memberitahu bahawa dia ternampak anak saya terjatuh ke dalam parit besar depan rumah,” kata ibu kanak-kanak berusia tiga tahun, Raziq Azmi, yang lemas apabila terjatuh ke dalam saliran air itu sedalam dua meter di Taman Wira, Jumaat lalu, sebelum mayatnya ditemui pagi kelmarin.
Mengimbas semula kejadian, Rashiah Mohd Ali, 45, berkata, dia tiada di rumah kerana menjemput anak sulungnya berusia 17 tahun di asrama sebuah sekolah pada kira-kira jam 2.30 petang.

Mangsa yang anak bongsu daripada lima beradik tidak mahu mengikutnya dan ditinggalkan bersama suami, Azmi Ismail, 45, dan tiga lagi anaknya berusia 14,12 dan 9 tahun.
“Sebaik sampai di rumah saya mencari Raziq kerana tidak melihat kelibatnya di rumah dan ke rumah jiran yang dia selalu bertandang serta bertanya jika mereka ternampak anak saya.

“Hancur luluh hati saya apabila seorang budak kecil berkata, ternampak Raziq bermain di tepi parit dan mungkin terjatuh ke dalamnya sebab dia melihat semula anak saya sudah tiada di situ,” katanya.

Katanya, dia dan keluarganya memohon bantuan jiran mencari Raziq tetapi gagal menemui sebelum menghubungi pihak berkuasa.
“Tiada apa yang boleh kami lakukan lagi berikutan arus deras selain berdoa Raziq dapat ditemui semula dengan selamat. “Tidak tergambar perasaan saya yang kehilangan anak bongsu yang manja ini. Tambah lagi, ulang tahun kelahirannya akan tiba tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Zakaria Kassim, berkata mayat kanak-kanak itu ditemui pasukan mencari pada jam 9.15 pagi.
myMetro

Pakar ramal loji undang bencana seperti Chernobyl

Berita




2011/03/14

WASHINGTON: Pakar nuklear Amerika Syarikat memberi amaran tindakan mengepam air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Jepun yang rosak dilanda gempa bumi adalah satu 'tindakan terdesak' yang boleh membayangkan satu bencana seperti Chernobyl.

Beberapa pakar dalam satu sidang media meramalkan tanpa mengira kesan krisis reaktor nombor 1 di loji nuklear Fukushima, 240 kilometer di utara Tokyo yang rosak, kemalangan terbabit sudah pun dengan serius menjejaskan kebangkitan industri jana kuasa nuklear.
“Situasi itu menjadi terlalu terdesak apabila mereka dilihat tidak mempunyai keupayaan untuk menggunakan air tawar atau air biasa untuk menyejukkan reaktor dan menstabilkannya dan kini dalam satu tindakan terdesak untuk menyelesaikannya menggunakan air laut,” kata Robert Alvarez, dari Institut Kajian Dasar.
“Saya menyifatkan langkah ini sebagai satu ‘Hail Mary’ (terdesak),” kata Alvarez menggunakan slanga bola sepak Amerika Syarikat dalam usaha terakhir untuk memenangi perlawanan ketika masa sudah berakhir.

Gempa bumi magnitud 8.9 melanda Jepun Jumaat lalu menimbulkan kecemasan pada loji terbabit yang meletup kelmarin sehingga memaksa perpindahan di kawasan sekitar.

Pekerja cuba menggunakan air laut untuk menyejukkan reaktor dalam usaha untuk menghalang bencana radioaktif selepas gempa merosakkan sistem penyejukan loji terbabit.

Apa yang berlaku di loji itu ialah keseluruhan sistem penyejukan terhenti ditambahkan dengan kegagalan kuasa di mana dalam kes ini membabitkan generator diesel.
“Kegagalan sistem berkenaan adalah sesuatu yang tidak dijangka berlaku tetapi tetap dibimbangi sejak berdekad lalu,” kata Ken Bergeron, seorang ahli fizik yang terbabit dalam simulasi kemalangan reaktor nuklear.

Reaktor terbabit sudah ditutup tetapi kebimbangan tetap wujud batang bahan bakarnya akan panas dan mencair seterusnya menyebabkan kebocoran radioaktif di udara yang mungkin merebak ke kawasan lebih besar.

Jika ia mencair melalui reaktor, Bergeron memberi amaran ia boleh mengalir ke lantai bangunan yang tercemar itu. Jika ia berlaku strukturnya mungkin akan terjejas, kata pakar.

