Monday, March 28, 2011

Anak hilang ditemui mati dalam gaung tinggal rangka



Oleh Jaafar Mulup
bhnews@bharian.com.my
2011/03/28

 MAYAT   Mohd Zaki    diusung  anggota polis untuk dibawa ke bilik mayat Hospital Tampin yang ditemui dalam gaung  di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah.
MAYAT Mohd Zaki diusung anggota polis untuk dibawa ke bilik mayat Hospital Tampin yang ditemui dalam gaung di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah.
TAMPIN: Hancur luluh hati seorang ibu apabila menerima berita anak lelaki yang ditunggu-tunggu kepulangannya sejak tiga minggu lalu, ditemui mati dalam keadaan menyedihkan kelmarin dalam sebuah gaung selepas terbabit dalam kemalangan, dipercayai pada 5 Mac lalu. 

Lebih menyayat hati, tubuh anak lelakinya yang berusia 27 tahun itu, Mohd Zaki Ahmudhi, sudah tinggal rangka ketika ditemui selepas terbenam selama 21 hari dalam sebuah lopak air dalam gaung di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah.
Mayatnya disedari berada dalam gaung itu pada jam 1.35 petang kelmarin, apabila orang awam melaporkan menemui mayat lelaki dengan sebuah motosikal tidak jauh dari tubuhnya.
Kemalangan dipercayai berlaku pada 5 Mac kerana Mohd Zaki yang bertugas di Kem Tuanku Syed Sirajuddin dikatakan tidak melaporkan diri untuk bertugas pada tarikh berkenaan. 

Ibu mangsa yang enggan namanya disiarkan, berkata Mohd Zaki menghubunginya beberapa hari sebelum kehilangannya pada 5 Mac lalu bagi memaklumkan akan pulang berjumpanya dalam masa terdekat. 

“Sejak itu, saya yang sudah lama tidak bertemunya menanti penuh harapan kerana merindui dia yang sudah lama tidak pulang ke kampung di Kluang, Johor. 

“Bagaimanapun, beberapa hari kemudian pihak kem menghubungi saya memaklumkan Mohd Zaki tidak melapor diri sejak 5 Mac lalu. Saya menghubungi semua saudara mara dan rakannya, namun semua tidak tahu apa-apa mengenai dia," katanya sebak ketika ditemui di rumah mayat Hospital Tampin, di sini semalam. 
Walaupun tiada berita mengenainya, beliau tetap menaruh harapan dan berharap anaknya pulang dengan selamat. Namun, penantiannya berakhir kelmarin, apabila diminta ke Hospital Tampin untuk pengecaman mayat. 

"Sedih hati bukan kepalang apabila mendapati mayat itu adalah anak saya. Lebih menyedihkan melihat keadaannya yang sudah tinggal rangka. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana saat dia menghembuskan nafas terakhirnya berseorangan," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata kawasan yang sunyi serta dikelilingi hutan menyebabkan kejadian itu tidak disedari. 

No comments:

Post a Comment