Monday, July 12, 2010

'Sia-sia berunding dengan Israel'







2010/07/12

RAMALLAH: Presiden Palestin yang kini menerima tekanan Amerika Syarikat supaya meneruskan rundingan dengan Israel, berkata melakukannya dalam keadaan sekarang tidak akan membuahkan hasil ketika rejim Zionis itu berkeras tidak akan membenarkan sebarang penghantaran bantuan dari laut ke Gaza. 

Kenyataan oleh Mahmoud Abbas menjelaskan hasratnya untuk tidak kembali ke meja rundingan kecuali Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mematuhi mandat antarabangsa berhubung pembekuan penempatan dan bersetuju untuk mengadakan baki rundingan yang ditinggalkan oleh penyandangnya pada Disember 2008.
“Kami sudah jelaskan visi dan pandangan kami selain mengatakan jika ada perkembangan kami bersetuju mengadakan rundingan, namun jika tiada perkembangan, rundingan sia-sia saja,” kata Mahmoud dalam satu ucapan lewat kelmarin.
“Jika mereka (Israel) berkata ‘marilah dan mulakan rundingan dari kosong,’ ia sia-sia dan tidak berhasil,” tambahnya. 

Pembantu Mahmoud, Yasser Abed Rabbo memberitahu radio Palestin semalam bahawa rakyat Palestin tidak mahu memasuki rundingan terbuka dengan Israel. 

“Perlu ada satu jadual waktu, rangka kerja untuk rundingan sebegini. Kami tidak akan memasuki rundingan baru yang mungkin mengambil masa lebih 10 tahun,” katanya. 

Sementara itu, laporan AFP menyebut Israel berazam semalam untuk menghalang sebuah kapal bantuan Libya daripada melanggar sekatan Gaza selepas ia jelas menghala ke negara yang dikepung itu walaupun kekecohan usaha diplomatik untuk memesongkannya ke Mesir. 
“Israel tidak akan membiarkan bot itu sampai ke Gaza,” kata menteri tanpa portfolio Yossi Peled kepada sebuah radio awam Israel sehari selepas kapal sepanjang 92 meter itu mula berlepas dari pelabuhan Greek, Lavrio di selatan Athens. – AP/AFP 

No comments:

Post a Comment