“Pencemaran bangunan di loji ini adalah lebih kuat berbanding di Chernobyl tetapi lebih kurang berbanding di Three Mile Island, jadi hanya masa akan
menentukan,” katanya. – AFP

9 tahun masih tak siap

Berita

9 tahun masih tak siap
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
2011/03/14

PENAMBAHBAIKAN Jalan Batu Pahat-Kluang terutama di kawasan Parit  Raja  masih belum  selesai sejak dimulakan sembilan  tahun lalu sehingga  membahayakan pengguna.
PENAMBAHBAIKAN Jalan Batu Pahat-Kluang terutama di kawasan Parit Raja masih belum selesai sejak dimulakan sembilan tahun lalu sehingga membahayakan pengguna.
Rayu segerakan Projek penambahbaikan Jalan Batu Pahat-Kluang

BATU PAHAT: Di mana silapnya? Projek penambahbaikan Jalan Batu Pahat-Kluang yang bermula sejak sembilan tahun lalu, masih tidak menunjukkan tanda sudah siap sepenuhnya, walaupun laluan itu pernah disenaraikan sebagai antara 10 laluan di negara ini yang mencatatkan kadar kemalangan paling tinggi.
Kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raja pernah dilaporkan pada 2009, memperuntukkan RM2 juta bagi menaik taraf dan memperbaiki laluan itu demi keselamatan pengguna tetapi sehingga kini keadaannya tidak banyak berubah, selain laluannya sudah dijadikan kepada empat lorong.
Apa yang membingungkan pengguna jalan itu, adalah kerja penambahbaikan yang dijalankan seolah-olah ala kadar saja, berikutan kerosakan yang kini dapat dilihat jelas terutama pembahagi jalan yang sudah pecah di sesetengah kawasan, mahupun laluan pusingan U yang masih belum dibina dengan sempurna.

Tinjauan Edisi Johor ke laluan berkenaan terutama kawasan berhampiran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menghala ke Parit Raja mendapati keadaan jalan yang tidak rata di sesetengah kawasan berbahaya kepada pengguna.

Malah, laluan pusingan U yang belum dibina dengan sempurna sebaliknya hanya menggunakan kon penghadang yang mampu menjadi perangkap maut, terutama di waktu malam jika pengguna tidak menyedari ada pemandu mahu membuat pusingan U.

Memburukkan keadaan ketiadaan lampu jalan yang mencukupi terutama di persimpangan kampung berdekatan kawasan pusingan U berkenaan, mampu mengundang tragedi jika tiada langkah pencegahan diambil segera.
Pekerja swasta, Norazam Jumain, 28, yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari untuk berulang-alik ke tempat kerja, berkata beliau berharap pihak berkenaan segera menyelesaikan penambahbaikan jalan berkenaan kerana sudah berlarutan agak lama.

“Saya tidak tahu apa masalahnya yang menyebabkan kerja penambahbaikan jalan ini tidak juga selesai sehingga ia mampu mengancam nyawa pengguna seperti saya yang menggunakan laluan ini setiap hari.

“Saya sendiri yang kerap menggunakan laluan berkenaan pada waktu malam kadang kala terpaksa berhati-hati terutama di persimpangan pusingan U yang masih tidak siap berikutan keadaan yang gelap dan keadaan jalan yang tidak rata,” katanya.

Farhan Abu Bakar, 42, yang menetap di kawasan berkenaan, berkata proses naik taraf yang mengambil masa terlalu lama di samping ketiadaan ciri keselamatan mencukupi di laluan berkenaan sudah lama menjadi kerisauan penduduk.

“Penduduk terutama di kawasan persimpangan masuk ke Parit Haji Hassan, Parit Durah dan Parit Kaspan dilanda kebimbangan setiap kali terpaksa menggunakan laluan berkenaan pada waktu malam berikutan lampu jalan yang tidak mencukupi mampu mengundang tragedi.

“Bayangkan, melalui laluan ini di waktu malam seperti permainan meredah halangan apabila pengguna terpaksa berhati-hati mengelakkan binaan pembahagi jalan yang langsung tidak boleh dilihat di waktu malam malah boleh terbabas jika tidak biasa melalui laluan ini, jika pengguna terkejut apabila penduduk kampung melintas laluan berkenaan,” katanya.

Hotel berhayun, bunyi merekah

Berita


Oleh Faiza Zainudin dan Sazarina Shahrim
bhnews@bharian.com
2011/03/14


  • Foto
    SEORANG penduduk diselamatkan daripada runtuhan di Natori, Miyagi, utara Jepun, kelmarin selepas gempa bumi.
  • Foto
    PELAJAR dari Universiti Tokai, Jepun, Muhammad Izhar dipeluk erat bapanya, Ishak Embam sejurus tiba di KLIA dari Jepun menaiki penerbangan Malaysia MH71, semalam.
Pensyarah UM lari turun dari tingkat 10 tempat penginapan di Tokyo

KUALA LUMPUR: “Ketika kejadian jam 3 petang saya berasa bangunan hotel berhayun dan kedengaran bunyi bangunan ‘merekah’ selama tiga hingga empat minit.
“Saya yang berada di tingkat 10 hotel tidak dapat berdiri tegak dan terasa bangunan macam akan tumbang, selang beberapa minit, gerakan bumi agak lemah dan saya terus memakai pakaian luar berlari turun ke lobi hotel,” kata Dr Abdul Halim Sulaiman yang terselamat selepas menempuh detik mencemaskan pada hari kejadian gempa bumi di Jepun, Jumaat lalu.
Pensyarah Alam Sekitar dari Fakulti Sains Universiti Malaya itu berada di Jepun bersama 13 lagi rakyat Malaysia terdiri daripada 10 wakil industri dan masing-masing dua wakil akademik dan Perbadanan Produktiviti Negara bagi mengikuti program lawatan pengurusan alam sekitar di Shibuya, Tokyo, selama seminggu bermula 6 Mac lalu.

