Tuesday, March 22, 2011

Nato bantu sekat senjata


BRUSSELS: Duta Nato meluluskan pelan operasi pertubuhan itu bagi membantu menguatkuasakan sekatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas Libya, semalam.
Dalam kenyataan itu, pegawai Nato berkata, Turki pada awalnya menentang campur tangan di Libya.

Wakil dari 28 anggota Nato akan bertemu sekali lagi hari ini untuk mencari persetujuan mengenai pelaksanaan pelan sekatan senjata itu.

Jika diluluskan, ia mungkin membabitkan penggunaan pesawat udara dan laut Nato bagi menghalang sebarang senjata tiba kepada tentera Muammar Gaddafi.

Sebahagian daripada anggota Nato - diketuai Amerika Syarikat, Perancis dan Britain - mengambil bahagian dalam serangan udara ke atas Libya awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun, Nato sebagai sebuah pertubuhan - yang bertindak hanya melalui persetujuan anggotanya - masih berbelah-bagi sama ada perlu terbabit atau sebaliknya.


Jerman turut menyatakan bantahan terhadap campur tangan asing di Libya.

Diplomat berkata, Perancis juga membantah pembabitan Nato dengan mengambil kira kesan reputasi pertubuhan itu di kalangan negara Arab. Sumber berkata, AS dan Kanada adalah antara negara yang mahu Nato mengepalai operasi di Libya. - Reuters

metro

No comments:

Post a Comment