Monday, July 12, 2010

Kejahatan UMNO Terengganu - Perobohan Chalet di Redang



Berita Oleh Amdang81
16 Ogos 2007 lalu. Mungkin sudah basi bagi UMNO tetapi tidak bagi rakyat.

Bersama ini disertakan gambar-gambar sekitar perobohan itu berlaku. Salah siapa? Aku tidak mahu menjawab persoalan ini. Tetapi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh DJ adalah tindakan MPKT ini tidak berkaitan dengan Kerajaan Negeri Terengganu.

Pelik bila aku baca akhbar (Akhbar 30 Ogos 2007 - Aku lupa akhbar apa) yang memetik DJ berkata demikian. Apakah MPKT sekarang sudah menjadi entiti yang berasingan dari Kerajaan Negeri Terengganu? Atau apakah MPKT sekarang diswastakan sepenuhnya kepada individu tertentu? Atau mungkin maksud DJ adalah MPKT berhak berbuat apa sahaja tanpa perlu merujuk kepada polisi kerajaan?


Pengurus Besar Redang Beach Resort, Vincent Liew yang menganggap tindakan MPKT merobohkan bangunan milik syarikatnya tidak adil kerana ada pusat peranginan lain yang juga tidak memiliki Sijil Layak Menduduki (CF) tetapi tidak dirobohkan. - Metro 19 Ogos.


Gambar 1: Kerja-kerja membuang alat penyaman udara pada dinding chalet. Dimaklumkan jentera yang digunakan disewa oleh pihak pengurusan.


Gambar 2: Kerja memungah perabot dan barangan yang masih boleh digunapakai


Gambar 3: Masih elok


Gambar 4: Perbincangan? Masih adakah ruang toleransi?


Gambar 5: 'Majlis Perasmian' dilakukan..


Gambar 6: Kerja-kerja perobohan. Pekerja MPKT memerhatikan


Gambar 7: Lagi kerja-kerja perobohan.


Gambar 8: Kerja perobohan. Lihat pada belakang jentera yang digunakan. Jelas perkataan MPKT


Gambar 9: Akhirnya...


Gambar 10: Lori yang digunakan untuk mengangkut sisa bangunan.


Gambar 11: Sisa bangunan diangkut.


Gambar 12: Tanda protes pada malam Merdeka.


Gambar 13: Antara percikan bunga api Merdeka dan nyalaan lilin "Tidak Adil". Agaknya lagu Terengganukuku dinyanyikan kot? Huhuhuhu..

Nota: Dalam waktu pemerintahan DJ, sudah 2 buah chalet telah dirobohkan di Pulau Redang. Agaknya DJ nak suruh semua tumpu ke Pulau Duyong je kot. Maklum saja ada laporan yang mengatakan Monsoon Cup merugikan dan hotel-hotel yang ada di Kuala Terengganu juga tidak bertambah bilangan pengunjung ketika acara itu diadakan. Jaga-jaga kepada mereka yang punya chalet di tempat-tempat lain. DJ ni pernah robohkan masjid! Apalah sangat dosa merobohkan chalet pada dia. Mungkin nanti dia jawab sebab di sini wujudnya kegiatan maksiat pun boleh jadi.

amdang: Alahai Deris, makin kuat Diktatoran kamu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://amdang81.blogspot.com

TranungKite Online v7.0 - Kejahatan UMNO Terengganu - Perobohan Chalet di Redang

No comments:

Post a Comment