Abdul Halim yang sudah beberapa kali ke Jepun sebelum ini, berkata gegaran dirasai itu amat berlainan berbanding sebelum ini kerana tempoh masanya agak panjang.

“Pada masa itu, saya hanya berserah kepada Tuhan, perasaan takut menyelubungi diri, jalan pun terumbang-ambing, terpaksa berpaut pada dinding,” katanya yang bersyukur selamat sampai ke Malaysia kira-kira jam 8.15 malam, kelmarin.

DI SEPANG: "Ketika gegaran kuat, saya hanya ingat mati dan teringat keluarga di Malaysia,” kata pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Syed Dzulfakar Shukor, 23, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jepun, semalam.
Ketika gempa bumi kali pertama melanda Jepun pada Jumaat lalu, beliau dalam lawatan ke Universiti Meiji, Tokyo, bersama 13 lagi rakannya.

"Ketika kejadian kami hanya dapat bersandar pada dinding. Semua orang panik dan berasakan bangunan akan runtuh. Itulah pengalaman saya berhadapan dengan gempa bumi," katanya.

Rakannya, Abu Hassan Moksen, 22, pula berkata pengalaman mengerikan itu cukup menyedarkannya betapa bertuah hidup di Malaysia yang bebas daripada kejadian gempa bumi.

“Selepas gegaran, keadaan agak kelam kabut tetapi nasib baik kerana tiada kejadian buruk berlaku kepada kumpulan kami,” katanya.

Tokyo terletak lebih 100 kilometer (km) dari Sendai, antara lokasi yang paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Seorang pekerja swasta, Cynthia Lee, berkata beliau berada di tingkat bawah tanah sebuah hotel di Tokyo apabila gegaran kuat berlaku.

“Pada masa itu, dalam fikiran saya hanya mahu menyelamatkan diri dan saya segera berlari ke lobi hotel kerana berasakan tingkat bawah tidak selamat.

“Sampai di lobi, saya melihat semua orang berlari keluar menyelamatkan diri, saya hanya mengikut arah orang ramai berlari. Tiba di luar, saya melihat banyak bangunan bergoyang-goyang seolah-olah akan runtuh," katanya yang berada di Jepun selama tiga minggu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada Jumaat lalu.

Seorang pelajar tajaan Yayasan Pelajaran MARA, Muhammad Izhar Ishak, 23, berkata kejadian gempa Jumaat lalu adalah paling buruk pernah dialaminya sepanjang berada di negara itu sejak dua setengah tahun lalu.

“Memang saya sudah biasa dengan gempa bumi kecil sebelum ini tetapi Jumaat lalu yang paling kuat dan paling mengerikan, mujur rumah sewa kami tidak runtuh atau rosak,” katanya.

Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Yong Soo Heong, yang turut pulang semalam berkata beliau gembira kerana selamat dalam kejadian itu.

Katanya, beliau kagum dengan disiplin yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun walaupun ketika berhadapan dengan bencana besar seperti itu.

Rakyat Malaysia di Jepun selamat

Kosmo!

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB


ANGGOTA pasukan penyelamat mengangkat mayat seorang mangsa tsunami yang ditemui di Higashimatsushima, daerah Miyagi, Jepun semalam.


KUALA LUMPUR - Kesemua 5,009 rakyat Malaysia di Jepun disahkan dalam keadaan selamat dan mereka telah dipindahkan beberapa pusat pemindahan sejak tsunami melanda negara itu Jumaat lalu.
Menurut sumber pihak Kedutaan Malaysia di Jepun, sehingga pukul 2.30 petang waktu tempatan Jepun, seramai 544 pelajar telah berjaya dihubungi khususnya di wilayah timur laut negara itu yang terjejas teruk susulan bencana tersebut.
"Bekalan makanan di kawasan terbabit juga terkawal meskipun terputus bekalan elektrik memandangkan pihak Jepun begitu bersedia mengenai isu-isu seperti ini.
"Bagaimanapun, kita masih mengumpul maklumat sebenar bilangan rakyat yang telah dipindahkan itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sunday, March 13, 2011

Warga dunia hantar bantuan ke Jepun

Beberapa negara termasuk Singapura menghantar pasukan mencari dan menyelamat ke tempat kejadian



MENANTI BANTUAN: Wanita ini bersama anaknya menyertai ribuan penduduk wilayah Iwate yang mencari perlindungan di tanah tinggi selepas Tsunami, kelmarin. - Foto REUTERS


