Monday, December 13, 2010

WikiLeaks: Anwar terlibat?





KUALA LUMPUR 12 Dis. – Agensi perisikan Singapura mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.
Pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terbongkar.
Menurut WikiLeaks, dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa, Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya sekarang.
Maklumat risikan itu dikukuhkan lagi apabila WikiLeaks juga mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat.
“Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan Lee Kuan Yew pernah memberitahu ONA semasa bertukar-tukar pandangan iaitu, Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu (liwat), yang beliau sekarang sedang menghadapi pertuduhannya.
“Penilaian ONA dan rakan-rakan dari Singapura bersetuju, pertuduhan itu ‘perangkap’ dan Anwar mengetahui mengenai kemungkinan pendakwaan tetapi apa yang jelas beliau (Anwar) memang terlibat (dalam aktiviti liwat),” kata kabel itu sebagaimana dipetik daripada laporan The Sydney Morning Herald.
Menurut The Sydney Morning Herald, Anwar memang sedar bahawa beliau bakal masuk ‘perangkap’ iaitu akan didakwa buat kali kedua berhubung pertuduhan salah laku seksnya, berdasarkan laporan polis yang dibuat Mohd. Saiful serta bukti klinikal yang lengkap.
‘Perangkap’ itu merujukkan kepada pendakwaan di mahkamah kerana di Australia, aktiviti homoseksual dibenarkan tetapi di negara ini yang Islam sebagai agama rasmi, liwat adalah salah di sisi undang-undang sama ada ia dilakukan secara sukarela atau pun secara paksaan.
Pada masa yang sama, beberapa portal berita propembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini juga dilihat cuba memutarkan isu sebenar dengan memperbesarkan isu ‘perangkap’ tetapi persoalan sebenar iaitu mengenai laporan agensi perisikan Singapura

No comments:

Post a Comment