LONDON: Tiga Ahli Parlimen wanita Islam meraikan kejayaan mereka semalam selepas menang di kawasan masing-masing dalam pilihan raya umum terbaru Britain.
Rushanara Ali, wanita pertama keturunan Bangladesh yang terpilih menganggotai Parlimen British menang di timur London atas tiket Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Gordon Brown.
“Bagi berjuta-juta rakyat Bangladesh di seluruh dunia, kemenangan saya memberi erti yang amat besar kerana buat pertama kali, seorang yang sama latar belakang dengan mereka terpilih ke Parlimen di sebuah negara kuasa besar,” katanya.
Dua lagi calon Parti Buruh, Shahbana Mahmood dan Yasmin Qureshi turut terpilih ke Parlimen Britain. – AFP
No comments:
Post a Comment