Sunday, May 18, 2014

Dah terburai? Saifuddin Nasution dedah rahsia Anwar........

Ahad, 18 Mei, 2014.



Datuk Saifuddin Nasution Ismail

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Terserlah ketakutan Mahathir
Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.

Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.

Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.

Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar.

Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.

Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini.

Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.
Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.

Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN.

Kerengga.

Buku dakwa MH370 boleh dikesan



SEBUAH kapal Australia yang digunakan untuk mencari MH370, Ocean Shield berlabuh di pangkalan tentera laut Sterling di selatan Perth pada 10 Mei lalu. - REUTERS


LONDON - Penerbangan Malaysia MH370 berkemungkinan besar boleh ditemui jika pihak pengurusan membayar cuma £6 (RM32) untuk menaik taraf perisian pengesanan pesawatnya, menurut satu buku baharu seperti yang dilaporkan akhbar Daily Mail kelmarin.
Pencarian pesawat jenis Boeing 777-200ER yang hilang itu merupakan usaha paling meluas dan mahal dalam sejarah penerbangan dunia.
Pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 239 orang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu apabila ia hilang.
Operasi mencari sehingga kini tertumpu di Lautan Hindi, barat Perth tetapi gagal menemui bangkai pesawat tersebut.
Namun, menurut buku baharu berjudul Flight MH370: The Mystery, pesawat itu boleh dikesan jika syarikat Malaysia berkenaan membayar kos naik taraf £6 untuk setiap penerbangan.
Buku tulisan penulis Amerika Syarikat, Nigel Cawthorne itu menyatakan, MH370 memiliki pakej data yang hanya menghantar maklumat penerbangan paling asas. Justeru, pihak berkuasa tidak dapat menggunakan sistem pengesanan global (GPS) untuk menentukan lokasinya.
"Beserta beberapa syarikat penerbangan lain, MAS memilih pakej data murah untuk pesawatnya yang hanya menghantar maklumat minimum berbanding membayar sedikit caj tambahan untuk mendapatkan data penerbangan lebih terperinci," menurut penerbitan tersebut.
Penerbitan baharu itu yang membincangkan semua teori kehilangan MH370 turut mendedahkan tentang satu kenyataan berhubung naik taraf perisian penerbangan itu yang diperoleh akhbar Daily Telegraph.
"Untuk bayaran tersebut, anda boleh mengetahui di mana pesawat tersebut berada dalam masa setengah jam," kata satu sumber kepada Daily Telegraph.
Dalam pada itu, baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar sistem pengesanan pesawat dilakukan secara masa sebenar selain sistem komunikasi dalam penerbangan ditingkatkan bagi mengelakkan tragedi MH370 daripada berulang. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz320rjm8wO 
Hakcipta terpelihara 

Narendra Modi digesa tidak abai penduduk Islam


MODI disambut ratusan penyokongnya sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi semalam selepas kemenangan parti pimpinannya dalam pilihan raya umum. - AFP
NEW DELHI 17 Mei - Perdana Menteri India yang baru dilantik, Narendra Modi digesa supaya mendekati masyarakat Islam dan mengelak membuat kenyataan melampau tentang sesuatu etnik minoriti ekoran kemenangan besar Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinannya dalam pilihan raya negara ini, semalam.
Menurut akhbar utama negara ini, Modi perlu menghilangkan ketakutan di kalangan etnik minoriti yang tidak mengundi beliau terutamanya masyarakat Islam ekoran kematian kira-kira 1,000 orang dalam rusuhan kaum pada 2002, tidak lama selepas beliau dilantik sebagai ketua menteri negeri Gujarat.
“Realitinya terdapat defisit besar kepercayaan oleh kumpulan minoriti terutamanya komuniti Islam, yang harus beliau tangani. Beliau (Modi) masih dianggap sebagai tokoh polarisasi yang tidak mendekati kumpulan-kumpulan minoriti.
“Dalam usaha merapatkan jurang kredibiliti untuk mentadbir semua kaum di India, Modi perlu memastikan bahawa semua penduduk mempunyai hak sama rata di sisi undang-undang," tambahnya.
Menurut ruangan editorial The Indian Express, perkara pertama yang paling penting yang perlu dilakukan kerajaan Modi adalah menghampiri mereka yang tidak mengundi dirinya terutamanya komuniti Islam.
“Keganasan di Gujarat pada 2002 selain keengganan Modi menjawab persoalan tanggungjawab politik dan moralnya, pentadbiran beliau dilihat akan melahirkan rasa tidak selamat dalam kalangan masyarakat minoriti di India," katanya.
Times of India pula melaporkan, Parlimen baharu India pula hanya akan mempunyai 24 ahli Parlimen beragama Islam, jumlah paling rendah sejak 1952. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140518/lu_05/Narendra-Modi-digesa-tidak-abai-penduduk-Islam#ixzz320ocE8Wa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, May 17, 2014

Jaga-jaga BN bawa Raja bomoh...

Hantu Michael Jackson muncul di acara penghargaan untuk raja pop tersebut

Michael Jackson (ABS)
Michael Jackson (ABS)
 BROMLEY - Satu sosok yang dipercayai hantu Michael Jackson, muncul di acara penghargaan untuk raja pop tersebut.
Sosok penampakan itu sempat terakam kamera foto seorang fans, Reece Saava, ketika orang yang berdandan menyerupai Michael Jackson menandatangani beberapa foto.

Kanak-kanak leaki berusia 14 tahun itu terkejut ketika melihat gambar yang ada di kameranya. Reece sempat menggosok-gosok kameranya yang dia fikir itu hanya kotoran yang menempel pada kamera.

Namun, sosok itu tidak boleh dihilangkan dan semakin lama terlihat seperti nyata mirip penyanyi yang mempopularkan lagu Thriller tersebut.

Reece mengambil foto itu pada acara pertunjukan muzik Tribute to Michael Jackson, pada 10 Mei 2014 di Teater Churchill di Bromley, England.

