BERGEMBIRA...Elizabeth dan Warne ketawa ketika menonton lumba kuda di Goodwood, baru-baru ini. |
KENANGAN...Elizabeth bersama suaminya, Arun Nayar, menghadiri majlis amal di London tahun lalu. |
LONDON: Model dan aktres Britain, Elizabeth Hurley, kini didakwa menjalin hubungan intim pemain kriket kelahiran Australia, Shane Warne.
Laporan media tempatan semalam mendakwa, bekas tunang Hugh Grant itu semakin kerap dilihat menghabiskan masa bersama Warne, termasuk dua malam di bilik hotel mewah di London baru-baru ini.
Walaupun dikenali sebagai kaki perempuan, imej pada Warne, 41, itu didakwa tidak memberi kesan kepada Elizabeth, isteri usahawan India, Arun Nayar.
Dalam laporan itu, pasangan Elizabeth dan Warne dirakam saling berpelukan dan berkucupan di luar restoran Jepun terkenal di St James’s, Sake No Hana.
Sumber berkata, kedua-dua mereka dilihat begitu mesra seolah-olah pasangan baru berbulan madu.
“Masa malam mereka dipenuhi dengan gelak ketawa dan perbualan yang sangat mesra seperti rakan yang lama berkenalan.
“Kira-kira jam 1 pagi, mereka dilihat menuruni tingkat satu restoran itu dan menuju lobi.
“Ketika menunggu pelayan menyerahkan kot, Elizabeth menarik Warne ke kawasan suram di tepi lobi dan menghadiahkan ciuman kepada teman lelakinya itu,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, kata sumber terbabit, selepas berciuman untuk tempoh agak lama, kedua-dua mereka saling berpandangan dan tersenyum penuh makna.
Sumber lain berkata, pasangan itu turut bercumbu di depan bekas tunang Elizabeth ketika menikmati malam malam pada Rabu lalu.
Selain berlakon, Elizabeth, 45, terkenal sebagai model pakaian renang dan mempunyai anak lelaki berusia lapan tahun, Damian.
Berkahwin dalam majlis penuh prestij dengan ahli perniagaan India, Arun Nayar, pada 2007, Elizabeth kini menguruskan ladang organik di Gloucestershire.
Tahun lalu, rumah tangga Elizabeth dilaporkan goyah tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh aktres itu.
Baru-baru ini, Elizabeth didakwa berkucupan sebelum keluar meninggalkan bilik hotel mewah disewa Warne di South Kensington.
Pada malam kedua bersama, Elizabeth dan Warne berkurung dalam bilik itu lebih dari 11 jam.
Saksi berkata, kemesraan ditunjuk pasangan itu membayangkan mereka kini sangat bahagia.
Elizabeth dan Warne dikatakan bertemu kali pertama di gelanggang lumba kuda Goodwood pada Julai lalu dan sejak itu saling bertukar-tukar mesej melalui Twitter. - Agensi
No comments:
Post a Comment