Perangkaan itu dikeluarkan oleh kumpulan pejuang Hamas yang mentadbir Genting Gaza.
Menurut Hamas, 10,531 rakyat Palestin dilaporkan keluar dari Gaza dan menuju ke Mesir manakala 10,172 lagi rakyat Palestin pulang ke Gaza.
"Mereka yang menuju ke Mesir adalah pesakit yang memerlukan rawatan, pelajar, orang ramai yang perlu melawat negara lain dan warganegara asing," menurut kenyataan Hamas.
Sempadan Rafah mula ditutup oleh kerajaan Mesir selepas Hamas menguasai Genting Gaza dan hanya dibuka beberapa kali sejak Jun 2007.
No comments:
Post a Comment