"Ketika saya melihat itu foto itu, saya benar-benar sangat terkejut, itu sangat berbeda, tidak seperti foto lainnya. Saya tidak percaya pada hantu tapi penampakan ini sangat menakutkan," kata Reece. Demikian dikutip dari Metro, Sabtu (17/5/2014). (ger)okezone 17/5/14

Apa yang tak ada?

Jangan kata aku edit gambar ni......*DIA ada dibelakang.. so tak nampak... ;)

Sorang wanita dgn Sejadah dan AlQuran duduk di tepi Jln raya berhampiran Dewan Pustaka....

Raja Mohd Shahrim's photo.Raja Mohd Shahrim's photo.

‘Sah bukan ahli PAS’


Oleh Fuad Hadinata Yaacob dan Anis Nabila Md Wazilah
Georgetown: Isu keahlian ahli PAS yang juga calon Bebas Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor Mohd Nabi Bux Mohd Abd Sathar terus menjadi pertikaian antara kedua-dua pihak.

Kelmarin, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengesahkan nama Mohamed Nabi Bux tiada dalam rekod Pejabat Agung PAS.

Mahfuz berkata, pihaknya sudah memeriksa nama calon terbabit dan rekod keahliannya termasuk di cawangan Kampung Banjar, Gombak, Selangor, namun tiada dalam senarai.

“Tiada rekod dia ahli PAS termasuk di cawangan Kampung Banjar dan saya tidak tahu bagaimana dia ada sijil keahlian sedangkan dia bukan ahli PAS,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan ceramah di Gelugor, di sini, malam kelmarin.

Menurut Mahfuz, jika Mohd Nabi Bux tetap mendakwa dia ahli PAS, pihaknya akan merujuk perkara itu kepada jawatankuasa disiplin parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jawatankuasa disiplin parti boleh mengambil tindakan termasuk memecatnya selepas bertindak bertentangan dengan pendirian parti.

“Sepatutnya dia menyatakan sokongan terhadap calon DAP, Ramkarpal dan jika dia benar ahli PAS, dia sudah melanggar keputusan parti,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nabi Bux berkata, jika pemimpin PAS terus menafikan dia ahli PAS, pihaknya bersedia bersemuka.

Katanya, dia turut mempunyai bukti keahlian PAS selain sijil yang ditandatangani Setiausaha PAS Kawasan Gombak Radzi Yusof.

“Selain saya, ada 58 lagi ahli PAS Cawangan Kampung Banjar turut menerima sijil sama seperti saya yang ditandatangani oleh Radzi.

“Jika mereka terus mempertikaikan keahlian saya dalam PAS, kita boleh bersemuka,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis mengenai poster dan kain rentang miliknya yang digantung di sekitar Bukit Gelugor hilang di Balai Polis Bandar Baru Air Itam, di sini, semalam.

Mohd Nabi Bux mendakwa, sebanyak 330 poster miliknya hilang di kawasan berkenaan menyebabkannya kecewa dan marah di atas tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, menjawab mengenai logo kerajaan negeri yang digunakannya dalam poster miliknya, beliau berkata, pihaknya akan menemui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat untuk membincangkannya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Friday, May 16, 2014

MAS rugi RM443 juta sejak Januari

WARTAWAN SINAR HARIAN
Malaysia Airlines (MAS)
Malaysia Airlines (MAS) 
16 Mei 2014
SENTIMEN negatif terhadap MAS akibat kehilangan pesawat MH370, selain tekanan ke atas hasil dan prestasi kurang memuaskan aktiviti bukan teras menyebabkan syarikat penerbangan negara mencatatkan kerugian bersih RM443 juta bagi tiga bulan pertama berakhir 31 Mac 2014, berbanding kerugian RM279 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, kebanyakan kos berkaitan MH370 akan ditanggung insurans tetapi operasi syarikat itu menjadi lembab untuk beberapa minggu sejak kehilangan MH370 pada awal Mac lalu.

MH370 ialah penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang hilang selepas berlepas pada 8 Mac lalu dan masih tidak ditemui sehingga kini.

Ahmad Jauhari berkata, kebiasaannya, pencapaian bagi separuh pertama dalam setiap tahun sentiasa lebih lemah berbanding separuh kedua kerana tempoh perjalanan yang sibuk pada cuti akhir tahun sebelum itu.

"Kerugian bersih bagi suku pertama ini bukan sesuatu yang tidak dijangka.

"Namun keputusannya lebih teruk kerana impak ke atas perjalanan udara secara amnya akibat kehilangan MH370. Keseluruhan pasaran bertindak balas dengan mengurangkan permintaan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, aktiviti pemasaran MAS pada masa itu dihentikan sebagai menghormati keluarga penumpang pesawat Boeing 777 dalam perjalanan ke Beijing itu.

Menurut Ahmad Jauhari, sementara pencarian MH370 diteruskan sehingga kini, iaitu lebih dua bulan sejak kehilangannya, MAS perlu mempercepatkan usaha memperbaiki aliran perolehannya dan menguruskan kos yang semakin meningkat dengan lebih baik.

"Keperluan ini menjadi semakin penting untuk kelangsungan masa depan dan kemampanan MAS dalam pasaran yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk persaingan berkurang," katanya.

Beliau berkata, fokus utama kini ialah untuk kekal sebagai pemain industri relevan dalam pasaran penerbangan.

"Kami telah melalui dua tahun usaha untuk memperbaiki operasi. Masih ada banyak yang perlu dilakukan untuk menghadapi realiti perniagaan dan persaingan sebagai operasi yang dinamik.

"MH370 telah mengeluarkan (ciri-ciri) terbaik pasukan MAS untuk bersatu menghadapi krisis itu. Kami menggunakan semangat pasukan ini untuk berjuang bagi masa depan kami," katanya.

MAS memaklumkan, perolehan teras syarikat meningkat sebanyak lapan peratus bersandarkan peningkatan 19 peratus dalam kapasiti tetapi prestasi keseluruhan kumpulan itu terjejas akibat perolehan lemah kargo dan lain-lain.

"Kapasiti berlebihan industri dan struktur kos tidak menguntungkan menyebabkan pendapatan sebelum faedah, cukai, penyusutan dan pelunasan jatuh negatif RM101 juta berbanding RM30 juta tahun lalu," menurut MAS.

Alfatihah


Pembunuhan terhadap bangsa Melayu yang sedang solat oleh askar askar thailand di selatan Thailand waktu menunaikan solat fardhu zohor
Alfatihah
Buat semua arwah Dan salam takziah untuk ahli keluarga dari kami

Wednesday, May 14, 2014

Ahmad Said kembali sertai Umno

Ahmad Said
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai Umno dan kesal atas apa yang berlaku.
 
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Adun-Adun Terengganu di Perdana Putra, di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Razif positif Ahmad Said dan seorang lagi Adun akan kembali ke pangkuan Umno.

"Yang saya maklum, Speaker beritahu belum menerima kenyataan bertulis dari mereka untuk kembali (jadi Adun Umno).

"Kami penuh percaya dan yakin cuma kita bagi sedikit masa supaya (bilangan) Adun BN kembali kepada 17 (kerusi). Kami dimaklumkan ada komunikasi antara PM dan Ahmad Said dan ia positif," katanya.

Ahmad Said dilaporkan bakal mengadakan sidang media jam 5 petang ini.

Bakal pengantin cari wali nikah

WARTAWAN SINAR HARIAN
Bakal pengantin cari wali nikah
Norsyahadah Aida menunjukkan gambar bapanya yang masih dalam simpanan. 
13 Mei 2014
MUAR - Seorang bakal pengantin buntu apabila usaha mencari bapanya sejak beberapa bulan lalu gagal yang memungkinkan dia tidak dapat bernikah pada 31 Mei ini.

Norsyahadah Aida Zainal Abidin, 26, dari Sungai Sudah, Sungai Balang, dekat sini, berkata, dia dan bakal suami, Mat Salleh Omar, 21, memerlukan kehadiran bapanya, Zainal Abidin Saad, 60an, sebagai wali.

“Saya percaya ayah masih hidup tetapi tidak mempunyai maklumat terkini di mana dia berada ketika ini menyebabkan usaha menjejakinya tidak berhasil.

“Saya juga ada mencari di kampung halamannya di Kuala Nerang, Kedah, dengan bertemu saudara mara dan rakannya tetapi malangnya mereka juga tidak mengetahui lokasi sebenar ayah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dia yang bekerja sendiri berkata, usahanya tidak terhenti setakat itu apabila turut menggunakan laman media sosial namun hasilnya masih sama.

Selain itu katanya, dia begitu teringin bertemu bapa kandungnya yang tidak pernah ditemui sejak dilahirkan kerana bapanya menghilangkan diri ketika dia masih dalam kandungan.

“Bapa berasal dari Kuala Nerang dan berkahwin dengan ibu, Saripah Dasuki di daerah ini. Tetapi apabila ibu mengandung ayah meninggalkan rumah dan tidak pulang sehingga ke hari ini.

“Sejak itu, ibu tidak berkahwin lagi dan sendirian membesarkan saya sebagai anak tunggal,” katanya.

Katanya lagi, dia bukan sahaja mahu kehadiran bapa pada hari bersejarah dalam hidupnya itu tetapi juga mahu bersatu semula sebagai sebuah keluarga.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Zainal Abidin Saad, boleh membantu Norsyahadah Aida dengan menghubunginya di talian 017-7091390.

‘Dia memang tahu’


Kuala Lumpur: Memang ada persetujuan pada tahun lalu antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bagi membolehkan Ahmad dilantik semula ke jawatan itu bagi penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tempoh lanjutan yang diberikan kepada Ahmad untuk memegang jawatan berkenaan ialah selama satu tahun. 
Berikutan itu, katanya, dakwaan Ahmad kononnya tarikh pengunduran sekarang tidak sesuai kerana majlis perkahwinan anak perempuannya bakal diadakan Sabtu ini tidak sepatutnya menjadi isu.

“Ia tidak ada kena mengena dengan persetujuan yang dicapai antara beliau dan Perdana Menteri. Majlis (perkahwinan) itu urusan peribadi beliau manakala persetujuan yang dicapai antara beliau dan Perdana Menteri adalah urusan berkaitan kerajaan,” katanya.
Foto
AHMAD Said, Ghazali Taib dan Roslee Daud

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/14

Australia rancang belanja RM271 juta cari MH370


GAMBAR fail menunjukkan seorang juruterbang melihat dari tingkap pesawat AP-3C Orion milik Tentera Udara DIraja Australia dalam misi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi pada 24 Mac lalu.


CANBERRA, Australia - Kerajaan Australia merancang akan membelanjakan sebanyak AS$84 juta untuk mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Menurut dokumen yang disiarkan semalam, peruntukan tersebut terkandung dalam bajet yang akan berakhir pada 30 Jun depan.
Namun, dokumen tersebut menyatakan, kos sebenar bagi mencari MH370 itu akan bergantung kepada beberapa faktor termasuk penggunaan kapal selam dasar laut, tempoh yang diperlukan mencari pesawat tersebut dan sumbangan daripada beberapa buah negara antaranya, Malaysia dan China.
Pesawat itu hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ketika hilang di Laut China Selatan, pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Sebanyak 153 penumpang kapal itu adalah dari China.
Pesawat itu dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi selepas ia berpatah balik menyebabkan misi mencari MH370 dilakukan di lautan tersebut.
Namun, sehingga kini, tiada sebarang serpihan pesawat ditemui di selatan Lautan Hindi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz31dPNxEer 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, May 13, 2014

ADUN Bukit Besi tarik balik surat keluar UMNO


13/05/2014 9:43pm

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada UMNO dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.
Mohd Jidin, yang juga ADUN Permaisuri berkata, Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.
“Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.
Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga ADUN Kijal, dan ADUN Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.
Mereka bertindak demikian selepas ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.
Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2). - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz31bWJiy7a 
Hakcipta terpelihara 

Krisis politik T’ganu: Umno jangan gertak atau sogok


AZIZ MUDA | .
KUALA LUMPUR: Umno BN diingatkan agar jangan sekali-kali menggunakan tindakan yang tidak demokratik untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Terengganu sekarang, seperti intimidasi atau perbuatan menakut-nakutkan orang, gertak atau sogokan.

Sebaliknya, Umno BN perlu bertindak 'gentleman' untuk menyelesaikan kemelut tersebut dengan melakukan tindakan yang menepati prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kerajaan BN Terenganu kini sudah hilang majoriti apabila tiga Adun Umno BN mengambil tindakan keluar daripada parti itu semalam dan hari ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat negeri juga tidak mempunyai majoriti yang mempunyai 15 kerusi, 14 daripadanya dimiliki oleh PAS dan 1 PKR.

Oleh kerana itu, kata beliau politik Terengganu sekarang menjadi tidak stabil.

"PAS dan Pakatan Rakyat sedang mengikuti perkembangan ini dengan penuh cermat bagi melihat perkembangan selanjutnya," katanya.

Krisis Umno BN negeri itu bermula apabila Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar untuk memberi laluan kepada Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

Ekoran itu, Ahmad yang juga Adun Kijal meletakkan semua jawatan dalam parti dan mengistihaykan sebagai Adun Bebas diikuti Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

BERITA PENUH DALAM HARAKAH CETAK JUMAAT INI.

MASIHKAH ANDA INGAT.

MASIHKAH ANDA INGAT.. Bagaimana Sivakumar speaker sah DUN Perak diheret dan diseret keluar dari kerusi speaker dalam menjalankan tugas yang sah sebagai speaker DUN Perak oleh LemVuno2 dahulu semata2 nak rampas kerajaan PR Perak dahulu...

LIHATLAH 'DALANGNYA' begitu gembira tersengih....

Rakyat tak BUTA... Umno parti PALING B*****T dalam dunia!!!

Ada BANTAHAN???MASIHKAH ANDA INGAT.. Bagaimana Sivakumar speaker sah DUN Perak diheret dan diseret keluar dari kerusi speaker dalam menjalankan tugas yang sah sebagai speaker DUN Perak oleh LemVuno2 dahulu semata2 nak rampas kerajaan PR Perak dahulu...
LIHATLAH 'DALANGNYA' begitu gembira tersengih....
Rakyat tak BUTA... Umno parti PALING B*****T dalam dunia!!!
Ada BANTAHAN???

ADUN Terengganu ke Kuala Lumpur temui PM


KUALA TERENGGANU 13 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) negeri ini akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini bagi membincangkan krisis politik di negeri Pantai Timur itu.
Ia sebagai usaha mencari jalan meredakan konflik politik di negeri ini yang tercetus semula dan meletakkan kerajaan BN dalam keadaan goyah ekoran berlaku peralihan kepemimpinan negeri.
Tiga ADUN, Muhammad Pehimi Yusof (Jertih), Datuk Mohd. Jidin Shafie (Permaisuri) dan Bazlan Abd. Rahman (Batu Rakit) berlepas ke Kuala Lumpur petang ini.
Beberapa lagi ADUN termasuk Mohd. Mahdi Musa (Kota Putera), Iskandar Jaafar (Jabi), Datuk Sabri Mohd. Noor (Langkap) dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang telah berlepas dengan penerbangan pada sebelah pagi. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140513/po_29/ADUN-Terengganu-ke-Kuala-Lumpur-temui-PM#ixzz31bFHodQU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kenyataan kepada media selepas majlis perkahwinan anak


KUALA TERENGGANU 13 Mei - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said masih mengambil sikap berdiam diri dan enggan menemui pihak media serta mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemelut politik yang melanda Terengganu ketika ini.
Menurut kalangan yang rapat dengan beliau, Ahmad dijangka hanya akan berbuat demikian bagi menjelaskan pendiriannya yang sekali lagi mencetuskan krisis politik dan hala tujunya kelak pada minggu depan.
Ini dikatakan akan diumumkan setelah menyelesaikan majlis perkahwinan anak perempuannya di Telok Kalong pada 17 Mei ini.
Katanya, diharap semua pihak memberi ruang serta menghormati pendirian bekas Menteri Besar berkenaan berhubung isu itu.
``Kenyataan awal yang diberikan semalam kepada satu stesyen televisyen sudah cukup untuk semua mengetahui keadaan sebenar,'' ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140513/po_27/Kenyataan-kepada-media-selepas-majlis-perkahwinan-anak#ixzz31aNvmvF4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Laungan azan tanda amaran

WARTAWAN SINAR HARIAN
Laungan azan tanda amaran
Kesesakan lalu lintas berlaku di laluan masuk ke Thailand. Penduduk mendakwa, pihak berkenaan memeriksa dengan lebih teliti bagi mengekang aktiviti keluar masuk penjenayah selepas berlakunya kejadian bom.
Laungan azan tanda amaran
Laluan keluar masuk di Pengkalan Haram lengang selepas berlakunya kejadian bom di beberapa kawasan Selatan Thailand, malam kelmarin.
13 Mei 2014
 RANTAU PANJANG – Laungan azan pada jam 4 pagi, mengejutkan penduduk yang tinggal berdekatan Sungai Golok, semalam.

Laungan azan menandakan amaran kecemasan kepada penduduk, sejurus meletusnya letupan bom, sehingga membakar beberapa bangunan berdekatan Golok.

Gegaran kuat dan diselangi bunyi letupan kecil akibat letupan itu menyebabkan penduduk Rantau Panjang yang sedang tidur tersedar.


Berlindung dekat sungai

Penduduk Nor Fasiha Nawi, 27, berkata, laungan azan menerusi pembesar suara mengejutkan bukan sahaja penduduk di Golok malah sekitar Rantau Panjang.

Menurutnya, kedudukan Rantau Panjang dengan Golok, hanya dipisahkan sebatang sungai maka sebarang kejadian bom mahupun kebakaran boleh dilihat dengan jelas.

