Thursday, October 14, 2010

Mujur ada ' Datuk' spare

Sultan Kelantan tarik balik anugerah 'Datuk' ketua Perkasa dan tiga lagi individu

MASIH BERGELAR DATUK: Encik Ibrahim berkata beliau masih boleh dipanggil 'Datuk' kerana menerima dua lagi anugerah daripada negeri Selangor dan Melaka. -- Foto THE STAR

KOTA BHARU: Istana Kelantan semalam menarik balik anugerah 'Datuk' daripada empat individu, termasuk Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Encik Ibrahim Ali, dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud, berkuatkuasa segera, demikian lapor media tempatan.
Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, memberitahu laman berita The Malaysian Insider bahawa Sultan Muhammad V telah melucutkan gelaran kedua-dua mereka.Wan Hashim sebelum ini mendakwa sebagai setiausaha sulit kepada Sultan Ismail Petra ketika krisis melanda Istana Kelantan.Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Encik Ibrahim sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan beliau menerimanya dengan terbuka.'Datuk Ibrahim Ali tak kecewa. Dan, beliau berkata akan terus melahirkan kesetiaan kepada baginda Sultan,' kata sumber itu.Namun, The Malaysian Insider kemudian memetik Encik Ibrahim di Parlimen semalam sebagai berkata bahawa 'anda masih boleh memanggil saya Datuk' kerana beliau masih ada dua gelaran itu daripada Selangor dan Melaka.'Boleh, anda masih boleh memanggil saya Datuk. Saya masih ada anugerah dari negeri-negeri lain,' kata Encik Ibrahim.'Jika saya tidak punya gelaran Datuk pun OK. Saya lebih gemar dipanggil Saudara Ibrahim Ali. Anda tak panggil saya Datuk pun OK. Ia perkara kecil bagi saya,' katanya.Ahli Parlimen (AP) Pasir Mas itu mendedahkan bahawa beliau turut menerima anugerah 'Datuk Paduka Mahkota Selangor' daripada Istana Selangor dan 'Darjah Mulia Seri Mahkota' daripada Melaka.'Ada beberapa negeri lain juga yang boleh saya terima anugerah Datuk ini, hanya saya yang tidak pernah mengisi borangnya. Bagi saya, ia bukan perkara besar. Sekarang ni, orang yang bukan Datuk pun kita masih panggil mereka Datuk,' tambahnya.
http://cyberita.asia1.com.sg

No comments:

Post a Comment