GENEVA: Masyarakat antarabangsa sudah mula menghantar pasukan-pasukan bantuan bencana semalam bagi membantu Jepun setelah negara itu dilanda satu gempa bumi besar yang disusuli tsunami, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar satu pasukan penyelaras.
'Kami dalam proses menghantar sembilan pakar yang paling berpengalaman dalam menangani bencana.'Mereka akan membantu apa-pa yang diperlukan dan menyelaras bantuan dengan pihak berkuasa Jepun,' kata Cik Elisabeth Byrs, jurucakap bagi Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Kemanusiaan (Ocha) kepada Reuters.Pasukan bencana khas PBB itu termasuk beberapa penutur bahasa Jepun dan seorang pakar persekitaran, katanya.Setiausaha Ketua Kabinet Jepun, Encik Yukio Edano, berkata terdapat satu kebocoran radiasi di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi.Gempa berukuran 8.9 pada skala Richter itu telah melanda Jepun kelmarin dan mengakibatkan satu ombak besar yang telah meranapkan pekan-pekan dan bandar-bandar di perairan timur laut Jepun kelmarin.Media Jepun menganggarkan sekurang-kurangnya 1,300 orang maut dalam bencana itu.PBB telah membuat pengumuman lewat kelmarin bahawa empat pasukan mencari dan menyelamat asing, dari Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, sedang dalam perjalanan ke Jepun.Singapura juga sedang menghantar satu pasukan penyelamat ke tempat kejadian, Cik Byrs memberitahu Reuters semalam.Switzerland pula mengumumkan ia akan menghantar sepasukan lima pakar bersama sembilan anjing penghidu.Britain juga berkata akan menghulurkan bantuan, selepas menerima rayuan daripada Jepun.Pasukan dari Switzerland akan ditugaskan mencari mangsa-mangsa di bawah serpihan kerosakan akibat tsunami, kata ketua Swiss Humanitarian Aid Unit, Encik Toni Frisch.Pasukan Switzerland itu merupakan sebuah kumpulan militia dengan sekurang-kurangnya 700 orang yang pakar dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, kajian gempa bumi, telekomunikasi dan pembedahan waktu perang. -- Reuters.

Mukhriz alu-alukan Anwar saman Tun Mahathir



JITRA - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mengalu-alukan tindakan saman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, berikutan pertuduhan skandal seks yang ditulis bekas Perdana Menteri itu dalam bukunya ‘A Doctor in the House’ yang dilancarkan beberapa hari lalu.

Mukhriz berkata, dakwaan Anwar mengatakan tindakan bapanya menyerang peribadi beliau disebabkan terdesak untuk mempertahankan kedudukan politiknya adalah tidak masuk akal dan cuba menafikan kebenaran.

Menurutnya, sikap Anwar yang melenting setelah salah laku peribadi beliau terdedah, membuktikan dakwaan Dr Mahathir ada kebenarannya dan beliau yakin ayahnya turut mengalu-alukan sebarang tindakan saman.

“Sekiranya ayah saya hendak mempertahankan kedudukan politik anaknya, mengapa ayah saya tidak melakukannya sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, sebaliknya mengambil masa begitu lama untuk menaikkan saya?

“Bagi saya, apa yang dibangkitkan oleh ayah saya adalah soal kepentingan negara. Bagaimanapun, apa yang dibangkitkan oleh Anwar adalah menyentuh soal peribadi yang hanya bersifat dakwaan semata-mata,” katanya sewaktu ditemui media di Majlis Perasmian Pergerakan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara, di sini kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Turut hadir ialah Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Saad Man; ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Jaapar dan barisan Exco Kerajaan Perlis.

Ditanya sama ada pelancaran buku itu adalah untuk membuatkan pihak pembangkang berhadapan dengan perang persepsi berikutan serangan terbaru terhadap Anwar, Mukhriz berkata, itu bukan tujuannya.

Menurutnya, terdapat banyak perkara yang tidak dapat dijelaskan oleh bapanya sewaktu menjadi Perdana Menteri dan pelancaran buku ini adalah untuk memberi ruang kepadanya meluahkan isi hati yang terbuku selama ini.

“Bagaimanapun, sekiranya pemimpin pembangkang menganggap pendedahan dalam buku itu untuk mengurangkan sokongan pengundi terhadap mereka, itu bukan masalah ayah saya dan mereka seharusnya bersedia menerima hakikat kebenaran yang diluahkan,” katanya.

Sebelum ini, portal berita melaporkan kenyataan Anwar yang menganggap tuduhan Dr Mahathir terhadapnya dalam buku itu adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahannya dan demi menjamin masa depan politik Mukhriz.

Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.

Anwar berkata, beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar Dr Mahathir dan percaya masyarakat celik terhadap motif beliau untuk terus menyerangnya.

Beliau berkata, pembohongan Dr Mahathir terserlah dalam buku itu, khususnya apabila mendakwa beliau tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebelum dia dipecat dari parti itu.