Katanya, letupan silih berganti menyebabkan sebahagian penduduk Thailand berlindung di sepanjang sungai kerana yakin bom tidak akan melepasi sempadan Malaysia.
“Bekalan elektrik telah putus menyebabkan api kelihatan dengan jelas. Kami hanya mampu melihat dari jauh kerana perkhidmatan perahu di pengkalan haram ditutup lebih awal.

“Meskipun kedudukan letupan bom agak dekat dengan Rantau Panjang, namun penduduk di sini yakin keselamatan mereka terjamin kerana pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkawal di sepanjang sempadan,” katanya.


Kalis dengan bunyi bom

Peniaga, Ayob Mat, 42, berkata, kali pertama bom berlaku dipercayai selepas azan Maghrib lebih kurang jam 7.35 malam.

Namun katanya, ada penduduk tidak menyedari letupan bom berkenaan kerana beranggapan penduduk Thailand meraikan pesta dan sambutan perayaan dengan memasang mercun.

“Selepas merasa gegaran dan mendengar letupan yang lebih kuat daripada kebiasaan, barulah kami sedar itu bukan mercun sebaliknya bom.

“Penduduk di sini sudah terbiasa mendengar bunyi letupan kerana sedia maklum, pergolakan di Selatan Thailand berlaku sejak sekian lama.

“Bagi penduduk luar, kejadian ini mungkin mengurangkan kemasukan penduduk ke Thailand, namun peniaga seperti saya terpaksa mengambil risiko kerana inilah punca mata pencarian kami,” katanya.
Ayob yang mengusahakan perniagaan menjual jersi bola, banyak menjalankan urus niaga di Rantau Panjang dan sekitar Golok.
Hampir setiap hari katanya, dia akan ke Golok untuk mencari material dan baju baharu yang ditempah pelanggan.


Simpati dengan rakan berjiran

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Penduduk Rantau Panjang, (PPPRP) Mat Bastaman Hamat berkata, semua penduduk di sini bersimpati dengan kejadian yang berlaku di Selatan Thailand.

Menurutnya, pergolakan menyebabkan bukan sahaja keselamatan rakyat terancam, malah ekonomi negaranya juga terjejas.

Sedikit sebanyak katanya, ia turut mempengaruhi corak kehidupan penduduk di sini kerana kebanyakannya perlu berurusan dengan pihak Thailand.
“Ramai yang menangguh perjalanan ke sana, kerana risau mereka mungkin menjadi mangsa sekiranya berlaku letupan lebih banyak.

“Penduduk juga yakin, letupan demi letupan akan berlaku namun tidak mengetahui motif kejadian ini,” katanya.
Beliau berkata, PPPRP mengajak penduduk agar bersyukur dengan keamanan yang dikecapi negara dan terhindar daripada pergolakan seumpama ini.

Mat Bastaman menasihati penduduk agar tidak menimbulkan sebarang provokasi mengenai isu sensitif kerana ia mungkin mencetuskan pergolakan.

Menurutnya, Malaysia dan Thailand mempunyai banyak persamaan antaranya, kebudayaan, kesenian dan keagamaan malah penduduk di kedua negara ini juga berbilang kaum.

“Sekiranya kita berkongsi sumber yang ada dengan amanah, sebarang anasir jahat dapat ditepis seterusnya melahirkan negara yang aman dan makmur,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Perniagaan Melayu Rantau Panjang, Ramli Abdullah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian bom itu.

Menurutnya, salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Kak Ta merupakan peniaga di Bazar Aminah.
“Kak Ta juga merupakan salah seorang daripada puluhan mangsa kebakaran di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, 6 Januari lalu.

“Kami berharap keluarganya tabah menghadapi kejadian ini dan kami mendoakan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Berikutan situasi yang semakin tegang, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim menasihati penduduk agar menangguhkan perjalanan ke Thailand buat sementara waktu.

Buat masa ini katanya, pihaknya belum menerima sebarang laporan penduduk Rantau Panjang menjadi mangsa dalam kejadian bom tersebut.

“Polis bersama ATM akan menjalankan kawalan sempadan seperti biasa dan menasihati penduduk agar tidak meneruskan perjalanan ke Thailand sehingga keadaan terkawal,” katanya.

Anak cari ibu terpisah 55 tahun

WARTAWAN SINAR HARIAN
Anak cari ibu terpisah 55 tahun
Hamidah Mohamad, 
13 Mei 2014
TAIPING - Seorang wanita, Hamidah Mohamad, 56, menyimpan hasrat bertemu ibu kandungnya yang terpisah sejak usianya setahun.

Hamidah berkata, usaha menjejaki ibunya, Khamsiah Ghaffar, 70-an, berdepan pelbagai kesulitan berikutan tiada maklumat yang boleh membantu pencarian itu.

"Saya dimaklumkan ibu berasal dari Slim River tetapi usaha menjejakinya sukar memandangkan tidak mempunyai sebarang maklumat lain.
"Malah, ahli keluarga juga tidak mengetahui apa-apa untuk membantu saya mencari ibu," katanya.
Menurutnya, dia bukan sahaja terpisah dengan ibunya, malah dengan ayah dan seorang kakak.
"Saya tidak tahu cerita sebenar mengenai ibu memandangkan saya hanya diberitahu ibu menyerahkan saya dan seorang lagi kakak kepada ibu saudara sejak usia setahun.
"Sejak itu, saya terus tinggal bersama pasangan Rahmah Abdul Karim dan Yahya Sidek yang kini telah pun meninggal dunia, manakala kakak tinggal bersama dengan ayah,” katanya.
Hamidah yang berasal dari Kampung Pantai Besar Ijok berkata, ketika usaha mencari ibu dilakukan, dia dapat bertemu dengan kakaknya yang sekian lama terpisah.
"Namun, ketika itu saya diberitahu ayah telah meninggal dunia," katanya.
Malah, menurutnya, usaha mencari ibunya pernah dikongsi di media lain sebelum ini, namun tidak berhasil.
"Sudah bertahun-tahun saya cari ibu tapi masih belum berhasil. Walaupun sudah lama, saya masih tidak berputus asa untuk terus mencarinya.

"Saya rindukan ibu dan begitu berharap kami dipertemukan semula.
Saya harap impian untuk bertemu ibu menjadi kenyataan satu masa nanti," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Khamsiah diminta dapat menghubungi Hamidah menerusi 013-5192354

Pentadbiran Terengganu bakal bertukar tangan?

Terengganu

SHAH ALAM - Persoalan sama ada BN mampu mengekalkan kuasa di Terengganu menimbulkan persoalan apabila memiliki 14 kerusi Dun berbanding 17 sebelum ini selepas tiga Adunnya mengumumkan keluar dari parti awal hari ini.

Pengumuman itu sekaligus, menjadikan kedudukan PR mendahului di negeri itu dengan 15 kerusi Dun.

Konflik timbul berikutan tindakan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Kemudian Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengesahkan beliau turut keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Mengenai keputusan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas, Ahmad dilaporkan berkata, beliau telah memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya seperti dilaporkan sebuah portal web.

Sementara itu, menurut sumber, ekoran konflik yang melanda negeri Darul Iman ini, Pas Terengganu turut dilaporkan akan mengadakan satu mesyuarat khas pagi ini.

Krisis politik Terengganu, apa yang rakyat mahu


DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI | .
1. Selepas beberapa jam Datuk Razif bin Abd Rahman mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baru Terengganu berlaku krisis politik apabila Datuk Seri Ahmad Said selaku Adun Kijal dan Ghazali Taib selaku Adun Ajil mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi Adun bebas menjadikan BN mempunyai bilangan Adun yang sama dengan pembangkang iaitu 15-15. Kekuatan kerajaan BN ada pada 1 undi penentu pada Speaker. Khabar angin bertiup akan ada lagi 4 Adun bersedia menjadi Adun Bebas bersama Ahmad Said dan Ghazali. Ini merisikokan kejatuhan kerajaan BN di Terengganu.

2. Ahmad Said yang meletakkan jawatan sebagai MB petang semalam untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif menjadi MB bertindak sebagai seorang ahli politik yang bijak kerana tindakannya itu bakal menjadikan Razif sebagai Menteri Besar Terengganu yang paling pendek tempoh pentadbirannya yang mungkin tidak menjangkau satu hari. Sejarah pahit ini tentu sahaja bakal memalukan Razif dan itulah satu cara Ahmad Said melepaskan amarahnya kepada BN yang mengarahkannya meletakkan jawatan.

3. Apakah tindakan terbaik PAS dalam suasana sebegini? Di hadapan terbentang 3 pilihan. Pertama, jika Ahmad Said dan Ghazali bersedia menjadi Adun Bebas yang menyokong PAS dan PKR maka penubuhan kerajaan baru boleh diusahakan. Namun, keadaan ini akan menjadikan kerajaan negeri tidak stabil. Kedua-dua Adun Bebas boleh pula menarik sokongan dan ia akan merisikokan kerajaan baru pula. Pelbagai polisi pentadbiran negeri boleh terencat. Ketidakstabilan ini bukan pilihan terbaik rakyat Terengganu.

4. Kedua, boleh diusahakan kerajaan campuran BN, PAS dan PKR. Kalau 13 Mei 1969 menyaksikan  kerjasama politik 2 parti politik Melayu Islam Umno dan Islam Melayu PAS diusahakan sehinga akhirnya terbentuk Barisan Nasional, maka 13 Mei 2014 boleh menyaksikan sejarah baru kerajaan campuran 2 parti tersebut di peringkat negeri. Namun, pilihan ini juga tidak mudah kerana melibatkan banyak pihak dan dasar parti. Ia boleh menjadi sejarah cubaan terkini penyatuan umat Islam, tetapi ia tidak membawa kepada kestabilan kepada kerajaan negeri juga.

5. Pilihan ketiga ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri Terengganu. Berikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan. Pilihan raya peringkat negeri akan menjadi pungutan suara rakyat Terengganu terhadap pelbagai agenda perubahan yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah perubahan MB Terengganu adalah salah satu agenda perubahan yang dihasratkan oleh Najib selepas berjaya menukar Ketua Menteri Sarawak. Najib mengharapkan projek di Terengganu berjalan lancar untuk digerakkan pula selepas ini perubahan Menteri Besar Pahang sebagaimana khabar angin tersebar. Jadikan PRK sebagai kayu ukur penerimaan rakyat terhadap perubahan ini.

6. Di pihak PAS dan PKR pula, PRK juga menjadi kayu ukur sejauh mana kejayaan menguasai 15 Dun dimanfaatkan sebaiknya untuk menggambarkan kepada rakyat kesediaan PAS menjadi kerajaan menanti. Tahap penerimaan rakyat terhadap pelbagai isu kegagalan pentadbiran BN di Terengganu yang dibangkitkan sebelum ini boleh diukur. Isu pengambilan tanah Banggol Donas yang tidak mengikut lunas undang-undang, LPT II yang masih belum siap, status zon bebas cukai Empangan Kenyir, pembelian bas dwiguna darat dan air yang dilihat membazir, pembinaan jambatan drawbridge sungai Terengganu, projek mendalamkan Sungai Terengganu yang tidak mengikut peraturan, isu perobohan Pasar Kedai Payang,  perlombongan bijih besi Dungun dan terkini cadangan kenaikan kadar cukai pintu. Justeru, pilihan ini dilihat lebih relevan.

7. Namun begitu rakyat juga tidak boleh terlalu berharap. Dalam politik apa pun boleh berlaku. 2 Adun tadi mungkin sahaja kembali ke pangkuan Umno jika kena gaya pujukan berbisa oleh Najib. Lagipun dalam satu kenyataan Datuk Seri Ahmad Said menyatakan kekecewaannya kerana pertukaran MB dibuat di saat perkahwinan anak beliau akan berlangsung pada 17hb Mei 2014. Kekecewaan itu mendorongnya bertindak dengan apa yang berlaku sekarang. Orang yang kecewa boleh dipujuk!

8. Apa pun rakyat Terengganu tentu mengharapkan yang terbaik daripada pemerintah terbaik. Berikan mandat kembali kepada rakyat walau apa pun terjadi!

Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa 13hb Mei 2014 jam 8.20 pagi, Jengka
sumber: harakah

Razif MB paling singkat?






KUALA TERENGGANU 13 Mei - Datuk Ahmad Razif Ahmad yang baharu mengangkat sumpah pelantikan malam tadi hampir pasti menjadi Menteri Besar Terengganu yang paling singkat memegang jawatan itu dengan situasi politik yang makin memuncak.

Hanya beberapa jam selepas itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang tidak menjangkakan kepemimpinan Pusat tetap meneruskan langkah peralihan itu, mengisytiharkan keluar parti bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib.

Ini disusuli dengan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud dan dijangka beberapa ADUN lagi akan turut berbuat demikian akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) yang hanya berkuasa dengan kelebihan satu kerusi dalam pilihan raya umum lalu tidak mampu lagi bertahan.

Dengan perkembangan terbaharu, kedudukan kerusi BN setakat ini sebanyak 14 kerusi, Pas (14), Parti Keadilan Rakyat (1) dan Bebas (3) dan hampir pasti dibubarkan atau kesemua yang menentang proses peralihan itu membentuk kerajaan bersama dengan pembangkang. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140513/po_17/Razif-MB-paling-singkat#ixzz31Z4pIrYZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PAS saran bubar DUN


Oleh Mohd Nasif Badruddin
Kuala Terengganu: PAS Terengganu meminta Menteri Besar yang baru dilantik menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih semula kepimpinan negeri berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar parti.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Saiful Bahri Mamat berkata, kedudukan terkini pembangkang memenangi 15 kerusi (14-PAS 1-PKR) DUN berbanding 14 Barisan Nasional (BN) serta tiga Bebas menunjukkan kepimpinan sedia ada sudah hilang kepercayaan rakyat.


Menurutnya, BN sekarang sudah tidak mempunyai majoriti dalam DUN.

"Cara terbaik dan bermaruah adalah dengan membubarkan DUN serta serah kepada rakyat memilih pemimpin mereka.


"Kita tidak ingin peristiwa yang berlaku di Perak sebelum ini terjadi di Terengganu," katanya.


Ditanya adakah PAS akan mengadakan mesyuarat khas mengenai perkara ini, beliau berkata 'belum ada keputusan dibuat dan akan dimaklumkan kemudian'.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13

ADUN Bukit Besi keluar UMNO, jadi wakil Bebas



KUALA TERENGGANU 13 Mei - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Roslee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri dalam salinan surat bertarikh 13 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini berkata: “Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."
Awal hari ini, bekas Menteri Besar Terengganu dan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib juga mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas, masing-masing bagi DUN kawasan Kijal dan Ajil.
Surat Roslee dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan salinan kepada speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Semalam Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.
Dengan keputusan Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali sebagai wakil Bebas, Barisan Nasional kini mempunyai 14 kerusi DUN diikuti Pas (14), Parti Keadilan Rakyat (satu). - Bernama


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140513/po_16/ADUN-Bukit-Besi-keluar-UMNO-jadi-wakil-Bebas#ixzz31Z1oO9eO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahmad Said, Ghazali umum keluar UMNO


2014/05/13 - 01:43:57
KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti serta- merta.

Peletakan jawatan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut disertai ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga EXCO Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas.


Serentak itu, kedua-dua wakil rakyat itu mengisytiharkan mereka menjadi ADUN bebas.

Sumber berkata surat peletakan jawatan kedua-duanya diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, semalam.

Berikutan peletakan jawatan itu, Barisan Nasional Terengganu yang sebelum mempunyai 17 kerusi hanya tinggal 15 manakala pembangkang juga memiliki 15 kerusi. Dewan Undangan Negeri Terengganu mempunyai 32 kerusi.

Selatan Thai digegar 30 serangan


SEBUAH sekolah dan beberapa deretan kedai musnah dalam kebakaran dipercayai dilakukan anggota kumpulan pemisah di daerah Sungai Padi, wilayah Narathiwat, semalam. - AFP
NARATHIWAT 12 Mei - Wilayah Narathiwat dan Yala di selatan Thailand, digegar lebih 30 serangan termasuk tembakan, serangan bom dan perbuatan membakar dengan sengaja dipercayai dilakukan puak pemisah.
Penasihat Keselamatan kepada Perdana Menteri, Paradorn Pattanathabutr berkata, serangan itu disasarkan terhadap beberapa kawasan termasuk pusat beli-belah dan tiang-tiang elektrik.
“Kami percaya kumpulan pemisah cuba merekrut lebih ramai penduduk untuk menjadi anggota kumpulan mereka," kata Paradorn kepada Reuters.
Polis di wilayah Narathiwat pula berkata, serangan bom dilancarkan di lebih 10 lokasi antaranya tiga di Sungai Golok, menyebabkan seorang wanita Islam dikenali sebagai Sarika Mama terbunuh.
“Letupan itu turut menyebabkan beberapa individu lain cedera termasuk seorang pegawai keselamatan," katanya.
Dua lagi letupan bom berlaku di daerah Tak Bai, sementara kebakaran dikesan di dua lokasi di daerah Sungai Padi.
Di Yala, polis berkata, letupan bom menumbangkan dua buah tiang elektrik di daerah Yaha, manakala letupan pula didengari di daerah Than To dan Muang.
Anggota pemisah turut melancarkan serangan tembakan dan membakar tiang elektrik di daerah Krong Pinang.
Bunyi tembakan juga didengar di dua lokasi di daerah Bannang Sata.
Lebih 5,700 penduduk terkorban di wilayah selatan bergolak ini sejak Januari 2004 dan lebih 40 orang terbunuh, tahun ini sahaja.
Rundingan damai dengan beberapa kumpulan pemisah tahun lalu gagal menamatkan keganasan di wilayah ini.
Dialog itu turut terhenti ketika krisis politik Thailand di Bangkok dilihat semakin meruncing. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140513/lu_03/Selatan-Thai-digegar-30-serangan#ixzz31XghiNd2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kejutan dari Terengganu


Kuala Terengganu: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada UMNO, malam tadi.
Ghazali ketika dihubungi tadi mengesahkan perkara itu.
Surat perletakan jawatan mereka berdua diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.

