Sunday, May 9, 2010

Lindsay Lohan beraksi lucah





2010/05/09

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
LOS ANGELES: Aktres bermasalah, Lindsay Lohan akan memegang watak bintang lucah 1970-an, Linda Lovelace dalam satu filem biografi, menurut seorang produser.

Wali Razaqi berkata, Lohan sudah diambil berlakon dalam Inferno yang turut membabitkan kisah jutawan Playboy, Hugh Hefner.
“Kami semua setuju bahawa Lindsay pilihan terbaik buat masa ini, dan kami semua yakin beliau mampu lakukannya,” kata Razaqi kepada Los Angeles Times.
“Untuk sekurang-kurangnya setahun, pengarah dan saya bertungkus-lumus membayangkan betapa hebatnya lakonan yang boleh dipersembahkannya jika beliau berada dalam filem itu.”

Lovelace adalah bintang filem lucah terkenal pada 1972, Deep Throat yang meraih pulangan kasar lebih AS$600 juta (RM1.96 bilion).

Lovelace mulanya mendakwa ‘suka setiap saat’ pembuatan filem itu. Bagaimanapun, beliau kemudian menjadi seorang juru kempen antilucah dan berkata adalah satu jenayah bahawa Deep Throat masih ditayangkan.

Beliau memberi ceramah mengenai kejahatan industri filem lucah sehingga kematiannya pada 2002 pada usia 53 tahun.
Beberapa aktres termasuk Rose McGowan, Angelina Jolie dan Anna Faris, dikaitkan dengan watak itu. Razaqi berkata, Lohan adalah pemegang watak yang sesuai.

Aktres berusia 23 tahun itu memulakan kerjayanya sebagai bintang kanak-kanak Disney namun kini lebih terkenal dengan masalah di luar layar perak. – Agensi

No comments:

Post a Comment