Lima dakwa ditampar guru


SAKIT... mangsa menunjukkan bagaimana guru didakwa menampar muka mereka.
SAKIT... mangsa menunjukkan bagaimana guru didakwa menampar muka mereka.


PORT DICKSON: Hanya kerana dikesan ponteng kelas, lima pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sini, mendakwa terpaksa menanggung malu apabila ditampar oleh guru mereka di depan rakan lain, baru-baru ini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Rabu lalu, semua pelajar perempuan berusia 13 tahun iaitu Cheok Lai Jun, Liew Jia Kei, Choo Je Yan, Sua Hui Yi dan Yong Poi Xia yang berlainan kelas dikatakan dipanggil oleh guru wanita berusia lingkungan 20-an.

Sejurus berkumpul di dalam sebuah kelas, pelajar sesi petang itu dikatakan diarah guru berkenaan supaya beratur dan menampar pipi kiri mereka di depan beberapa pelajar lain.
Menceritakan kejadian itu, Je Yan berkata, mereka berlima tidak menyertai pelajar lain pergi ke bengkel kemahiran hidup berikutan terlalu letih kerana menyertai program kokurikulum pada sebelah pagi.

“Kira-kira jam 4 petang itu, kami bagaimanapun tidak keluar dari kawasan sekolah dan hanya berehat di kelas. Sejam kemudian, guru yang turut mengajar mata pelajaran Sejarah pada ketika itu memanggil kami dan bertanya mengapa kami tidak pergi ke bengkel.

“Kami memberitahu kerana terlalu letih namun dia tidak dapat menerima alasan itu lalu menampar muka kami,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Turut hadir, ibunya, Tan Sew Eng, 40, dan dua lagi rakannya, Lai Jun dan Jia Kei.

Menurut Je Yan yang mewakili semua rakannya, emosi mereka terganggu dengan kejadian itu kerana terpaksa menanggung malu dengan rakan pelajar lain.
Sementara itu, Sew Eng berkata, beliau tidak dapat menerima tindakan guru berkenaan yang dianggap keterlaluan.

“Saya tahu dia (anak) memang bersalah tetapi mengapa guru menampar muka mereka di depan pelajar lain?Saya tidak akan mempertikaikan tindakannya jika dia merotan tangan atau anggota badan lain kurang tidak sensitif,” katanya.

Menurutnya, dia akan membuat laporan rasmi kepada Jabatan Pelajaran negeri dan Kementerian Pelajaran supaya guru terbabit dikenakan tindakan sewajarnya
myMetro

Doa ayah cepat mati



BAHAYA... wayar sambungan elektrik yang boleh menyebabkan litar pintas.
BAHAYA... wayar sambungan elektrik yang boleh menyebabkan litar pintas.

PETALING JAYA: Dia anak tunggal dalam keluarga tapi kerana dendam kesumat sejak kecil berikutan sikap baran ayahnya, seorang wanita bertindak umpama ‘Si Tanggang’ apabila tergamak mendoakan kematian lelaki itu.
Episod dendam itu bermula sejak Sara, 40-an, masih kanak-kanak apabila mendakwa sering dipukul dan dimaki hamun oleh ayahnya, Pak Atan, 74, meskipun kesalahan hanya kecil.

Kemarahan wanita itu makin membara selepas ayahnya bernikah dengan perempuan seberang kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun kematian isteri yang juga ibu kepada Sara.
Kemuncaknya pada September lalu apabila Sara didakwa menghalau ayah dan ibu tirinya keluar dari rumah mereka di sini, hingga terpaksa membina pondok kecil serba daif di tepi rumah itu.

Menurut Sara, dia dan ayah tidak mungkin berbaik semula kerana terlalu banyak kenangan pahit bersama lelaki itu sejak kecil lagi.

“Mungkin orang nampak saya jahat bila saya katakan saya selalu berdoa supaya Allah cepat cabut nyawa ayah sebab tidak mahu menanggung dosa lagi apabila selalu berfikiran negatif terhadapnya.
“Biarlah kami dengan dunia masing-masing sebab ayah sudah mewasiatkan kepada saudara mara tidak membenarkan saya menyentuh atau melihat mayatnya jika dia meninggal dunia kelak,” katanya kepada Metro Ahad.

Dia berkata, punca perselisihan faham disebabkan sikap panas baran ayah sejak muda hingga kini.
Sejak kecil, dia sering dipukul dan dimaki hamun meskipun kesalahan dilakukan hanya kecil.

“Saya tidak rapat dengan ayah kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama ibu. Mana mungkin saya mengadu masalah bersama ayah yang baran tidak kira masa.

“Jika anak tunggal lain, pastinya mereka disayangi dan ditatang bagai minyak penuh, malangnya situasi itu tidak pernah terjadi kepada saya.

“Saya masih ingat sewaktu kecil, arwah datuk dan nenek (sebelah ayah) pernah bergaduh hingga menggunakan senapang selain mengeluarkan perkataan tidak sopan, dan sikap itu mengalir dalam tubuh ayah,” kata ibu kepada empat cahaya mata lelaki itu.