Salinan surat peletakan jawatan itu turut dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu Mohd Zubir Embong dan juga dipercayai diedarkan kepada media.
Foto

Mereka berdua juga mengisytiharkan menjadi ADUN bebas berkuat kuasa serta-merta.

Berikutan itu, Barisan Nasional kini tinggal 15 kerusi DUN daripada keseluruhan 32 kerusi iaitu sama dengan pembangkang.

Difahamkan Ghazali dan Ahmad Said akan mengadakan sidang media siang nanti.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13

Monday, May 12, 2014

Ahmad Razif dilantik Menteri Besar Terengganu yang baharu


KUALA LUMPUR 12 Mei - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.
"Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014.
"Baginda telah memperkenankan pelantikan ADUN Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda," katanya.
Najib berkata, pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.
Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140512/po_19/Ahmad-Razif-dilantik-Menteri-Besar-Terengganu-yang-baharu#ixzz31VowwuR1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahmad Said sah lepas jawatan


KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Ahmad Said hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Beliau berkata, peletakan jawatan itu bagi membolehkan pelantikan menteri besar baharu, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa bakal menggantikan Ahmad, 57.

"Saya datang jumpa Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...seperti dimaklumkan ada pertukaran (menteri besar), saya maklum balas dan mereka terima dan tidak ada masalah, memang betul ada pertukaran.


"Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baru) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak istana...dah sah memang disahkan dia (Ahmad Said) dah jumpa Perdana Menteri letak jawatan hari ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno negeri di sini hari ini.


Katanya, pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada Umno di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti.

Spekulasi memuncak akhir-akhir ini bahawa Ahmad akan digantikan termasuk cakap-cakap kononnya beliau bersetuju menjadi menteri besar untuk selama setahun selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei tahun lepas.

Ahmad dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas menerima watikah pelantikan daripada Sultan Terengganu pada 9 Mei tahun lepas.

Beliau yang juga Adun Kijal pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 22 Mac 2008.

Sepanjang perkhidmatannya, Ahmad cukup terkenal dengan slogan “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan” sebagai teraju utama dalam kepimpinan beliau.

Pentadbiran yang mesra rakyat menjadi tonggak dan keutamaan beliau dalam memastikan kepentingan dan permasalahan rakyat diselesaikan.

Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Terengganu menang majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk pilihan raya kecil Kuala Besut pada 24 Julai tahun lalu. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Sunday, May 11, 2014

India lancar You stop, we stop


11 Mei 2014


MUMBAI - INDIA. Pihak berkuasa India kini tidak  teraga-agak menyembur air ke arah mana-mana individu yang kencing secara terbuka di tempat awam.

Aktivis Clean Indian Media melaporkan, kenderaan menyerupai jentera bomba tertulis You Stop, We Stop itu mula beroperasi bagi membendung gejala itu.

“Lori tangki air akan mengelilingi Mumbai untuk melakukan operasi bersepadu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan pada setiap hari,” katanya dipetik Time of India

Operasi bertujuan mendidik orang awam di bandar itu supaya menggunakan tandas awam dan tidak lagi kencing di taman atau di jalanan.

PDI-P sah menang Pemilu Parlimen

PDI-P sah menang Pemilu Parlimen
 Wakil PDI-P Jokowi bakal mengumumkan pakatan untuk bertanding dalam Pemilu Presiden pada 16 Mei ini.
11 Mei 2014 JAKARTA - INDONESIA. Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pimpinan bekas presiden, Megawati Sukarnoputeri secara rasmi disahkan pemenang Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen bulan lalu.

Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan, PDI-P meraih 18.95 peratus atau 23.68 juta atau  124.97 juta pemilih berdaftar.

Parti Golongan Karya (Golkar) pimpinan Aburizal Bakrie kekal kedua dengan 14.75 peratus atau 18.43 juta undi dan parti diterajui Prabowo Subianto iaitu Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) ketiga dengan 11.82 peratus atau 14.76 juta undian.

Parti Demokrat dipimpin Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pula berada kedudukan keempat setelah meraih 10.19 peratus atau 12.72 juta undi.

Berdasarkan keputusan itu, tiada parti meraih undi minimum, oleh itu mereka perlu membentuk pakatan untuk Pemilu Presiden. -Bernama

Polis mohon maaf kepada penyokong anti-kerajaan


11 Mei 2014


BANGKOK - THAILAND. Penyokong anti-kerajaan menuntut maaf daripada polis kerana menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap mereka.

Langkah pantas polis itu berjaya mengelakkan konflik keganasan daripada menjadi bertambah buruk.
 
Di pinggir ibu negara, lebih 50,000 penyokong pro-kerajaan telah berkumpul dalam usaha untuk mendapatkan sokongan lebih besar berikutan penyingkiran bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra.
 
Buddha Issara, seorang sami kanan yang juga ketua pemprotes anti-kerajaan membawa penyokongnya ke pejabat Pusat Pentadbiran bagi Keamanan dan Ketenteraman (CAPO).
 
Beliau ke balai polis itu pada sebelah pagi untuk memfail tuduhan bunuh terhadap polis kerana menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap pemprotes di hadapan pejabat CAPO kelmarin mengakibatkan enam cedera.
 
"Kami ke sini hari ini (semalam) kerana mahu kamu (polis) meminta maaf kepada kami kerana melepas gas pemedih mata.

"Jika anda datang dan minta maaf pada kami, kami akan tarik balik semua tuduhan," katanya kepada polis.
 
Akhirnya, seorang wakil polis muncul dan memohon maaf.
 
Pemprotes yang berkumpul di hadapan pejabat CAPO sejak tengah hari bersurai empat jam kemudian.
 
Semasa protes itu, kumpulan berkenaan menghalang trafik ke dan dari Lapangan Terbang Don Muang, hingga melumpuhkan lalu lintas dan menjejas orang ramai yang melakukan perjalanan. - Bernama