sumber LIMBONGAN - Gara-gara keluarga tidak mampu membayar yuran, seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah terpaksa ponteng kelas kerana tidak sanggup berdepan guru yang setiap hari menagih bayaran tersebut daripadanya. Keadaan itu, diluahkan bapanya, Azmi Lim Abdullah, 50, yang kini menderita selepas mengalami masalah ketumbuhan usus sejak Januari lalu dan kini hanya mampu duduk di rumah. Azmi berkata, dia yang dikurniakan lima anak, berusia antara 5 hingga 13 tahun kini hanya mengharap kepada hasil pendapatan menjual kuih yang diusahakan isterinya, Sahaniah Arshad, 32, di halaman rumah sewanya di Taman Limbongan Permai. “Sebelum ini, saya menetap di Kluang, Johor dan bekerja sebagai pemandu lori. Sebaik mendapat tahu saya mengalami ketumbuhan usus, saya berpindah ke Melaka pada Januari lalu dan menyewa rumah di taman ini dengan sewa berjumlah RM250 sebulan. “Punca saya dapat tahu penyakit ini setelah sering mengalami kesakitan di bahagian perut dan kerap membuang air besar setiap hari yang adakalanya bercampur darah, sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan di hospital,” katanya. Azmi berkata, doktor menyarankannya supaya menjalani pembedahan untuk diambil sampel tisu usus tetapi dia enggan berbuat demikian kerana bimbangkan risikonya. “Sejak itu, saya hanya mengambil ubat-ubatan tradisional berikutan ubat hospital yang dibekalkan sebelum ini mendatangkan kesan pada telinga saya sehingga gagal mendengar dengan sempurna. “Bagaimanapun untuk membeli ubat berkenaan saya terpaksa mencari wang sekurang-kurangnya RM25 seminggu dan disebabkan saya tidak bekerja, saya tidak mampu sehingga terpaksa meminjam wang seorang rakan baik,” katanya. Azmi berkata, dia pasrah dengan nasib yang menimpanya sekali gus merentap segala impian kebahagiaan bersama keluarga tersayang. “Berikutan masalah kewangan yang terus menghimpit, saya tidak mampu bayar bil elektrik, bil air dan bayaran sewa rumah yang sudah lama tertunggak. “Kami juga masih belum mampu hendak jelaskan bayaran yuran beberapa orang anak yang sepatutnya dibayar pada awal tahun sehingga mereka berasa malu ke sekolah kerana sering ditanya guru,” katanya. Menurutnya, pendapatan bersih daripada hasil menjual kuih isterinya yang secara puratanya hanya sekitar RM10 sehari juga tidak banyak membantu berubah keadaan hidupnya. “Kesukaran hidup yang dilalui sekarang ini menyebabkan kami hanya makan apa sahaja yang mampu tetapi kami tidak berapa kisah dengan keadaan ini. “Apa yang membimbangkan kini adalah soal perbelanjaan anak seramai lima orang. Kami makan apa yang termampu sahaja kerana yang penting adalah soal persekolahan lima anak kami ini,” katanya. |
Saturday, October 16, 2010
Ponteng kelas gagal jelas yuran
Labels:
daif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment