Tuesday, March 22, 2011

Ban beri kata dua


KAHERAH: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, berkata Libya mesti menghentikan keganasan ke atas pemberontak negara itu sebelum boleh berunding mengenai serangan tentera antarabangsa terhadap rejim Muammar Gaddafi.
Kata Ban, dia juga berharap pemimpin Libya itu berpegang kepada janjinya selepas membuat gencatan senjata baru semalam.

Bercakap pada permulaan lawatan sehari ke Kaherah, Ban berkata, menamatkan serangan ke atas kubu pemberontak di Benghazi adalah permulaan kepada penyelesaian krisis berkenaan.

“Saya sangat berharap dan menggesa pihak berkuasa Libya berpegang kepada janjinya,” katanya.

Gaddafi mengumumkan gencatan senjata sebagai tindak balas gesaan Kesatuan Afrika bagi menyelesaikan konflik di Libya.

Kata Ban, Gaddafi menelefonnya sekurang-kurangnya dia kali sejak beberapa hari lalu. “Mereka terus menyerang orang awam.


“Justeru, tawaran gencatan senjata ini mesti dibuktikan dengan perbuatan,” katanya.

metro

No comments:

Post a Comment