Menurut Sara, sikap ayah yang tidak boleh menerima pendapat orang lain dan merasakan diri selalu betul sungguh berbeza dengan sikap arwah ibu yang sentiasa sabar dan tenang.

“Tiada anak yang tidak sehaluan dengan bapa kandung tanpa sebab. Kadangkala kita terlepas pandang perkara remeh hingga tidak sedar kita membuatkan orang lain kecewa.

“Pernah saya diugut ayah jika buku laporan peperiksaan ada dakwat merah, dia menyuruh saya makan habuk buku selain dirotan hingga meninggalkan birat di punggung,” katanya kesal dengan sikap bapanya.
myMetro

Enam tahun tunggu sijil lahir



PENGHULU HIM – Seorang ibu hampa apabila sijil kelahiran anaknya yang dinanti sejak enam tahun lalu, gagal dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.

Hafishah Hanafiah, 40, berkata, dia berasa kecewa dengan pihak berkaitan setelah beberapa kali ke pejabat berkenaan untuk bertanyakan sijil kelahiran anaknya yang sudah mencecah enam tahun.

“Saya melahirkan anak pada 16 Ogos 2005 dan selepas itu suami membuat surat beranak anak kami, apabila cukup setahun saya ke pejabat pendaftaran untuk menuntut MyKid, tetapi pekerja di situ memaklumkan bahawa MyKid anak saya tidak boleh dituntut, kerana sijil kelahiran anak disyaki palsu.

“Saya terkejut dan tidak sangka perkara sebegini akan timbul, kerana anak-anak saya yang lain tidak timbul sebarang masalah dari segi sijil kelahiran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, dia berulang alik ke pejabat pendaftaran lebih dari lima kali untuk menyelesaikan masalah itu, namun keputusannya mengecewakan.

“Pihak mereka memberitahu bahawa mereka akan menghantar surat kelewatan sijil kelahiran.

“Namun, sudah genap setahun sijil kelahiran yang dijanjikan masih belum saya terima

"Saya sudah tawar hati untuk menunggu, anak saya sudah enam tahun dan bersekolah di tabika, jadi sijil kelahiran diperlukan untuk masuk ke sekolah rendah,” katanya.

Hafishah berkata, anaknya Wan Muqris Syamri Hadif Wan Salman, 6, memerlukan sijil kelahiran untuk pendaftaran persekolahan kelak.

“Saya mohon kepada pihak yang berkenaan supaya mempercepatkan proses mengeluarkan sijil kelahiran anak saya, supaya dia dapat meneruskannya hidupnya tanpa sebarang masalah,” katanya.

Ku Li dakwa memoir Tun M pembohongan politik





SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan beberapa bahagian tulisan dalam memoir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, sebagai ‘pembohongan politik’.

Katanya, tuduhan beliau menggunakan wang ketika berkempen dalam pemilihan UMNO 1987 (semasa menentang Dr Mahathir untuk rebut jawatan Presiden UMNO) tidak berasas kerana ketika itu beliau tidak mempunyai wang bagi membeli undi.

Beliau, yang pernah menjadi Menteri Kewangan, turut menafikan dakwaan beliau mengetuai Team B untuk mengadakan kempen kotor bagi menjatuhkan Dr Mahathir, yang mengakibatkan pengharaman UMNO oleh mahkamah.

“Saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang. Saya tidak pernah mencuri dan menipu. Dia yang mencuri dan menipu akan rasa berdosa sepanjang masa, sepanjang hayatnya.

“Sebenarnya, saya menentang politik wang. Saya tidak ada kroni. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat semua perkara itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, ketika pelancaran buku bahasa Mandarin Professor Wang Gangwu, berjudul Junzi, di Ipoh, Tengku Razaleigh berkata, pembohongan politik semakin meresap dalam arena politik tanah air masa kini.

“Ini adalah komoditi yang sukar diperoleh hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia di mana pembohongan politik kian menular.

“Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, walaupun Dr Mahathir membuat tuduhan, rakyat tetap memilihnya setiap kali beliau bertanding di Gua Musang.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau percaya ia tidak akan menggugat kedudukan dan imej UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kebenaran tetap kebenaran. Apa yang diutarakan Ku Li adalah pandangan peribadinya. Setiap orang berhak mengutarakan pandangan,” katanya.

