Saturday, August 7, 2010

Syor Imam Muda diperluas ke Nusantara





2010/08/07

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mencadangkan supaya program realiti dakwah popular, Imam Muda diperluaskan di rantau Nusantara membabitkan negara seperti Brunei, Indonesia dan Singapura berikutan sambutan yang menggalakkan negara luar terhadap program itu. 

Beliau berkata, program kerjasama antara Astro Oasis dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu wajar dikembangkan ke negara Nusantara yang mempunyai ramai umat Islam dalam usaha mengembangkan lagi program keagamaan berbentuk realiti seumpama itu.
“Kita berharap usaha ini dapat direalisasikan melihat kepada sambutan yang diberikan terhadap program ini. Ini menunjukkan program realiti keagamaan juga boleh popular dan diterima masyarakat,” katanya selepas merasmikan Program Ihya’ Ramadan peringkat kebangsaan, di sini, semalam.
Jamil Khir berkata, program itu bukan saja dapat menjadi hiburan mengikut Islam malah dapat memberi maklumat mengenai agama suci itu kepada orang bukan Islam. 

Program pertama Imam Muda berakhir minggu lalu mencetuskan fenomena bukan saja di negara ini malah di luar negara, termasuk di Eropah apabila ia mendapat liputan meluas media antarabangsa.

No comments:

Post a Comment