2010/05/09
NALADA (tengah) diapit Chanya (kanan) dan Numpath selepas diisytiharkan pemenang pertama, kedua dan ketiga.
PATTAYA: Pemuda ‘lembut’ berusia 19 tahun, Nalada Thamthanakorn, diumumkan sebagai pemenang Miss Tiffany Universe 2010 di sini, dalam pertandingan yang disiarkan secara langsung, semalam.
Dia menerima hadiah 100,000 baht (RM10,000) dan sebuah kereta baru, Honda Jazz. Tempat kedua dimenangi Chanya Denfanapapol dan ketiga, Numpath Prasochok dalam pertandingan menggunakan tema I Am What I Am.
Acara diadakan di Pentas Pattaya, kira-kira 150 kilometer di timur Bangkok dan dilaporkan sebagai pertandingan pondan paling sengit di Thailand setiap tahun.
Semua peserta mesti berusia antara 18 dan 25 tahun. Mereka diadili berdasarkan kelembutan, kejelitaan dan penampilan masing-masing.
Pertandingan itu disaksikan beratus-ratus orang dan menjadi antara tarikan pelancongan di Pattaya sejak dilancarkan pada 1998 dan turut membabitkan persembahan nyanyian.
Sebelum acara Miss Tiffany Universe 2010 bermula, ia terlebih dulu menyaksikan pertandingan kategori Miss Unlimited Sexy Star.
Kategori itu menyaksikan 28 peserta memakai bikini dan memperagakannya di atas pentas.
Meskipun gagal menjadi juara dalam pertandingan utama, Chanya muncul pemenang dalam kategori ini membolehkannya menang hadiah wang tunai 10,000 baht (RM1,000), lapor akhbar di sini. – Agensi
No comments:
Post a Comment