Friday, December 3, 2010

Banjir kilat akibat longkang tersumbat


TANAH MERAH - Kawasan rendah di Tanah Merah terus dilanda banjir kilat, apabila air hujan tidak dapat mengalir keluar disebabkan sistem perparitannya yang kurang sempurna.

Di jajahan ini, kawasan yang sering terlibat dengan banjir kilat adalah di kawasan jalan Banggol dan kawasan simpang berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah (1).

Seorang peniaga, Mohamad Amin Sulaiman, 44, berkata, keadaan itu berlarutan sejak sekian lama, namun masih belum ada apa-apa tindakan daripada pihak berwajib.

“Diharapkan, agar masalah longkang tersumbat ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia turut menyukarkan kami untuk menjalankan perniagaan di sini jika kawasan ini ditakungi air.

“Jika ia berlarutan, ia akan menyebabkan pelanggan berfikir dua kali untuk singgah di premis perniagaan di sini, kerana terpaksa mengharungi air longkang yang melimpah di kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, Mohamad Amin mengharapkan agar pihak berwajib dapat menjalankan tindakan proaktif bagi menyelesaikan masalah ini dengan segera.

No comments:

Post a Comment