Monday, July 12, 2010

Anwar akan dikenakan tindakan jika terbukit jadi alat CIA: Hishammuddin



KUANTAN - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati mengancam keselamatan negara selepas dikaitkan menjadi alat kepada agensi perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak, tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar.

"Kita sebelum ini tidak tergamak cuba korek (rahsia) kerana cukup-cukuplah mereka sendiri menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kita, tetapi kalau mereka tidak berada di atas landasan dan niat jujur akhirnya benda yang tidak baik akan keluar juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Paya Besar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas kenyataan seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.
Sumber
Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda

1 comment: