BUKIT KATIL - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) mengenal pasti masalah bil air melambung tinggi di rumah seorang pembersih bangunan di Solok Kampung Baru, di sini, adalah disebabkan kebocoran paip di bahagian dalaman.
Pengurus Kanan Perkhidmatan Korporat SAMB, Muhamad Tumpang berkata, penggunaan tinggi dikesan melalui bacaan bil pada November 2010 hingga Februari 2011.:
“Kebocoran yang berlaku selepas meter ini menyebabkan penggunaan air tinggi dan menjadikan jumlah bayaran berserta tunggakan melebihi RM800 pada Februari.
“Selepas kebocoran dibaiki SAMB, bil pada: bacaan terkini adalah RM36 sahaja,” katanya kepada pemberita ketika melawat rumah Laila Tumpang, di sini, semalam.
Menurutnya, SAMB juga tidak pernah membuat pemotongan air sepanjang tempoh jumlah bayaran bil tinggi.
“Pengguna tidak pernah membuat permohonan kepada SAMB untuk mengalihkan meter di kawasan rumahnya.
“Namun atas ihsan Program Perumahan Rumah Termiskin (PPRT), meter berkenaan akan dialihkan berdekatan rumah pengguna,” katanya.
Kelmarin, Sinar Harian m:elaporkan Laila yang tidak pernah gagal membayar bil air runsing untuk menjelaskan bil bulan Februarinya sebanyak RM850.03 daripada SAMB.
Bil dengan nilai luar biasa itu diterimanya kali pertama pada Januari iaitu berjumlah RM500.
No comments:
Post a Comment