Monday, June 21, 2010

100,000 pekerja berhimpun bantah pinda akta



SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) merancang untuk mengadakan perhimpunan di Putrajaya dalam masa terdekat sebagai bantahan terhadap cadangan Pindaan Undang- undang Buruh 2010 oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia, baru- baru ini.

Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen Malaysia, Abdullah Sani berkata, pihaknya menyasarkan seramai 100,000 pekerja dari seluruh negara akan menyertai perhimpunan dan turut diadakan ialah perarakan serta pemberian memorandum kepada Perdana Menteri.

Menurutnya, pihaknya juga akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menerangkan perjuangan sebenar mereka terhadap penolakan cadangan pindaan Undang- undang Buruh supaya pekerja di negara ini mengetahui implikasi terhadap mereka sekiranya pindaan itu dilaksanakan dan dijangka akan dibuat pada Julai nanti.

“Selepas ini, kita akan mengadakan siri jelajah di Melaka dan kita juga turut mendapat jemputan ke Pulau Pinang untuk menerangkan hal ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment