Monday, July 5, 2010

Ibu kesal klinik swasta beri ubat tamat tempoh



MELAKA - “Saya harap, apa yang anak saya alami tidak terkena pada orang lain dan ia sebagai pengajaran supaya pihak terbabit lebih berhati-hati. 

Itulah luahan seorang ibu, Noriyah Cheklah, 32, apabila telinga anaknya didapati semakin bernanah selepas dikatakan mengambil ubat yang sudah tamat tempoh setelah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di bandar raya ini. 

Noriyah berkata, telinga anaknya, Nor Shamira Adilah Muhamad Shah, 8, pada mulanya hanya sekadar mengalami kegatalan dan adakala sakit namun kesannya tidak kelihatan. 

Berikutan itu, menurutnya, dia membawa anaknya ke sebuah klinik swasta pada 26 Jun lalu dan doktor merawatnya memaklumkan, Nor Shamira hanya mengalami jangkitan serta terdapat kulat pada bahagian dalam alat pendengarannya. 

“Doktor terbabit memberikan tiga jenis ubat terdiri daripada antibiotik, ubat tahan sakit dan sejenis ubat cecair untuk dititiskan ke dalam telinga anak saya dengan kadar bayaran RM35.

No comments:

Post a Comment