Saudi pula bersiap hadapi tunjuk perasaan

PERGOLAKAN POLITIK DI DUNIA ARAB
RIYADH: Pengeluar minyak terbesar, Arab Saudi, bersiap-siap semalam bagi menghadapi tunjuk perasaan yang menuntut pembaharuan politik dan ekonomi, sehari selepas saksi-saksi berkata polis menembak dan mencederakan tiga penunjuk perasaan Syiah.
Para aktivis menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk menyeru diadakan satu 'Hari Kemarahan' dan 'Revolusi 11 Mac Saudi' yang menuntut satu pemimpin dan parlimen dilantik sepenuhnya dalam kerajaan Islam konservatif itu.Tahap keselamatan dipertingkat di ibu kota Riyadh awal semalam selepas kementerian dalam negeri mengeluarkan satu amaran keras mengharamkan sebarang bantahan.Tekanan meningkat lewat kelmarin apabila pasukan keselamatan menembak hingga cedera tiga pemberontak Syiah di Al-Qateef di Wilayah Timur, kata saksi-saksi.Seorang pegawai diraja semalam berkata polis membalas tembakan seorang lelaki, yang akhirnya ditembak dan hingga kini masih dalam tahanan polis.Pegawai itu tidak mengesahkan jika ada lagi orang yang cedera.Penunjuk perasaan itu menuntut pembebasan tiga penganut Syiah yang dipenjarakan 14 tahun tanpa perbicaraan, kata seorang saksi.Arab Saudi, dengan sekitar suku daripada simpanan minyak dunia, merupakan negara penting bagi keselamatan di Timur Tengah dan sebarang kekacauan kini menjadi kekhuatiran Amerika Syarikat dan kuasa- kuasa besar lain.Washington kelmarin berkata ia sedang memantau situasi, manakala Persatuan Pertama Hak Asasi Arab Saudi menyelar tindakan polis di Wilayah Timur yang mempunyai penduduk Syiah terbanyak dalam negara majoriti Sunni itu. -- AFP.

Murid Syiah dan Sunni bergaduh di Bahrain



BANTAHAN DI SEKOLAH: Ibu bapa mencari anak-anak mereka sedang guru-guru cuba mengawal keadaan di Sekolah Tinggi Perempuan Sar di bandar Sar, Bahrain, selepas satu pergaduhan tercetus antara murid Syiah dengan Sunni. -- Foto AP

MANAMA (Bahrain): Pertempuran taifah meletus di sebuah sekolah di Bahrain kelmarin hingga menimbulkan kebimbangan bahawa satu perbarisan yang dirancang ke atas kawasan diraja semalam boleh memburukkan keadaan di pulau Teluk itu yang kebanyakan rakyatnya Syiah tetapi diperintah keluarga Sunni.
Bahrain, yang menempatkan Angkatan Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat, dicengkam pemberontakan sejak bulan lepas.Tujuh orang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan dan beribu-ribu anggota gerakan belia yang digelar 14 Februari masih menduduki Bulatan Mutiara di ibu kota, tetapi pihak pembangkang semakin berpecah-belah.Pemimpin pembangkang yang sederhana menyeru golongan yang enggan bertolak ansur agar membatalkan perbarisan yang dirancangkan semalam, sambil berkata ia boleh mencetuskan pertelagahan antara Syiah dengan Sunni.Golongan sederhana yang diketuai parti terbesar Syiah, Wefaq, menuntut pembaharuan perlembagaan dan menyeru diadakan satu perhimpunan kurang provokatif semalam. -- Reuters.

Jepun dilanda gempa dan tsunami



TSUNAMI MENGGANAS: Gelombang setinggi 10 meter mengganas dan melanda kawasan perumahan di bandar Natori, di wilayah Miyagi, selepas Jepun digegarkan dengan satu gempa kuat di kawasan luar pantai timur laut negara itu semalam. -- Foto AP.

TOKYO: Satu gempa bumi sekuat 8.9 di skala Richter melanda timur laut Jepun hingga membakar sebuah loji kuasa nuklear dan mencetuskan tsunami 10 meter yang telah 'membaling' kapal-kapal ke darat. Kejadian itu turut mengorbankan sekurang-kurangnya 90 orang dan 56 hilang.
Ini gempa terkuat pernah melanda Jepun.Polis berkata ramai lagi yang cedera di Tokyo dan dan kawasan perairan pulau utama Honshu.Sedutan televisyen menunjukkan beberapa tempat musnah teruk atau dilanda banjir.Satu tsunami raksasa 10 meter melanda dekat bandar Sendai. Air hitam menghumbankan kontena kapal, kereta dan serpihan bangunan ke jalan raya dan tanah ladang.Pemerintah berkata tsunami dan gempa itu, yang dapat dirasakan di Beijing sejauh 2,500 kilometer, telah mengakibatkan 'kerosakan yang hebat' sedang gambar dari udara menunjukkan banjir-banjir besar di bandar-bandar di utara.Gempa itu juga merupakan gegaran kelima terkuat pernah dirasakan di seluruh dunia sejak 1900, dan gempa ketujuh terkuat dalam sejarah, menurut US Geological Survey (USGS) dan ahli kaji gempa Jepun.Pusat Amaran Tsunami Pasifik telah mengeluarkan satu amaran meluas ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii.Namun kebimbangan bahawa tsunami itu boleh merosakkan kawasan-kawasan di seberang Lautan Pasifik berkurang apabila ombak-ombak melanda Russia dan Taiwan tidak mengakibatkan banyak kerosakan.Sedutan televisyen menunjukkan ombak berlumpur mengalir deras di kawasan kediaman berhampiran Sungai Natori di Sendai.Televisyen NHK melaporkan, beberapa puluh rumah hanyut di Wilayah Miyagi.Tsunami itu juga sampai ke lapangan terbang Sendai hingga menenggelamkan landasan kapal terbang sedang satu proses pencairan, yang terjadi akibat gerakan bumi yang terlalu kuat, telah mencairkan beberapa bahagian tanah di situ.Sebuah kapal dengan 100 orang dihanyutkan tsunami itu, lapor agensi berita Kyodo.Kebakaran tercetus di sebuah bangunan turbin di loji nuklear Onagawa di Miyagi semalam, lapor Kyodo News. Namun tidak diketahui jika ada kebocoran radioaktif.Namun pihak berkuasa semalam telah mengarahkan 2,000 penduduk berhampiran satu loji nuklear di Fukushima berpindah.Di ibu kota, jutaan orang berlari keluar daripada bangunan-bangunan yang bergoyang.Gegaran pertama dirasakan hampir 400 kilometer ke timur laut Tokyo, kata USGS, diikuti lebih 10 gegaran susulan, ada sekuat 7.1 pada skala Richter.Perdana Menteri Naoto Kan segera menghimpunkan kabinetnya selepas gempa itu dan kerajaannya telah menghantar kapal-kapal tentera laut ke Miyagi.Gempa itu telah menjejas sistem pengangkutan utama termasuk lapangan terbang Narita, yang menutup landasannya.Gegaran itu, yang terjadi pada 2.46 petang, telah menggegarkan bangunan-bangunan di Tokyo, kawasan bandar terbesar di dunia dan tempat tinggal 30 juta orang.Loji-loji nuklear dan kereta api lajunya berupaya dipadam secara automatik jika terjadi gegaran. Kebanyakan bangunannya pula direka agar kalis gempa. -- AFP, Reuters.
http://cyberita.asia1.com.sg

Lebih 1,300 terkorban




PENDUDUK berjalan melalui jalan yang dipenuhi kayu-kayan dan pelbagai serpihan kesan daripada tsunami yang tercetus oleh gempa bumi di bandar Sendai, Miyagi di Jepun, semalam. Sendai adalah bandar terdekat dengan pusat gempa. - REUTERS


TOKYO 12 Mac - Lebih 1,300 orang terkorban selepas gempa bumi paling kuat pernah dirakamkan di Jepun mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda pantai timur laut negara ini.
Ketika gegaran susulan terus melanda Jepun hari ini, termasuk satu yang berukuran 6.8 pada skala Richter, kerajaan mentaksir tahap kerosakan akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang berlaku selepas tengah hari semalam.
Bilangan kematian dijangka mencecah angka jauh melebihi 1,300 orang, kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano.
Pihak berkuasa menemui beratus-ratus mayat, manakala lebih 1,000 orang masih hilang dan ramai lagi cedera, lapor media.
Kerajaan bimbang lebih banyak gegaran susulan kuat boleh mendatangkan lagi kemusnahan, sementara Agensi Meteorologi mengeluarkan amaran tsunami seterusnya untuk banyak kawasan pantai di negara ini.
Agensi itu berkata, lebih 100 gegaran susulan telah berlaku, kebanyakannya lebih kuat daripada 6.0 pada skala Richter.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) di Washington melaporkan, sekurang-kurangnya lima gegaran susulan melebihi 5.5 pada skala Richter direkodkan dalam tempoh sejam sekitar tengah hari ini (11 pagi waktu Malaysia), termasuk gegaran sekuat 6.8 pada skala Richter dekat pantai timur Honshu, pulau terbesar di Jepun.
Akhbar perniagaan Nikkei berkata, kira-kira 210,000 penduduk dipindahkan di timur laut Jepun, manakala beribu-ribu lagi yang terkandas di Miyagi masih menantikan bantuan.
Pasukan penyelamat mencari mangsa di celah-celah runtuhan bangunan di banyak bandar yang ditenggelami air.
Askar dan pasukan penyelamat lain dikejarkan ke bahagian timur laut negara ini, manakala bantuan antarabangsa juga dihantar ke kawasan bencana, termasuk 140 anggota penyelamat dari Amerika Syarikat (AS) dan 48 anggota dari New Zealand.
Kerajaan Jepun mengerahkan 50,000 anggota pasukan pencari dan penyelamat, dan menghantar 190 pesawat udara dan bot ke kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami.
Beribu-ribu rumah musnah, beberapa jambatan runtuh, perkhidmatan bas dan kereta api terhenti dan banyak jalan ditutup, sementara rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan talian tetap turut terjejas.
Di bandar Rikuzen Takata, antara kawasan paling teruk dilanda bencana, kira-kira 5,000 daripada 8,000 rumah musnah. - dpa
http://www.utusan.com.my