Saturday, August 7, 2010

Pelarian Vietnam jejaki Ali




(DUDUK dari kiri) Thi Bay, Van Quang dan Martin bersama bersama kru penggambaran dokumentari di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri yang pernah menjadi pelarian Vietnam di Pulau Bidong dekat sini antara tahun 1979 hingga 1980 kini kembali ke Malaysia dalam misi mencari seorang anggota tentera Melayu.
Pasangan Nguyen Van Quang, 51, dan isterinya, Nguyen Thi Bay, 51, yang kini menetap di Vienna, Austria tiba di Terengganu pada 25 Julai lalu untuk menjejaki semula anggota tentera itu yang dikenali sebagai Ali.
Menurut Van Quang yang merupakan seorang pekerja am di sebuah syarikat pertanian di Vienna, meskipun 31 tahun telah berlalu, namun kenangan mengenai Ali yang banyak membantu keluarganya semasa mula-mula mendarat di Pantai Merang, Setiu pada April 1979 masih kukuh di ingatan mereka.
"Saya dan isteri tinggalkan perkampungan asal kami di selatan Vietnam pada awal April 1979 kerana keadaan politik yang tidak menentu. Kami bersama pelarian lain kemudian mendarat di Pantai Merang sebelum ditempatkan di sebuah kem di pantai itu.
"Ketika itu kami dilayan dengan baik oleh seorang tentera Melayu yang kami kenali sebagai Ali. Dia ketika itu berusia dalam lingkungan 20-an. Dia memberikan kami makanan dan duit untuk keperluan," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Turut serta bersama pasangan itu ialah anak lelaki mereka, Nguyen Martin, 30, yang lahir di Pulau Bidong pada Mei 1980, iaitu dua minggu sebelum mereka dibawa ke Austria oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).
Van Quang berkata, sebelum dipindahkan ke Pulau Bidong, anggota tentera tersebut telah memberikan alamat kepadanya tetapi alamat itu hilang ketika mereka dibawa ke Austria.

No comments:

Post a Comment