Monday, July 5, 2010

6 beranak menumpang rumah saudara



Posted on the July 5th, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
15/7
MASJID TANAH : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitu nasib sebuah keluarga apabila terpaksa menagih kasih dengan menumpang berteduh di rumah adiknya di Kampung Ayer Limau, dekat sini, akibat masalah kemiskinan sejak 10 tahun lalu.
Bekas pemandu lori, Abdul Rahman Salleh, 48, bersama isteri, Taj Bharouk Jasi Alam, 47, dan empat anak mereka sebelum ini menetap di sebuah rumah di kawasan ini, namun disebabkan masalah kewangan terpaksa menumpang di rumah adiknya.
Kehidupan keluarga itu bertambah getir apabila Abdul Rahman dikesan menghidap penyakit jantung dan pernah mengalami strok kira-kira 10 tahun lalu ketika bekerja hingga dinasihatkan berhenti oleh majikan.
Abdul Rahman berkata, sejak tiada pekerjaan, dia berdepan kesukaran menanggung isteri dan empat anak, Nurfarahin, 17; Mohd Rifhan, 14; Nurfarah Izzati, 13, dan Nurfarah Aisah, 6, hingga terpaksa menumpang di rumah adiknya akibat tidak mampu membayar sewa rumah.
Menurutnya, keadaan lebih buruk apabila terpaksa mencari wang sebanyak RM75,000 untuk menanggung kos rawatan penyakitnya dan disebabkan tiada pilihan terpaksa mengeluarkan wang simpanan pekerja berjumlah RM25,000.
Bagaimanapun, katanya, dia masih bernasib baik apabila bekas majikan turut bersimpati menghulurkan sumbangan RM40,000 untuk kos rawatannya.
Begini kehidupan saya seharian, hanya mampu membuat kerja ringan di rumah. Itu pun tidak boleh lama kerana mudah diserang strok ketika bekerja dan kerap bermalam di Hospital Melaka selama beberapa hari.
Lebih menyedihkan, isteri turut menghidap sakit tulang belakang sejak empat tahun lalu hingga terpaksa berulang alik ke Hospital Alor Gajah menerima rawatan sekali gus menyukarkannya bekerja, katanya.
Anak sulung pula cacat kerana lahir tidak cukup bulan dan begitu aktif hingga memerlukan perhatian khusus, namun tidak mampu bergerak sempurna dan kini hanya bergantung dengan kerusi roda, katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Abdul Rahman berkata, bagi menampung kehidupan keluarganya, isterinya meneruskan tugasan membersih dua surau di sekitar kampung itu atas bantuan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) walaupun upah tidak seberapa.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment