Tuesday, March 22, 2011

Serangan tentera berikat lumpuhkan askar rejim Gaddafi



WASHINGTON: Pakatan tentera campuran diketuai Amerika Syarikat berjaya memecah-belahkan dan memencilkan pasukan pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, setelah serangan-serangan hebat hujung minggu lalu, kata pegawai-pegawai Pentagon.
Tentera Amerika kini sedang memindahkan kuasa operasi itu ke tangan negara lain.Encik Gaddafi bukan sasaran kempen itu, kata seorang pegawai kanan kelmarin tetapi beliau tidak dapat menjamin keselamatan pemimpin Libya itu.Timbalan Laksamana Tentera Laut, Encik William E. Gortney, yang juga ketua pengarah bagi Ketua Turus Bersama itu memberitahu satu sidang akhbar Pentagon bahawa belum ada bukti orang awam di Libya terbunuh dalam serangan itu, yang diberi kod Odyssey Dawn.Encik Gortney juga berkata tiada pesawat sekutu yang hilang dan semua juruterbang pulang dengan selamat dari misi pesawat pengebom stealth B-2, jet penyerang, lebih 120 peluru berpandu Tomahawk dan senjata-senjata teknologi tinggi lain.'Kami menyifatkan serangan ini begitu berkesan dalam menghakis keupayaan perlindungan udara rejim itu,' kata Encik Gortney.Namun Encik Gortney tidak menafikan kemungkinan serangan lanjut bagi menghalang Encik Gaddafi daripada terus menyerang orang awam dan melaksanakan satu zon larangan terbang.Setiausaha Pertahanan, Encik Robert Gates, berkata Amerika menjangka dapat memindahkan kuasa ke atas misi itu kepada pihak bersekutu, yang mungkin diketuai oleh Perancis, Britain atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) 'dalam beberapa hari sahaja'.Walau bagaimanapun, lewat kelmarin, Nato gagal mencapai persetujuan bagi rancangan melaksanakan satu zon larangan terbang di Libya walaupun ia membenarkan satu rancangan tentera bagi melaksanakan sekatan senjata PBB.Malam Sabtu lalu, tiga pesawat Air Force B-2, yang dilancarkan dari Pangkalan Tentera Udara di Missouri, Amerika, telah menggugurkan senjata di atas sebuah padang terbang di bandar Misurata di Libya, memusnahkan pusat perlindungan pesawat tentera tetapi dapat mengelakkan beberapa bangunan komersial berdekatan.Sebanyak 15 pesawat Angkatan Udara dan Angkatan Laut, bersama pesawat Perancis dan Britain, telah menyerang satu unit infantri yang memasuki bandar Benghazi yang dikuasai pemberontak bagi 'melindungi rakyat Libya,' kata Encik Gortney.Encik Gortney berkata pasukan bersekutu itu dapat menguasai ruang udara antara Benghazi dengan ibu kota Tripoli.Di halaman kawasan Encik Gaddafi di Tripoli, sebuah bangunan pentadbiran terkena serangan dan rosak teruk lewat kelmarin. Encik Gaddafi dan kawasan kediamannya bukan antara sasaran serangan tentera bersekutu, kata Encik Gortney said.Awal kelmarin, pengerusi turus tentera bersama itu, Laksamana Mike Mullen, berkata tujuan operasi itu ialah melindungi orang awam daripada keganasan berterusan oleh pasukan pro-Gaddafi.Operasi itu juga bagi membolehkan bekalan bantuan kemanusiaan dihantar ke kawasan-kawasan itu.Namun belum pasti berapa lama langkah tentera itu akan diteruskan. -- AP.

No comments:

Post a Comment