Tuesday, March 22, 2011

Qatar UAE pertahan tindakan kecam Iran


ABU DHABI: Negara Teluk semalam menolak campur tangan Iran dan asing dalam hal ehwal dalaman negara mereka.
Mereka juga berkata, Qatar serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengambil bahagian dalam operasi ketenteraan terhadap Libya kerana keselamatan.

Setiausaha Agung Majlis Kerja Sama Teluk, Abdul Rahman al-Attiyah, berkata pertubuhan itu menolak keras sebarang usaha campur tangan asing, termasuk Iran, dalam hal ehwal dalaman negara terbabit.

Abdul Rahman bercakap kepada wartawan di satu persidangan di Abu Dhabi ketika ditanya mengenai bantuan tentera Arab Saudi dan UAE kepada kerajaan Bahrain dalam menangani tunjuk perasaan.

Apabila ditanya mengenai pembabitan UAE dan Qatar dalam operasi ketenteraan diketuai negara kuasa besar Barat melancarkan serangan terhadap pemimpin Libnya, Muammar Gaddafi, Abdul Rahman berkata, mereka menyertainya atas faktor keselamatan.

“Kami juga menyokong operasi pakatan tentera Bersekutu itu kerana ia selaras dengan ketetapan diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini” katanya. - Reuters

metro

No comments:

Post a Comment