Sumber PPUKM menyatakan, Latifah atau nama sebenarnya Fatimah Omar, 71, dibenarkan pulang pada jam 11.30 malam hari sama.
“Kita menahannya di dalam wad untuk tempoh beberapa jam bagi mengenal pasti kesihatannya dan selepas itu dibenarkan pulang rumah,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan, Latifah dimasukkan ke PPUKM dipercayai kerana mengalami sakit dalam perut dan kurang air dalam badan.
Pelakon filem klasik Bawang Puteh Bawang Merah dan Cucu Datuk Merah itu dibawa suaminya ke hospital terbabit pada jam 2.45 petang kelmarin selepas mengalami muntah dan sakit perut.
No comments:
Post a Comment