Monday, March 28, 2011

Umno Jadi Dalang Paksa Hakim Ubah Keputusan Terima 3 Barang Bukti



Oleh Suara Keadilan
SS19Parti Keadilan Rakyat negeri Selangor memandang berat isu penerimaan semula tiga barang yang dikatakan mempunyai DNA Anwar Ibrahim oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zabidin Mohd Diah. DNA yang dikutip daripada tiga barangan tuala, berus gigi dan botol air adalah diperolehi secara tidak sah.

Selalunya penerbalikan keputusan hakim hanya akan berlaku sekiranya terdapat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi, namun sikap tidak konsisten Hakim Mohd Zabidin ini menimbulkan tanda tanya sama ada benar dakwaan sesetengah pihak dalam bidang kehakiman sendiri, bahawa Umno telah mendesaknya untuk berubah fikiran.

Ini kerana memandangkan keputusan awalnya untuk tidak menerima DNA daripada pemeriksaan haram, menghapuskan apa jua ruang untuk Umno dan si boneka Saiful, untuk memenangi kes tersebut.

Parti Keadilan Rakyat juga teringin untuk bertanyakan mengapa Hakim tersebut tidak memberikan kutukan keras atau 'reprimand' kepada pihak Polis DiRaja Malaysia kerana melakukan perkara haram ketika menyiasat kes berkepentingan tinggi seperti ini?

Parti Keadilan Rakyat Selangor juga ingin membantah keras sikap talibarut Umno yang sekarang ini lebih dikenali sebagai trio Datuk T yang tanpa segan silu mengkhianati perintah Allah SWT dan junjungan Rasulullah SAW kerana melakukan Qazaf dan melanggar undang-undang negara dengan menayangkan video lucah di Carcosa Seri Negara.

Firman Allah SWT:

مْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَآءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلاَتَقْبَلُو

Ertinya:

“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.”
(Surah An-Nuur: 4)

Maka jelas, nyata dan teranglah bahawa Allah SWT membenci golongan fasik yang menuduh Datuk Seri Anwa Ibrahim dengan tuduhan zina tanpa mendapatkan empat orang saksi. Islam memelihara kehormatan individu dan tidak membenarkan sesiapa sahaja menuduhkan mereka tidak suci tanpa saksi; itupun sekiranya terdapat aib maka adalah lebih baik bagi mereka untuk menyembunyikan aib tersebut

“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).

Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dengan jelas menyatakan bahawa

Whoever-

(a) sells, lets to hire, distributes, publicly exhibits or in any manner puts into circulation, or for purposes of sale, hire, distribution, public exhibition or circulation makes, produces or has in his possession any obscene book, pamphlet, paper, drawing, painting representation or figure or any other obscene object whatsoever…

shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine, or with both.

Namun, Polis bertindak seperti biasa, tanpa rasa malu dan segan silu menjadi agen Umno dengan membenarkan tayangan tersebut walaupun pihak Cawangan Khas telah mengetahui lebih awal berkenaan tayangan tersebut.

Dengan mengambil kisah kekecohan ketika ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak yang didalangi oleh pihak Polis dan membandingkannya dengan sikap acuh tak acuh di Carcosa, saya ingin memberi amaran bahawa sikap lidah bercabang ini akan mengakibatkan moto pihak Polis dihumban ke tong sampah oleh rakyat sendiri.

Rakyat kini hanya melihat Polis sebagai salah satu Bahagian Umno dan bukan sebagai sahabat dan pelindung mereka seumpama sikap polis dan tentera Muammar Gaddafi di Libya.

Bertindaklah mengikut Keluhuran Undang-Undang yang menjadi Rukun Negara kepada semua rakyat Malaysia. Pelanggaran kepada syarat asas ini akan menjahanamkan negara kita yang tercinta secara lansung tidak di hormati dunia luar.

Parti Keadilan Rakyat Selangor menuntut agar pihak Polis menghormati terlebih dahulu sistem Raja Berpelembagaan dan Perlembagaan Negara sebelum mereka bertindak sewenang wenangnya.
Shuhaimi Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/ADUN Seri Muda
Umno Jadi Dalang Paksa Hakim Ubah Keputusan Terima 3 Barang Bukti

No comments:

Post a Comment